CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afieq Shazwan Beri Hadiah Istimewa Buat Wani Kayrie, Cincin Ke?

21-5-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2911| Komen: 11

Setiap kali ketibaan Syawal, ramai teruja mengadakan dan menghadiri rumah terbuka. Begitu juga penyanyi, Afieq Shazwan, 24, yang merasakan rumah terbuka antara momen yang dapat memeriahkan sambutan Aidilfitri.


Katanya, itulah antara perkara yang sangat dirindui selepas dua tahun meraikan Syawal dalam suasana norma baharu.


Foto: IG

"Rumah terbuka antara perkara paling saya rindui. Sebelum ini, kita sibuk berjalan dan beraya ke rumah sanak saudara dan rakan taulan, tetapi dua tahun ini amat berbeza.

"Sebelum ini, juga saya ada membuat persembahan di rumah terbuka Perdana Menteri. Saya bawa keluarga bersama, tetapi sudah dua tahun tiada.

"Bagaimanapun, jika nak dibandingkan dengan tahun lalu, tidak banyak perbezaan sebab kita tetap beraya dalam suasana norma baharu. Jadi, saya beraya di rumah keluarga di Klang, Selangor bersama mama. Adik beradik lain sudah berkeluarga. Hanya saya masih bujang, jadi kami beraya berdua sahaja.

"Nak beraya pun tidak boleh merentas daerah, jadi duduk di rumah sahajalah. Tahun lalu, saya sempat beraya bersama peminat dalam talian menerusi Google Meet pada malam raya. Seronok juga dapat bersembang dengan peminat, sekurang-kurangnya ada aktiviti di rumah," kata anak kelahiran Klang ini.



Kemudian diusik, sama ada akan meraikan Syawal pertama bersama penyanyi, Wani Kayrie, Afieq hanya ketawa.

Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, mereka sudah lama tidak berhubung, cuma hanya bertegur sapa dalam laman sosial.

"Jika berhubung pun, sekadar dalam laman sosial sahaja. Bukan bergaduh, tetapi Wani terlampau sibuk dengan kerjayanya. Saya pun sibuk dengan penggambaran. Kadang kala apabila nampak Wani dalam Instagram (IG) Story, saya tegur dan dia membalasnya.

"Namun nak berhubung dalam aplikasi WhatsApp tiada langsung. Tetapi, apapun kami masih berkawan," katanya kepada BH Online.


Menggelarkan Wani sebagai teman tapi mesra, Afieq berkata, dia cuba memenangi hati Wani selagi berupaya dan meraikan sambutan hari jadinya pada Mac lalu.

"Saya dan Wani sama sahaja, kami suka bermain tarik tali, tetapi saya tidak lupa memberi ucapan selamat hari jadi, ia sekadar ucapan.

"Saya ada menghantar hadiah yang Wani suka. Tetapi, ia bukanlah cincin, belum tiba masanya untuk saya memberikan hadiah sebegitu. Cuma, saya buat kejutan dan memberikan Wani belon serta hadiah yang tidak dijangka. Ini kali pertama saya memberikan hadiah istimewa pada Wani," katanya.

Memilih merahsiakan hadiah yang diberikan, Afieq berkata, ia adalah salah satu barangan kesukaan Wani.



Tambah Afieq, dia dan Wani selesa menjalin persahabatan dengan cara tersendiri. Namun, soal jodoh biarlah Allah yang tentukan.

"Saya tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Jodoh biarlah Allah yang tentukan. Kami masih muda dan ada fokus dalam kerjaya dan perjalanan hidup.

"Selain saya, Wani ada ramai kawan lelaki. Saya boleh terima kerana kawan Wani adalah kawan saya juga. Jadi, saya tiada masalah tetapi jika ada jodoh, adalah suatu hari nanti.

"Disebabkan itu, saya boleh katakan saya tolak ketepi dahulu soal bercinta. Saya pun sibuk, jadi belum masanya memandangkan saya baru sahaja menamatkan pengajian. Selepas raya, saya akan sibuk dengan penggambaran filem Tariandi dan drama Diari Seorang Suami untuk slot Akasia di TV3," katanya.

Afieq dan Wani mula rapat sejak 2018 ketika menyertai program Big Stage musim pertama. Dari situ hingga kini, hubungan mereka sering jadi perhatian kerana masing-masing suka memuat naik foto dan video bersama dalam akaun media sosial.



Kini, Afieq mahu memberikan perhatian sepenuhnya pada penggambaran filem memandangkan ia adalah filem pertamanya.

"Ini adalah filem pertama, saya belum pernah berlakon filem. Saya hanya menjayakan supertele Siapa Tutup Lampu, baru-baru ini.

"Ramai bertanya adakah saya mahu patah semula ke bidang lakonan? Sebenarnya, saya sukakan semua cabang dalam bidang seni, cuma apabila sudah lama tidak berlakon, rindu nak berlakon. Dan, Alhamdulillah, sekarang saya dapat fokus pada lakonan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 21-5-2021 10:32 AM
Kaka doakan yg baik2 ajer utk kamu berdua...
Quote slyfynx 21-5-2021 10:44 AM
ok... next
Quote Guccibamboo 21-5-2021 10:49 AM
Jelas muka jawa
Quote Kurex 21-5-2021 10:54 AM
Tua muka pompuan ni
Quote Cenderakirana9 21-5-2021 12:07 PM
Kurex replied at 21-5-2021 10:54 AM
Tua muka pompuan ni

Haha baru nak cakap benda sama. Masa dia ni mula2 nyanyi lagu keluar radio, dia masih sekolah lagi. Tapi muka nampak matang betul
Quote ImpianSeroja 21-5-2021 12:17 PM
Semoga adik2 berdua sukses dlm bidang masing2.
Quote Kurex 21-5-2021 01:27 PM
Cenderakirana9 replied at 21-5-2021 12:07 PM
Haha baru nak cakap benda sama. Masa dia ni mula2 nyanyi lagu keluar radio, dia masih sekolah lagi ...

Nampak macam orang dah ada anak sorang...
Quote whimsicalmusic 21-5-2021 07:55 PM
Cenderakirana9: Haha baru nak cakap benda sama. Masa dia ni mula2 nyanyi lagu keluar radio, dia masih sekolah lagi. Tapi muka nampak matang betul


Tp muka mcm ni la bila da tua nnt maintain xnmpk tua sgt..i think la hahah tp iolls pn xsuka sgt dia, biasa2 je muka nya
Quote kakakpositifker 21-5-2021 08:59 PM
mengantok haha
Quote Mulotkoyak 21-5-2021 10:38 PM
Afiq ni macam muka sorang pelakon lelaki tuj... Ak xberapa nak knl...  Yang ade name syah iskandar ke ape ntahh..
Quote nesloice 21-5-2021 10:40 PM
what?? who??

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060309 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top