Penggodam yang menggelarkan dirinya 'The Messiah' didakwa kerana menggodam laman Majlis Bandaran Ang Mo Kio dan juga menghadapi tiga tuduhan salah guna dadah.
SINGAPURA - Penggodam beberapa laman sesawang di Singapura yang menggelar dirinya ‘Messiah’ minta dibicarakan, kata peguamnya, M Ravi, semalam seperti dipetik dari Berita Harian Singapura.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan yang dibuat Ravi agar James Raj Arokiasamy, 35 tahun, diberi peluang mendapatkan nasihat guaman. Permohonan itu dilakukan selepas seorang hakim Mahkamah Rendah menolak permintaannya mahu bertemu anak guamnya itu. Hakim Mahkamah Tinggi, Choo Han Teck membenarkan Ravi berbincang dengan James Raj selama beberapa minit sebelum dia dibawa pergi. Pihak pendakwa tidak membantah pertemuan itu. Menurut dokumen Mahkamah yang difailkan pihak pendakwa, James Raj telah menggunakan nama samaran 'Messiah' apabila dia dikatakan menggodam laman Majlis Bandaran Ang Mo Kio pada 28 Oktober lalu dengan menggunakan sebuah komputer di Kuala Lumpur. James Raj diberkas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 4 November lalu dan diserahkan kepada polis Singapura, keesokan harinya. Selain daripada Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber, James Raj juga menghadapi tiga tuduhan penyalahgunaan dadah. Pesalah boleh dihukum denda sehingga $10,000 (RM 25,000), penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber Singapura.
|
16
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BurningTimes posted on 16-11-2013 08:40 PM
Moslems sunni pun ada, tapi udah di arabkan messiah jadi al massih lah kot.
AdsMsia posted on 16-11-2013 09:58 PM
al masih tu yang di mat saleh kan jadik messiah
mat saleh lidah pendek tp nak sebut gak bunyi2 ...
BurningTimes posted on 16-11-2013 09:07 PM
Asalnya dari bahasa hebrew Mašíaḥ, kemudian di english kan,
al massih itu tidak ada ...
AdamBillionaire posted on 16-11-2013 09:23 PM
messiah kalau dalam bahasa jawa bermaksud kaki dangdut
BurningTimes: Moslems sunni pun ada, tapi udah di arabkan messiah jadi al massih lah kot.
ADVERTISEMENT