SHAH ALAM 16 November – Lima lelaki Afrika mendakwa mampu menggandakan wang dengan menyeru nama ‘Jin Maimunah’ hingga mengakibatkan seorang kontraktor landskap kerugian RM135,000. Kejadian berlaku apabila suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun tersebut mendakwa mampu menggandakan wang kontraktor tersebut kepada AS$100 juta (RM319 juta) dalam satu upacara mistik yang dilakukan di Bukit Belacan, Ampang, Selangor. Difahamkan, ketika upacara tersebut berlangsung, mangsa berusia 50 tahun itu mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan kebaikan seperti membina masjid dan membantu orang Islam menunaikan umrah jika sudah menjadi kaya.
|
shiro82 posted on 16-11-2013 05:55 AM
Ketika upacara dgr suara suro bina masjid bagai......x menahan ayat. Tah2 suara halus tu suro ko ber ...
ADVERTISEMENT