CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tarik Diri, Duit Tak Dapat, Projek Besar Tak Dapat, Memang Ralat,"-Hafreez Adam

21-5-2021 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4585| Komen: 19

Pelakon Hafreez Adam sanggup menarik diri dari penggambaran Seratus The Movie baru-baru ini kerana menjadi kontrak rapat dengan seorang pesakit Covid-19.

Hafreez berkata, dia terpaksa melepaskan tawaran itu kerana tidak mahu menjadi individu yang pentingkan diri sendiri.

Foto: IG

"Projek itu memang menarik dan saya rasa sangat rugi apabila terpaksa menarik diri. Namun, apakan daya kerana saya menjadi kontak rapat seorang yang positif Covid-19," katanya.

Hafreez berkata, sebenarnya dia memang dibenarkan untuk keluar bekerja kerana bukan dia yang disahkan positif, namun dia tidak mahu mementingkan diri.Bagi Hafreez, dalam menjalani kehidupan dalam situasi pandemik ini, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri.




"Jadi, saya buat keputusan tak mahu merisikokan orang lain dan pasukan produksi. Saya tarik diri. Duit tak dapat, projek besar tak dapat. Memang ralat tapi macam yang saya cakap, kita tak boleh pentingkan diri sendiri.

"Pada masa itu, saya juga memilih untuk kuarantin diri. Ini kerana simptom ini kadang-kadang selepas beberapa hari baru nampak dan boleh kesan," katanya.

Disebabkan itu, Hafreez juga tidak mengambil foto sambutan Aidilfitri bersama ibu dan adik-beradiknya, baru-baru ini.

Katanya, ketika itu mereka sekeluarga masih lagi dalam proses kuarantin.


"Apabila habis kuarantin, saya sedih melihat orang yang membeli barangan dapur di pasar raya beratur rapat sangat. Kes makin banyak, tapi tengok di Instagram Story masih ramai orang beraya di rumah kawan, pasangan dan sebagainya.

"Orang saling salah-menyalah di antara satu sama lain, tapi diri sendiri tak jaga. Tapi diri sendiri pun tak jaga. Saya sampai sekarang belum beraya sekali dengan famili," katanya.


Hafreez juga menjelaskan tujuan utama dia membuat perkongsian itu kerana sangat kasihankan petugas barisan hadapan.

Katanya, mesti mereka berasa sudah tak ada 'life' kerana penat bekerja tanpa henti nak selamatkan orang lain.


"Jadi, saya minta sangat kita semua boleh hentikan sikap pentingkan diri sekarang. Berhenti terus menuding jari mencari salah-siapa dan kini lakukan apa sepatutnya yang perlu kita buat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 21-5-2021 05:02 PM
baju apa dia pakai tu? baju kurung ke
Quote seri_mawr 21-5-2021 05:16 PM
comot........................
Quote fadz84 21-5-2021 05:32 PM
Nmpk boyak la bdn dia ni.. x smart..
Quote aammyy 21-5-2021 05:32 PM
I taktau kenapa badan dia mcm tak sesuai build up mcm tu. Nampak gay. Ke mmg gay??
Quote white_musk 21-5-2021 05:48 PM
Nampak busuk
Quote Kurex 21-5-2021 06:31 PM
Ketara betul muka gayboy dia
Quote slyfynx 21-5-2021 07:03 PM
Once again.....
Raline dah bukak thread laaaaaaaaaaaaa

Thread Raline - 20 Mei
Quote Pixie902 21-5-2021 07:07 PM
helicornia replied at 21-5-2021 05:02 PM
baju apa dia pakai tu? baju kurung ke

baju kurung dan jubah dah mcm baju unisex skrg   
Jubah lelaki pun bukan main berpinggang ramping, naik geli pulak tengok...


Quote tembamgirl09 21-5-2021 07:09 PM
bagus la juga dia ni
Quote codenamedream 21-5-2021 07:10 PM
Anda kepam tapi bertanggungjawab.  Moga terus berjaya.
Quote timah03 21-5-2021 07:21 PM
Akhirnyaaaaa.... Tak ada perkataan Zara zya keluar dari mulut dia.....
Baru la berdiri di atas kaki sendiri....
Quote mialunar 21-5-2021 07:33 PM
Artis contoh.. Puji cikit
Quote whimsicalmusic 21-5-2021 07:36 PM
helicornia replied at 21-5-2021 05:02 PM
baju apa dia pakai tu? baju kurung ke

Komen ko ni buat aku scroll blk tgk baju tu..ye mcm baju kurung hahahah
Quote whimsicalmusic 21-5-2021 07:37 PM
Die ni mcm acah hot..tgk gmbr pose acah hot..tp aku geliiiii..poyo n geliiii
Quote damian_lee 21-5-2021 07:40 PM
Am still confuse

Kontrak rapat ke kontak rapat?
Quote sleepandream 21-5-2021 08:36 PM
Pixie902 replied at 21-5-2021 07:07 PM
baju kurung dan jubah dah mcm baju unisex skrg   
Jubah lelaki pun bukan main berpingg ...

betul2... jubah yg teluk belanga tu dah macam baju kurung dah iols tengok...
tapi ramai lelaki2 skrg pakai... dah kurang pakai baju melayu....
Quote Raline 23-5-2021 10:01 PM
Multiple Posting/ Same Thread

https://bm.cari.com.my/forum.php ... ight=Hafreez%2BAdam
Quote winky1 23-5-2021 10:06 PM
Bagus tindakan anda.
Quote dudaberhias 23-5-2021 10:09 PM
aammyy replied at 21-5-2021 05:32 PM
I taktau kenapa badan dia mcm tak sesuai build up mcm tu. Nampak gay. Ke mmg gay??

Kaka tak dengar ke lagu2 yang di mainkan tu?

Terpancar alunan lagu britney spears dan lady gaga rain on me bila tengok gambar2 dia. Sudah terang lagi bersuluh, jalan siap di tebas cerah tanpa semak gittew...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063986 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top