CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Miros: Kereta Lebih 12 Tahun Tidak Selamat

18-11-2013 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21631| Komen: 223




MELAKA - Kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

"Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima hingga 12 tahun," katanya kepada pemberita selepas ujian perlanggaran kenderaan di Makmal Perlanggaran Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP) di Tiang Dua di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah menyaksikan ujian perlanggaran sebuah kereta berusia 23 tahun pada kelajuan 64 kilometer per jam bagi melihat kesan momentum perlanggaran terhadap
pemandu dan kenderaan itu.

Bagaimanapun katanya jangka hayat kenderaan turut dipengaruhi beberapa faktor seperti reka bentuk kereta, cara pemanduan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sebagai contoh, Dr Wong berkata, kenderaan seperti teksi mempunyai jangka hayat selamat yang lebih pendek iaitu lima tahun disebabkan penggunaannya melebihi 12 jam sehari berbanding kereta lain.

"Kereta lama mempunyai daya menyerap tenaga perlanggaran lebih rendah berbanding kereta baharu dan daya tersebut kemudian dipindahkan kepada penumpang sehingga menyebabkan kecederaan teruk yang boleh mengundang risiko kematian,"
katanya.

Beliau berkata, kenderaan baharu dilengkapi teknologi terkini melibatkan reka bentuk kereta terutama untuk menyerap tenaga perlanggaran bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Sehubungan itu, katanya orang ramai digesa memberi perhatian terhadap jangka hayat kereta selain cara pemanduan serta penyelenggaraan yang betul bagi mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung ciri keselamatan kereta dan rating bintang bagi model kenderaan yang diuji di bawah Asean NCAP dalam laman sesawang www.aseancap.org bagi membantu mereka membeli kereta yang mempunyai ciri keselamatan tinggi. 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctaz 16-11-2013 01:42 AM
arwah pakcik aku pakai proton megavalve tahun 87 elok lagi sampai skarang......
kalau bawak macam setan nirojim.....
jgn kata keta 10 thn....keta baru pakai 1 bulan pun leh jadi tak selamat.....
Quote spiderman80 16-11-2013 01:45 AM
Kenapa Miros tak cakap kereta bawah RM100 ribu tak selamat?
Quote AdsMsia 16-11-2013 02:07 AM
ctaz posted on 16-11-2013 01:42 AM
arwah pakcik aku pakai proton megavalve tahun 87 elok lagi sampai skarang......
kalau bawak macam s ...

megavalve memang tahan
leh lenjan.....

ini semua poyo nak promot suruh beli proton or perodua yg baru keluar kilang la nin.... pokyo betoi
Quote sekngucing 16-11-2013 02:09 AM
kereta bawah rm 200 ribu tak selamat
motosikal yg lalu di highway tak bayar tol, tak selamat, kena bayar, baru selamat
Quote ushioz 16-11-2013 02:40 AM
kalau harga kereta berpatutan, nak tukar setiap 5 tahun sekali pun boleh mangkuk wong oi.
Quote Al-Patih 16-11-2013 03:54 AM
   bolih lagi jalan lah ...
Quote al-asil 16-11-2013 06:11 AM
Abis tu keta2 recond yg kat kedai tu, ingat usianya muda2 belaka ke?
Quote AdsMsia 16-11-2013 06:42 AM
Al-Patih posted on 16-11-2013 03:54 AM
bolih lagi jalan lah ...

ini otai
ketua traffik negara pun tarak berani maaaa
Quote AdsMsia 16-11-2013 06:43 AM
al-asil posted on 16-11-2013 06:11 AM
Abis tu keta2 recond yg kat kedai tu, ingat usianya muda2 belaka ke?

memang tak muda usia mereka
tapi kalo dapat pakai kembang kempis jugak la lobang idong tu
alepad alepad
Quote a_gen2 16-11-2013 07:19 AM
akai nak paksa rakyat beli kereta baru setiap 10 tahun la tu..

tapi harga kereta mahal nak mampus..

UMNGOK yg celaka mmg nak cekik darah rakyat kiri kanan depan belakang atas bawah..
Quote aechae 16-11-2013 07:20 AM
klu dah loan keta pn smpai 9 thn...lg mau ckp jgka hyt 5-12 thn...

turunkn la hrga....igt keta murah ke semua org mampu beli stiap 12 thn skali
Quote noor2 16-11-2013 07:28 AM
Al-Patih posted on 16-11-2013 03:54 AM
bolih lagi jalan lah ...

....kat mana ni....rasanya kalu kat bandar2 kecik ada lagi keta2 gini...

Quote AHMADVW 16-11-2013 07:30 AM
xpyh nk claim kajian ko tu bgs miros, mlysia buat kajian pun bole tipu,,,, volvo dpt worlds safety car pun xde nk kta keta dia pling selamat, baik ko kta kereta tempatan tak selamat,, sohai punya olang
Quote batmana 16-11-2013 07:36 AM
baik MIROS nasihatkn proton kuarkn kete kebal dgn harga berpatutn tuk rakyat aja..

ni rata2 org beli kete loan smpai 9 tahun ..nk suh tuko cm tuko baju..

bengong..
Quote sapp73 16-11-2013 07:50 AM
Yang bnyak accident, kemalangan maut banyak keta lama ke kete baru....kete baru kebsnyakkannya sebab speeding...hat keta lama selalunya sedo diri dah tua tak de nak speeding sangat. Tapi kerajaan sungguh sungguh nak elakkan kereta lbih 10thn ni...insuran kete berusia 10 thn pun dah naik.
Quote Radzor 16-11-2013 08:35 AM
keta 12 tahun vs moto kuasa tinggi baru bukak bungkus camna?
miros x test langgar moto 64km/j?
Quote AHMADVW 16-11-2013 08:39 AM
miros ni pun pmikiran pendek mcm menteri dan macai umno,,
Quote mziskandar 16-11-2013 09:02 AM
kereta2 senior ni bnyk pengalaman, masih boleh berkhidmat dan berkongsi inspirasi dgn kereta2 muda.
Quote mak_wa95 16-11-2013 09:08 AM
Al-Patih posted on 16-11-2013 03:54 AM
bolih lagi jalan lah ...

adui la...ingatkan tersadai d bengkel....rupanya atas jalan raya..ada roadtex lagi ke...insuran cover lagi ke..

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.093430 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top