CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mana Boleh Makan Dakwat Sotong Kan Haram!"-Siti Sarah Dilabel Bodoh, Tak Tahu Hukum Agama

21-5-2021 02:11 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11882| Komen: 70|Original author: Oleh: Saiful

Siti Sarah dilabel bodoh dan tak tahu hukum agama apabila memasak juadah sotong masak hitam.

"Mana boleh makan dakwat sotong kan haram!! Bodoh betul," tulis netizen terbabit.




Terkilan dengannya, Sarah meminta suaminya, Shuib untuk bertanya kepada Imam Muda Asyraf.

Menurutnya makan dakwat sotong adalah harus dan bukannya haram.


"Sarah ini memang tak pandai... banyak nak kena belajar tapi orang yang konon tahu semua benda tak payah la senang-senang nak bodohkan orang. Jaga adab bila nak cakap. Cuba kalau Sarah bodoh-bodohkan orang yang Sarah tak kenal, sudah tentu ramai melenting punya.

"Bila Sarah sendiri pun keliru ada teguran macam tu, terus minta tolong Shuib bertanya kepada Imam Muda Asyraf.

"Terima kasih Iman Muda sudi bagi pencerahan. Ha, Iman Muda salah ke? Jangan pula ada yang nak pertikai lagi sebab mufti sendiri ada beri penjelasan kat website dia. Dalam tu boleh baca, hukum makan dakwat sotong adalah harus," tulisnya di Instagram.


Foto: IG

Iman Muda Asyraf menjelaskan, "Memang kalau ikut Mazhab Shafiʽi dan sebahagian fakwa pun kata dakwat sotong dikategori sebagai najis. Setiap dalam perut binatang sama ada ikan atau apa saja termasuk dakwat sotong adalah najis.

"Cumanya, pandangan-pandangan zaman pada hari ini, antaranya sebahagian ulama contohnya Mufti Wilayah Perseketuan kata tidak haram kerana ia bukan najis sebab dah jadi sebahagian sotong.

"Jadi, untuk selamat kalau sotong itu dimasak terus dengan dakwat harus bersih... tak ada masalah. Kalau beli dakwat sotong asing, kita masukkan... itu kalau boleh dielakkan lebih baik untuk keluar daripada perselisihan pandangan para ulama."




Sementara itu, Sarah menambah, "Ha, siapa yang cakap bodoh tu? Tak baik tau. Takkan la tahap mufti yang hebat bab agama main suka-suka hati nak jatuhkan hukum kan. Lepas tu ada juga yang forward kat Sarah video penjelasan PU Azman fasal benda ni.

"Jadi lepas ini masaklah sotong masak hitam tenang-tenang... tak payah was-was atau rasa geli. Ada mufti dah jelaskan pun yang dakwat hitam tu dah jadi sebahagian daripada sotong tapi kalau nak faham lagi dengar voice note tu.

"Kita sama-sama belajar okay. Janganlah sebab satu benda tu korang tak setuju terus gelar orang bodoh. Tak baiklah." -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 21-5-2021 02:13 PM
Sian sheols, tak herlok + bimbo, even nak buat baik menderma pun di kecam netizen kalau lawa confirm di maafin
Quote salmon-suki 21-5-2021 02:16 PM
Y netz tu pn dah lama kan org jelaskn psl dakwat sotong nih.. walaupun ai xsuka dia ni tp lg xsuka netz y gelabah acah know-it-all tp nan hado..

Lg rengsa tgk netz y dm n namakan makanan squid ink pasta as 'sephia'.. iyewwwwwww...kt negara kokesen dh lama kot ada squid ink pasta ni..ukalohhhhh laa..
Quote Piramida 21-5-2021 02:17 PM
Ai pun x pandai...  hihihi selama ni ingat sotong masak hitam tu guna kicap hitam legam... ooo dakwat/ darah sotong rupanya.
Quote Mulotkoyak 21-5-2021 02:23 PM
Tetiba teringat bang sajat...mesti rindu nak kolabs dgn si aliff syukri lagu raya kan?
Quote helicornia 21-5-2021 02:31 PM
ye la.bagitau je apa hukumnya napa nal bodohkan org
Quote airmineral 21-5-2021 02:34 PM
dakwat sotong tu ada rasa apa2 ke atau just utk kaler je?
Quote domok 21-5-2021 02:37 PM
Betul la apa sarah cakap tu.. Kalau nak tegur pun tak payah la nak bodohkan orang.. Tegur je elok2.
Quote edayildiz 21-5-2021 02:41 PM
org kelantan mmg mkn..bkn letak semua pun..sotong rebus ni sdp jgk..
netizen pun..kau sekolah tak

Quote KIM.K 21-5-2021 02:43 PM
Oo harus ingat makruh
Quote tembamgirl09 21-5-2021 02:43 PM
dudaberhias replied at 21-5-2021 02:13 PM
Sian sheols, tak herlok + bimbo, even nak buat baik menderma pun di kecam netizen kalau lawa  ...

sheol ada la juga rupa, idok le hauk. Apa la uol ni
Quote bottombikini 21-5-2021 02:45 PM
aku memang tak minat nak makan masak ni
nasib baik bukan antu sotong
Quote CikYaYaYa 21-5-2021 02:48 PM
iols xpernah makn lgi masakan yg ada dkwat sotong nie. dakwat to ada rasa x..? ke bagi warne itam je..?
Quote dua_chzy 21-5-2021 02:50 PM
CikYaYaYa replied at 21-5-2021 02:48 PM
iols xpernah makn lgi masakan yg ada dkwat sotong nie. dakwat to ada rasa x..? ke bagi warne itam je ...

Takda rasa. Bagi warna hitam ja. Tapi ada bau hanyir kuat bila tak fresh.
Quote dua_chzy 21-5-2021 02:51 PM
Dakwat sotong haram. Rokok kau pegi taram. Gi mampos. Musti yang komen tu jantan sangkak.
Quote SweetRehan 21-5-2021 02:52 PM
X pernah lg mkn dakwat sotong ni...cmner ke rasanya...jd bertambah lazat ke masakan sotong tu,?
Quote sharlenetexas 21-5-2021 02:55 PM
Sarah sotong

Quote aqissa 21-5-2021 02:58 PM
Sapelah yg acah mengharamkan itu ini tu....
Quote buapakperut 21-5-2021 02:58 PM
haram atau tak iols geli tgk dakwah tu dimakan
Quote niena90 21-5-2021 03:03 PM
Tak pnah makan dakwat sotong ni. Kalau menyiang sotong seboleh2 tanak dakwat tu pecah, leceh nak cuci nnt. Apetah lagi masukkan ke dalam mulut errrrr...

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.286283 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top