CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon Presiden Indonesia Hadir Perbicaraan Amah Dituduh Membunuh

18-11-2013 09:49 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6299| Komen: 34

                
Calon Presiden Indonesia Hadir Perbicaraan Amah Dituduh Membunuh Di Kota Bharu   

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa membunuh majikannya tiga tahun lepas, dihantar ke Hospital Permai, Johor, bagi pemeriksaan status mentalnya semasa kejadian itu berlaku.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan tertuduh Wilfrida Soik menjalani pemeriksaan itu selama sebulan mulai minggu ini, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Wilfrida yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia, didakwa membunuh Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari 7 Dis 2010 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Wilfrida memohon kepada mahkamah supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan status mentalnya ketika kejadian itu berlaku.


Muhammad Shafee juga turut mengemukakan kepada mahkamah laporan pemeriksaan pengesahan umur tertuduh yang telah dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini.


Beliau berkata, dalam laporan itu, umur tertuduh ketika kejadian antara 16 tahun dan 18 tahun. Bagaimanapun pihak peguambela akan memanggil pakar-pakar yang terlibat dari HUSM itu untuk memberi keterangan semasa perbicaraan nanti.

Ahmad Zaidi kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 29 Disember. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.


SEMENTARA itu, Malaysian Insider melaporkan calon Presiden Indonesia yang juga pemimpin dari Partai Gerakan Indonesia Raya, Prabowo tiba di di mahkamah di Kota Bharu dalam usaha keras untuk “menyelamatkan” Wilfrida dan menimbang untuk membuat rayuan secara terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Laman portal The Tribunnews.com melaporkan Prabowo pernah melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur semasa bapanya, Sumitro Djoyohadikusumo, bertugas di Malaysia.


Beliau mempunyai hubungan rapat dengan Najib memandangkan kedua-dua bapa mereka adalah rakan rapat.


Wilfrida, 17, telah bekerja sejak berusia 12 tahun dan dikatakan telah menjadi mangsa penyeludupan manusia.


Menurut laporan, Wilfrida pada tahun 2010 telah ditawarkan oleh beberapa lelaki yang berjaya mendapatkannya pekerjaan di Malaysia.


Untuk membantu beliau masuk ke Malaysia, mereka memalsukan sijil miliknya bagi mendapat kebenaran sebagai seorang dewasa.


Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Wilfrida telah bekerja sebagai pembantu rumah dengan seorang wanita tua yang menghidap penyakit Parkinson. Wanita itu ditemui mati pada 7 Disember 2010, dan Wilfrida ditahan dua minggu kemudian.


Seramai 220,000 pembantu rumah dari Indonesia bekerja di Malaysia, diikuti oleh Hong Kong (152,000) dan Singapura (90,000) namun, beberapa kes penderaan berprofil tinggi mengakibatkan Indonesia telah mengkaji semula untuk menghantar rakyat mereka ke Malaysia dan negara-negara ini.
Jakarta juga telah mengetatkan peraturan untuk rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.


Agus Triyanto, yang berkhidmat di jabatan buruh Kedutaan Indonesia memberitahu The Malaysian Insider bulan lalu bahawa bermula tahuun 2017, pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia tidak perlu tinggal di rumah majikan mereka.







Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanna1905 17-11-2013 10:15 PM
tengok muka minah ni takde perasaan bersalah dan menyesal pun...
Quote dino 17-11-2013 10:43 PM
see.... yindon....nak menang jd la jaguh ngan isu msia camni..... muntah hijau
makin byk la isu berkait msia lepas ni..... korek balik kisah2 lama..... pukul canang puas2 kat media celaka yindon.....
Quote Acong 17-11-2013 11:50 PM
takmo pi singapore skali?

Indonesian maid charged with murder of 16-year-old girl in Tampines flat
Posted on 15 November 2013 | 4173 views


PHOTO: THE STRAITS TIMES, AZIZ HUSSIN

The Indonesian maid who was arrested on Thursday after the 16-year-old daughter of her employer was found dead with stab wounds in their Tampines flat, has been charged for murder.

The charge was read to her before a field magistrate on Friday afternoon at the Institute of Mental Health, where she had been sent for psychiatric evaluation.

The 28-year-old will be moved to Changi Women's Prison later in the day. Meanwhile, the school where the victim is from, told The Straits Times that it is providing support to the student's family.

"We will also provide counselling support to staff and students affected by this incident," said the school's principal


http://thecourtroom.stomp.com.sg/courtroom/cases/case-of-the-day/indonesian-maid-charged-with-murder-of-16-year-old-girl-in-tampines-flat
Quote Bedah.Cun 18-11-2013 12:02 AM
Taste lar pulak jejants Singaporean tue, takde fb ke??
Quote saden 18-11-2013 12:49 AM
alas meja tu macam kain samping aku.
Quote AdsMsia 18-11-2013 01:19 AM
mental kut
Quote Kassim_Patalon 18-11-2013 01:24 AM
macam tasty jah abang polis tu
Quote Acong 18-11-2013 01:24 AM
sila klaim.......!!!
Quote fairluck 18-11-2013 03:59 AM
Ok dah fhm Last edited by fairluck on 18-11-2013 06:58 AM

Quote fairluck 18-11-2013 06:59 AM
Ook .. faham 2kes asing
Quote rospinki 18-11-2013 07:10 AM
Ni smua indon sendiri yg salah. Sindiket buat pemalsuan dokumen pegi seludup manusia msuk malaysia pastu jdila mcm2 kejadian jenayah oleh indon2 tu jgak. Indon makan indon yg jd mangsa malaysia.
Quote nexusys 18-11-2013 07:13 AM
Calon Partai Indo nak jumpa PM Najib,

Seolah2 bila pihak atasan jumpa pihak atasan boleh setel kekdahnya seperti membeli gula2 hacks 5 sen...

Plis ek.. jgn pilih kasih... law is law.. unfair kalo warga tempatan ikut prosidur, warga luar tak ikut,....

Quote Al-Patih 18-11-2013 07:33 AM
.....sorang punya hal dari 2.5 billion penduduk indon...calon Presiden sanggung datang .....dahsat...dahsat..



Quote ais_kosong 18-11-2013 07:48 AM
semua pakat mai mintak tolong jib la..
jib leh tolong org luar..
ampa mai malaysia buat taik bagai..
politaik tahap gaban
puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
Quote ira_229 18-11-2013 07:57 AM
Acong posted on 17-11-2013 11:50 PM
takmo pi singapore skali?

Indonesian maid charged with murder of 16-year-old girl in Tampines  ...

yg ini budak melayu..
Quote hawaq 18-11-2013 08:11 AM
indon mmg jaguh dlm mengeksport babu
Quote nolya 18-11-2013 08:15 AM
Al-Patih posted on 18-11-2013 07:33 AM
.....sorang punya hal dari 2.5 billion penduduk indon...calon Presiden sanggung datang .....dahsat.. ...

Capres (calon presiden) ini benar2 mencari pencitraan/nama demi meraih sokongan dalam pemilihan presiden bagi tahun 2014 mendatang.  Masih ramai TKI, khususnya wanita yg terlantar di Arab Saudi, yg tertahan di penjara AS kerana overstay, ramai yg menunggu akan dipancung takde le pula dia beriya2 nak membela.  Tapi bila terkena di M'sia, sibuk pula mencari jalan agar TKI trs terlepas drp hukuman mati. Jgn kerana kedua2 ayahanda mereka bersahabat maka undang2 jenayah M'sia tergadai.  Semoga tidak!
Quote Betara_Indera 18-11-2013 08:20 AM
nolya posted on 18-11-2013 08:15 AM
Capres (calon presiden) ini benar2 mencari pencitraan/nama demi meraih sokongan dalam pemilihan pr ...

Capres... sekali bace mcm Caprut...

Quote nolya 18-11-2013 08:29 AM
Betara_Indera posted on 18-11-2013 08:20 AM
Capres... sekali bace mcm Caprut...

Capres Presiden = capres.  Caprut = ?.  honestly saya tak mengerti apa ertinya caprut.  ada sesape yg tahu sila beri pencerahan. Makasih.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.339839 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top