CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pekin Ibrahim Harap Dapat Raya Dengan Anak Tahun Depan

18-5-2021 08:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4697| Komen: 16

Pelakon, Pekin Ibrahim hanya berpeluang meraikan Aidilfitri di kampung halamannya di Kelantan pada tahun pertama perkahwinan dengan isterinya, Mona Allen.

Dengan penularan Covid-19 yang belum reda dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pekin akur terpaksa meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur tahun ini.

Foto: IG

"Saya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur. Apakan daya kami tak berpeluang untuk balik kampung.

"Namun, sebelum Covid 19 kami kerap juga balik Kelantan pada hari biasa. Cuma sekarang kena ikut arahan kerajaan yang tak benarkan merentas negeri.

"Kebetulan saya menjalani penggambaran drama Keluarga Untuk Disewa arahan Raja Mukhriz di Melaka, jadi raya tahun ini hanya cuti tiga hari," katanya.


Menurutnya, selepas itu dia akan kembali menyambung penggambaran drama yang turut menampilkan lakonan Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Adibah Nor, Fimie Don, Afifah Nasir dan ramai lagi.


"Semangat dan 'feel' untuk sambut raya bukan 100 peratus sangat. Namun, persiapan dari segi pakaian dan makanan tetap ada," katanya.

Selepas tiga tahun beraya berdua, pelakon filem Bunohan ini tidak menolak rezeki untuk menyambut Aidilfitri bersama cahaya mata tahun depan.

"Kalau Allah beri rezeki anak untuk kami pasti akan kami terima. Perancangan ke arah itu memang ada. Cuma Mona terikat dengan kontrak tak boleh mengandung dalam tempoh setahun kerana terbabit dengan penggambaran drama.

"Apapun kami perlu bersabar buat masa ini. Jika sekiranya Allah bagi rezeki, kami pasti tidak menolak," katanya.



Pekin berkata, agenda seninya semakin bertambah selepas Aidilfitri.

"Saya berdebar menanti tayangan banyak filem yang akan keluar seperti Adiwira Ku 2 arahan Jason Chong dan Eric, Imaginur (Nik Amir), Masterpiecisan (Nam Ron), Cerana Biduk Bu Merah (Aizul) dan lain-lain," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 18-5-2021 08:50 AM
Jap... Mona ni ada anak kan from previous marriage?
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 08:54 AM
Semoga Dipermudahkn segala urusan.Aamiin
Quote pearl.silver 18-5-2021 09:01 AM
Gosip dulu kata moda dah penah ada ank..
Quote kakakgarang 18-5-2021 10:18 AM
makneng replied at 18-5-2021 08:50 AM
Jap... Mona ni ada anak kan from previous marriage?

aah betul.. btw mana anak dia skrg?

dia tade hati ke nak jaga anak?  

simpati aku kat anak mona ni...

btw pekin semakin boyot ye.. tak sesuai dgn mona.. mona cantik je.. tapi tu la taste pulak dia kat pekin.

dengar kata org dalam family senrose cerita...pekin ni bomoh2 uqasha.. masa tu sha ni kurus kering je kena bomoh oleh pekin.masa tu baru putus dgn si pekin...

sorry la buka cerita ni balik.. cuma nk tau betul ke ungke kena bomoh dgn pekin..

pernah dtg rumah ungke dulu.. ungke royan2 dekat dlm bilik.. aku jadi kaku di ruang tamu.. dengar cerita ni pun dari nelly..

tapi cuma nak tau je la.. betul ke pekin yg hantar.. huhu


Quote makneng 18-5-2021 10:53 AM
kakakgarang replied at 18-5-2021 10:18 AM
aah betul.. btw mana anak dia skrg?

dia tade hati ke nak jaga anak?  

Siyes la pekin ni bomoh uqasha? Moga uqasha bahagia la dgn kamal deli wpun kepam sama mcm pekin.
Quote cruz2 18-5-2021 10:59 AM
kakakgarang replied at 18-5-2021 10:18 AM
aah betul.. btw mana anak dia skrg?

dia tade hati ke nak jaga anak?  

Aiyooo mengarut sgt la bomoh2 bagai ni.tak pyh acah2 tanya betul ke tak.si uqasha tu kurus bersebab.sendiri rosakkan diri.mcm la netizen tak tahu pe'el dia.iols kenal pekin ni.rupa mmg la biasa2 jer.tp dia jenis buat hal sendiri.pandai cari duit.
Quote kakakgarang 18-5-2021 12:50 PM
cruz2 replied at 18-5-2021 10:59 AM
Aiyooo mengarut sgt la bomoh2 bagai ni.tak pyh acah2 tanya betul ke tak.si uqasha tu kurus berseba ...

harap senrose adik beradik tak menipu la pasni..

serius takut gak masa dia sakit terperuk dlm bilik..

cerita ni sebelum dadah la sis.. aduhh jgn la mareeee..
Quote rain2169 18-5-2021 01:04 PM
mona allen ni lawa wehhh..
aku tengok citer dia dlm  'hati yang dikhianati'.
dia jadi bini zamarul... bini yang curang...
Quote umbut 18-5-2021 01:44 PM
kakakgarang replied at 18-5-2021 10:18 AM
aah betul.. btw mana anak dia skrg?

dia tade hati ke nak jaga anak?  

Ye ker.. Ke kurus sebab tuttt
Quote kakakgarang 18-5-2021 02:27 PM
umbut replied at 18-5-2021 01:44 PM
Ye ker.. Ke kurus sebab tuttt

dedua la kot.. entah la.. cerita dari adik beradik kadang tak leh caye sgt.. sbb coverina la kot.. huhu
Quote eely_shana 18-5-2021 03:46 PM
Semoga ada rezeki pekin dan mona
Quote allshares 19-5-2021 02:01 AM
Mona ni cantik betul, kalau mengandung sok2 mesti lagi lawa naik seri.
Quote lavieenrose 2-6-2021 02:35 PM
Semoga dpt baby next year
Quote supermum 2-6-2021 02:51 PM
kakakgarang replied at 18-5-2021 10:18 AM
aah betul.. btw mana anak dia skrg?

dia tade hati ke nak jaga anak?  

Kau dengar cerita dari Nelly tapi kau ada kat situ? Macam mana tu? Komfius aku.
Quote kakakgarang 2-6-2021 02:55 PM
supermum replied at 2-6-2021 02:51 PM
Kau dengar cerita dari Nelly tapi kau ada kat situ? Macam mana tu? Komfius aku.

oh masa tu i ada kat rumah deyolls..

pastu, tetiba rumah deyolls senyap..tak lama lepastu tetiba dengar bunyi suara jerit2mcm tu.. iolls kat ruang tamu je la time tu..

kan kat rumah org. privacy la gamoknya.. tak kan i nk tetiba masuk bilik org.. i kan tetamu jewwww

then nelly dtg dekat ruang tamu.. iolss tnya.. then nelly bgtau la apa jadi.. tapi pun tak detail .. huhu.. abaikan je la kalau tak betul.. LOL
Quote Cece1234 2-6-2021 03:08 PM
Lawa la mona ni..nape dia xjadi pengacara dah eh skrg? Padahal dlu time dia jadi pengacara sinaran tu dia baru form 2 kot..not bad la jugak dia ni mengacara..bgla jadi pengacara melodi ke ganti mekjena..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060155 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top