"Sharifah Rose ni pun abang tengok ada potensi untuk berjaya sekiranya dia bersungguh sungguh." Kontroversi lakonan kayu pelakon baharu, Sharifah Rose sebelum ini membuatkan penerbit Haji Zil bersuara mempertahankan lakonan tersebut. Terbaharu, pengarah drama berbakat, Shahrulezad turut memberikan pendapat positifnya. Bagi pengarah drama bersiri Nur ini, tidak semua artis yang kayu ini akan terkulai layu, kerana beberapa pelakon membuktikan sebaliknya. Shahrulezad yang juga dikenali sebagai Budak Ijat turut menamakan aktor Fattah Amin dan Elvina yang dahulunya kaku, namun berkat usaha dan kesungguhan mereka berjaya menepis semua gelaran kayu itu.
Menurutnya lagi, ia berdasarkan pengalamannya sendiri iaitu Fattah Amin pernah ditolak ketika menghadiri uji bakat bersama dengannya. Bagaimanapun, pelakon tersebut berusaha memperbaiki kualiti lakonannya dan ternyata banyak peningkatan dicapainya. Hal sama juga berlaku kepada pelakon Elvina yang disifatkannya sebagai gelabah tak masuk akal ketika uji bakat menyebabkan dia juga tidak diterima berlakon di bawah arahannya. Namun, setelah beberapa tahun, Elvina juga menunjukkan lakonan yang memberangsangkan sehingga dipilih sebagai pelakon utama drama bersirinya. Beberapa pelakon turut meninggalkan komen termasuklah Elvina sendiri. Jadi, pesanan Ezad, bagi pelakon baru yang mahu kekal dalam industri ini, perlu berani mencuba dan jangan cepat berputus asa, kerana kejayaan pasti menanti mereka yang berusaha. - CARI |
dauswq replied at 19-5-2021 12:55 PM
fattah amin pernah berlakon dlm drama bersiri sharulnezad kah?
dudaberhias replied at 19-5-2021 12:49 PM
bukan masalah kayu pun sebenarnya...
tapi plot ulangan megah holding tak habis2...
cringe sangat.. ...
Fly_over replied at 19-5-2021 12:53 PM
saripah rose kena sindir dgn retis mana? salu yg menyindir mroyan ni pn tak gah mana.. sketul award ...
Fly_over replied at 19-5-2021 04:53 AM
saripah rose kena sindir dgn retis mana? salu yg menyindir mroyan ni pn tak gah mana.. sketul award ...
ADVERTISEMENT