CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Uqasha bagus tau, dia suka support peniaga kecil" - Peniaga online puji sikap Uqasha Senrose

24-5-2021 02:25 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 30093| Komen: 183





Bila seseorang itu ada nama dan glamor, sudah pasti akan dapat banyak sponsor dari mana-mana pihak. Kalau tak dapat sponsor pun, kebanyakan peniaga atas talian (online) akan bagi produk atau barang jualan mereka secara percuma kepada artis dan sebagai balasan, artis tersebut dikehendaki membuat "free review" tentang produk tersebut.

Ya, mungkin ada segelintir artis yang gemar cara ini namun sebaliknya, pelakon Uqasha Senrose sering kali menjadi bualan peniaga atas talian kerana sikapnya yang lebih gemar membeli barang yang diingini tanpa meminta secara percuma.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok tiga hari lalu oleh azza_artaza memaparkan sikap sebenar Uqasha ketika berurusan dengan peniaga untuk membeli telekung. Order je terus bayar kesemua barangan tersebut, tak minta percuma pun!




Sikap Uqasha yang gemar menyokong peniaga-peniaga kecil rupa-rupanya bukanlah satu perkara baru. Ini kerana ramai dikalangan netizen yang melihat video diatas turut berkongsi cerita yang sama mengenai tunangan pelakon, Kamal Adli itu.





Terbaiklah Uqasha, dah lah cantik, baik hati pula tu. Beruntung Kamal Adli bakal dapat isteri yang berhati mulia ini.

Kredit foto : Instagram uqashasenrose2

Kadang-kadang, kita nak bersedekah tak semestinya dengan bagi wang sahaja tapi dengan membeli barang jualan dan niat nak tolong majukan perniagaan orang lain pun dikira satu sedekah.

Bayangkan bertapa gembiranya peniaga bila ada order masuk. Ya lah meniaga ni ada turun naik, kadang berminggu-minggu pun belum ada order baru masuk. Tambahan pula bagi yang sudah berkeluarga, ada banyak "mulut" yang hendak disuap. 

Jika dalam hidup kita sentiasa gembirakan hati orang pasti Allah akan gembirakan hati kita dengan pelbagai cara, tak percaya cuba la sendiri.

Semoga selebriti yang lain pun dapat mencontohi sikap terpuji Uqasha Senrose ini. 



3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 24-5-2021 02:37 AM
i ok jer ngan uqa..dorg sskjp gak tp jauh benor  beza ngn kardhasian klatey tu
uqa xperlu pakai niqab mcm hajah ok..
kira normal la nmpk hiduo dia..xmcm jah..jah tu try hard nk jd terpaling..now terpaling benci..dah la xcantik pun jah tu..muka keras..
Quote irish_ieka 24-5-2021 02:46 AM
mmg tak nafikan uqasha ni baik. ad makeup artist  ni cakap uqa ni kalau buat payment , die mesti byr extra bnyk la. tkde la hadap nak sponsor. bayar extra lg
Quote jiwarasa 24-5-2021 02:56 AM
Bagusnya.tak sombong that why orang dok ceritakan kebaikan dia..dari sesetengah retis tu dok buat cheap controversy minta kena maki je  
Quote jiwarasa 24-5-2021 02:59 AM
tapi kalau berlakon dua beradik ni i lagi minat nelydia
Quote Atiesha 24-5-2021 04:07 AM
Bgus la,x sombong,x berlagak,x mtk sponsor2 free ni...
Quote Ashna21 24-5-2021 05:35 AM
Bgs support peniaga, but tgk pd review dia sllu dpt pr box, tak putus2 rezeki dia
Quote ara-xtian4eva 24-5-2021 05:46 AM
Emma Maembong pernah beli barang kat IG i. Terkejut dapat dm dari dia. Lepas tu bila dia buat IG story dia tag IG i. Dalam seminggu jugak la i dapat banyak gila order n followers IG naik beribu2. Alhamdulillah.
Quote exclusive_vvip 24-5-2021 06:06 AM
Last year sheols penah bengang dengan seller2 yg bagi brg free,pastu dok rush dia soh bgi review..agaknya sbb tu dia prefer beli je terus..
Quote dudaberhias 24-5-2021 06:16 AM
ye ye jer... peniaga2 kecil tu peniaga2 orang dia kenal jah macam kak piah kaftan... tu je dia support beli...

cuba kalau sobella dulu masa drama sheols dengan kamal deli? nak promot pun geli katanya
Quote Beribear 24-5-2021 07:04 AM
Muka dia pelik lah. Kalau korg tengok muka uqasha ni masa zaman FA dgn airasia, masa dgn pekin & nabil lain sesangat dgn muka dia yg skrg ni. Dulu kalau org ckp dia dgn nely kembar pon boleh percaya. Dulu dia lg cantik dari nely tp skrg terbalik pulak. Ke sbb dia kurus sgt sbb tu muka dia nampak tulang bentuk camtu?
Quote Rmz83 24-5-2021 07:16 AM
edayildiz replied at 24-5-2021 02:37 AM
i ok jer ngan uqa..dorg sskjp gak tp jauh benor  beza ngn kardhasian klatey tu
uqa xperlu paka ...

dia ni mak dia jenis tk gila glamour mcm mak kardishian klate tu yg tu smpai sepupu smua nk famous pdhl yg jd artis sorang je. Uqa ni adk brdk yg bkn artis mna ad msk ig sgt kecuali time ad gathering mcm birthday,raya prgi holiday bru ad gmbr
Quote crossline 24-5-2021 07:25 AM
ara-xtian4eva replied at 24-5-2021 05:46 AM
Emma Maembong pernah beli barang kat IG i. Terkejut dapat dm dari dia. Lepas tu bila dia buat IG sto ...

Sama lah, emma pun pernah nak order barang kat ig i, tapi i punya biz ig tu dah close ao tak dapat la ambil order dia tu
Quote missHaidiD 24-5-2021 07:35 AM
dudaberhias replied at 24-5-2021 06:16 AM
ye ye jer... peniaga2 kecil tu peniaga2 orang dia kenal jah  macam kak piah kaftan... tu je dia su ...

Dah founder sobella pun mulut puaka. Nk kira dosa pahala org pulak. Aku mmg benci betol manusia sibuk nk part time keja tuhan. Melingkup la ko dgn lipstik bodo tu
Quote missHaidiD 24-5-2021 07:37 AM
Skrg iols suka uqasha ni berlakon. Dia mmg pndai berlakon la. Bertiang cntik dan bertiang pndai berlakon tinggalkan si karpet itu.
Quote dudaberhias 24-5-2021 07:49 AM
missHaidiD replied at 24-5-2021 07:35 AM
Dah founder sobella pun mulut puaka. Nk kira dosa pahala org pulak. Aku mmg benci betol manusia si ...

Yang tu pun memang kuat merempan dan sentap. Memang dalam forum ni pun tak kosser nak beli produk dia tu. Kalau kaka perasan lipstick dia je kan boleh jalan? Lain2 tu dia tak promot sangat.
Quote sarah82 24-5-2021 07:56 AM
Ingat masa dia kena kutuk sebab buka tudung.. Aku suka ja tengok dia ni.. Aura dia tu.. Buat org lain mudah suka kan dia.
Quote missHaidiD 24-5-2021 07:57 AM
Edited by missHaidiD at 24-5-2021 08:13 AM
dudaberhias replied at 24-5-2021 07:49 AM
Yang tu pun memang kuat merempan dan sentap. Memang dalam forum ni pun tak kosser nak beli produk  ...


Ramai komplen lipstik dia keras.. Buat bibir kering dan melupas.da la hrga yahudi israel tel aviv. Iols pakai wardah je. Cntik2 kaler. Elok je tak kering bibir.hrga pun cun
Quote Normabaru 24-5-2021 08:04 AM
Sian ungka..ptt lps raya kawen kan..  Bila ntah blh nikah kawennya tu..huhu
Quote Normabaru 24-5-2021 08:08 AM
Beribear replied at 24-5-2021 07:04 AM
Muka dia pelik lah. Kalau korg tengok muka uqasha ni masa zaman FA dgn airasia, masa dgn pekin & nab ...

Dadih kot

Manan xnmpk pelik. Hehe

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068825 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top