Ungkapan 'yak yak yay' yang sering disebutnya dan plastik hitam dipaparkan dalam karya itu menjadikan watak Barkoba popular hingga ada yang menjadikannya ikon orang tidak berpuasa. Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri mengakui terkejut, namun lucu dengan jolokan yang diberikan netizen. Namun, perkara lain yang tidak dapat dilupakan berkaitan watak Barkoba ialah apabila ia menjadi bahan sendaan rakan sekolah anak-anaknya.
"Lucu apabila anak-anak mengadu kawan sekolah anggap saya tidak puasa disebabkan watak Barkoba. Iyalah, bapa orang lain jadi ikon baik-baik, tetapi berbeza dengan bapa mereka. "Mujurlah, anak-anak sedia maklum bapa mereka seorang pelakon. Jadi, tidaklah mereka ambil serius dengan sendaan yang dibuat rakan sekolah," memetik laporan Berita Harian. Sememangnya lakonan Bell memang tidak mengecewakan sehingga sehingga terbawa-bawa di sekolah anak-anaknya. Ternyata watak Barkoba telah membuatkan nama Bell kembali menjadi sebutan selepas lebih 30 tahun bergelumang dalam seni lakonan. Tahniah Bell! |
ADVERTISEMENT