CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Asing Hantar Keluar Rm21.7 Bilion Setahun!

18-11-2013 10:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4219| Komen: 8


WESTERN
Union menyasarkan jumlah wang dihantar 2.6 juta pekerja asing di negara ini ke negara asal melalui perkhidmatan kiriman wang syarikat itu meningkat lima peratus tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Western Union Malaysia, Chew Mei Ling berkata, pengiriman wang keluar oleh pekerja asing tahun ini menunjukkan trend meningkat berbanding RM21.7 bilion (AS$7 bilion) yang direkodkan tahun lalu.

Menurutnya,negara penerima utama adalah Indonesia, India, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Nepal dan China.

“Perkhidmatan Western Union di Malaysia adalah penyumbang terbesar kepada operasi global kami, mendahului beberapa negara lain seperti Australia dan New Zealand.

"Kami harap peningkatan penggunaan Western Union sebagai saluran kiriman wang akan berterusan," katanya selepas melancarkan khidmat baru Western Union, My WU Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai My WU, Mei Ling berkata, perkhidmatan itu memberi faedah seperti kad mata ganjaran kepada pengguna yang menggunakan khidmat kiriman wang melalui Western Union.

Selain itu, beliau berkata, kemasukan wang ke dalam Malaysia melalui Western Union pula diterima dari 194 negara, tahun lalu, berbanding 109 negara pada 2011.

Western Union beroperasi di 2,300 lokasi dan diuruskan bank, peruncit dan pengurup wang di seluruh Malaysia.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dysyah 15-11-2013 05:37 PM
amek ko...banyak nyer duit dema..
Quote jengkoil 15-11-2013 06:09 PM
Kat sini laaa kao nk pau hamjad !!! kata rakyat didulukan!!!.

foreigner kim uang keluar...cas kaw kaw laa..bolo punye org
Quote mommymonster82 15-11-2013 07:53 PM
Itu yg guna western union..
Xkira yg by hand...
Quote Acong 15-11-2013 08:10 PM
tahniah.....!!!
Quote ninja boy 15-11-2013 08:49 PM
2.1 billion ni patut digajikan kepada rakyat malaysia aja
Quote Al-Patih 15-11-2013 10:16 PM
  baguih lah tu
Quote ibnuyusop 15-11-2013 10:46 PM
wowowo...banyakknya..ini menunjukkan ramai orang asing dalam negara..
Quote Acong 16-11-2013 03:23 AM
pasal tu GST patut 12% dan bukan 6%

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.170006 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top