CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz bertuah masih relevan 2021

20-5-2021 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4872| Komen: 23|Original author: Raline

Description: GENAP 20 tahun pembabitan di persada lakonan, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berjaya meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri. Sepanjang tempoh tersebut pel ...


GENAP 20 tahun pembabitan di persada lakonan, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berjaya meletakkan dirinya dalam kelas tersendiri.

Sepanjang tempoh tersebut pelbagai kejayaan diraih bukan saja di Malaysia, bahkan di negara kelahirannya, Singapura, sekali gus menjadikan dirinya antara pelakon yang kekal relevan sehingga kini.

Terbaharu, Aaron terbabit dalam drama Imam Ku Lelaki Pendosa terbitan Global Station Sdn Bhd dan bakal ditayangkan menerusi slot Akasia, TV3.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada penerbit dan stesen televisyen yang masih memberi kepercayaan kepada saya. Diakui, drama ini antara karya yang memberi cabaran baharu buat saya dari segi karakter.

“Malah, dapat berlakon dengan pelakon baharu iaitu Sophia AlBarakbah turut memberi pengalaman baharu kepada saya di samping pelakon ternama sedia ada.

“Saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap drama ini, tapi apa boleh dikatakan insya-Allah, karya ini memang lain daripada lain,” katanya.


AARON AZIZ masih diberi kepercayaan melakonkan watak hero dalam kebanyakan naskhah drama dan filem tanah air.

Selain Aaron, drama arahan Eyra Rahman tersebut turut menampilkan Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Ungku Hariz, Kael, Annie Mosha, Faez Malek, Fiza Thomas, Ieda Moin, Betty Banafee dan Auni Zahra.

Dalam masa sama, Aaron juga terbabit dalam penggambaran drama Undercover terbitan Skop Production juga untuk tayangan TV3.

Di tengah-tengah kemaraan ramai pelakon pelapis berbakat, Aaron bersyukur kerana masih dihujani tawaran lakonan dengan memegang watak hero.

Seiring kematangan usia dan kerjaya, Aaron atau nama lengkapnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, terus mengorak langkah dengan terbabit dalam bidang perniagaan.

Jenama sendiri

Melancarkan pelbagai produk bawah jenamanya sendiri, siapa sangka bapa kepada tiga cahaya mata itu juga sudah berdiri sama tinggi dengan kebanyakan ahli perniagaan lain.

Masakan tidak, Aaron turut tersenarai sebagai penerima pada Malaysia Prestigious Industry Awards (MYPIA) yang berlangsung baru-baru ini.



TIDAK mahu terlalu selesa dengan bidang seni, Aaron kini melancarkan jenama pakaiannya, Hombre 21.

Penghargaan tersebut bukti hero KL Gangster itu bukan main-main dalam cabang perniagaan yang diceburi.

Terbaharu, Aaron muncul dengan koleksi pakaian ‘street wear’ menerusi jenama Hombre 21, satu lagi usaha ke arah membina empayar perniagaan dan mengukuhkan jenamanya sebagai usahawan.

Menurut Aaron, Hombre ialah perkataan diambil daripada bahasa Sepanyol yang membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ImpianSeroja 19-5-2021 01:02 PM
Dah lama x dgr citer Aaron Aziz
Quote September14 19-5-2021 01:05 PM
Okla leh gmti mustafa kamal bwk watak daddy kaya
Quote PuanPuan 19-5-2021 02:27 PM
My crush
Quote Ritacomels 19-5-2021 03:26 PM
Geli dh nk tgk dia jd hero
Quote anony-mous 21-5-2021 05:04 AM
Haritu i tgk balik pisau cukur, tasty nya heols dlm cerita tu. Mmg layak la dia ni selalu pegang watak hero
Quote cicicumel 21-5-2021 07:00 AM
Daddy dilf!
Quote cicicumel 21-5-2021 07:02 AM
anony-mous replied at 21-5-2021 05:04 AM
Haritu i tgk balik pisau cukur, tasty nya heols dlm cerita tu. Mmg layak la dia ni selalu pegang wat ...

Mmg hensem gila kan.. Kurus tinggi.. Dgn jawline very sharp.. Mmg elok sgt hehe
Quote dr1234 21-5-2021 07:17 AM
cerita baru kat astro first sambungan adam hawa tu...walaupun dah nampak berisi tetapi lakonan tetap best.....
Quote cikgojesss 21-5-2021 07:27 AM
sedapnya abah aaron.. menjejes mutiara khorsani gitu
Quote imrb 21-5-2021 08:03 AM
dr1234 replied at 21-5-2021 07:17 AM
cerita baru kat astro first sambungan adam hawa tu...walaupun dah nampak berisi tetapi lakonan tetap ...

boyak nau dh mcm peti ais.. tapi best citer tu adam dan hawa bercerai..
Quote hyie 21-5-2021 10:38 AM
taste daddy2 ke sister?
Quote anony-mous 21-5-2021 11:36 AM
cicicumel replied at 21-5-2021 07:02 AM
Mmg hensem gila kan.. Kurus tinggi.. Dgn jawline very sharp.. Mmg elok sgt hehe

Saing2 bamtah dah i tgk tp heols lg hensem. Skrg dah tua pon masih nmpk hensem tp xboleh lawan masa muda tu. Ada 1 adegan yg dia bisik dekat telinga faz kat tepi dinding tu , cair iols. Dlu masa cerita tu muda sgt lg, xperasan sgt heols hot stuff
Quote cicicumel 21-5-2021 12:47 PM
anony-mous replied at 21-5-2021 11:36 AM
Saing2 bamtah dah i tgk tp heols lg hensem. Skrg dah tua pon masih nmpk hensem tp xboleh lawan mas ...

Yep scene tu very hot.. Rasanya film malaysia zaman skrg kena kecam kot kalu adegan cmni maklum lah netizen skrg ramai penunggang agama.. Klu boleh smua nak islamik. Kikiki..
Quote Orix 21-5-2021 12:52 PM
Edited by Orix at 21-5-2021 12:53 PM

satu2nya cite yg dia berlakon yg iols bebetol layan cite Adam Hawa jah... itupun sebab OST tokti ms tu best so tertengok n layan... Nadiya Nisaa pun best berlakon... lain2 mcm ombak rindu tu tak memorable di kepala iols
Quote darkness 21-5-2021 01:00 PM
anony-mous replied at 21-5-2021 11:36 AM
Saing2 bamtah dah i tgk tp heols lg hensem. Skrg dah tua pon masih nmpk hensem tp xboleh lawan mas ...

Lakonan dia dgn faz tu apa tajuk drama/filem dia?
Quote dr1234 21-5-2021 02:06 PM
Orix replied at 21-5-2021 12:52 PM
satu2nya cite yg dia berlakon yg iols bebetol layan cite Adam Hawa jah... itupun sebab OST tokti ms  ...

betul tu...boleh layan adam hawa tu malam2
Quote ashilalat 21-5-2021 02:11 PM
Aku mula perasan dia hensem masa emil emilda dgn shf amani. Tp skrg mcm dah memboyak la. Lakonan kadang mcm kaku plak tu. Tp masa muda mmg hensem lah
Quote Orix 21-5-2021 02:14 PM
dr1234 replied at 21-5-2021 02:06 PM
betul tu...boleh layan adam hawa tu malam2

chuols da tgok ke sambungan adam hawa ??
Quote anony-mous 21-5-2021 02:37 PM
darkness replied at 21-5-2021 01:00 PM
Lakonan dia dgn faz tu apa tajuk drama/filem dia?

Pisau cukur

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.077523 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top