CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fida Ibrahim Seronok Raya Tahun Ini Ada Suami Di Sisi

18-5-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4574| Komen: 19

Jika Ramadan dan Syawal tahun lalu diraikan secara solo, namun suasana itu akhirnya berubah buat pelakon yang kini usahawan berjaya, Rafidah Ibrahim atau lebih mesra disapa Fida, 35.


Siapa sangka, seminggu sebelum meraikan Aidilfitri dan Ramadan pula kian hampir ke penghujung ketika itu, Fida selamat bernikah dengan lelaki pilihan dikenali Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada 5 Mei lalu.

Hanya berlangsung dalam majlis sederhana, tetapi meriah sudah cukup buat pasangan sejoli ini kerana acara akad nikah mereka berjalan lancar. Malah, kenangan itu dapat dikongsi bersama adik-beradik dan ahli keluarga rapat.

Menurut pelakon drama Cinta Tikar Sejadah ini, dia hanya mampu mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini. Katanya, sekarang dia perlu membiasakan diri dengan kehidupan baharu.



"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga, adik-beradik dan rakan yang banyak membantu untuk majlis perkahwinan saya bersama suami, baru-baru ini. Hanya Allah akan membalas segala kebaikan itu.

"Sekarang, kami pun makin membiasakan diri hidup bersama dan paling tak sangka, beberapa hari selepas bernikah suami buat kejutan meraikan hari jadi saya mengikut kalender Islam yang jatuh pada 26 Ramadan lalu.

"Kami dapat potong kek bersama serta berkongsi hidangan pulut kuning yang dihantar ke rumah jiran-jiran berdekatan. Begitu juga, ada sebahagiannya dihantar ke masjid sebagai juadah berbuka dan moreh," katanya mengakui mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Berbicara mengenai sambutan Aidilfitri, pasangan yang masih dalam 'mood' pengantin baharu ini berkata, mereka hanya meraikan di rumah kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.



"Saya dan suami mulanya merancang nak ziarah kubur ibu bapa saya pada pagi Syawal itu. Tapi, disebabkan PKP dan ziarah ke tanah perkuburan juga tidak dibenarkan, kami akur hanya beraya di rumah sahaja.

"Persediaan kami berdua pun hanya sederhana dan boleh kata menarik juga apabila sekadar membuat panggilan video menghubungi adik-beradik serta keluarga di hari raya. Walaupun adik-beradik kami tinggal di Kuala Lumpur juga, tapi tak boleh kunjung-mengunjung," katanya.

Berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir, Fida berkata, apa yang berlaku sekarang adalah suratan takdir. Katanya, ujian dan dugaan daripada Allah ini ada banyak pengajarannya dan kita harus sentiasa bermuhasabah diri.


Foto: IG

Meskipun ramai pada kalangan kita berhadapan situasi terjejas pendapatan, kehidupan perlu diteruskan dan kena gigih berusaha. Ujar Fida, dia melihat positif dan menganggap ia adalah kasih sayang daripada Allah.

Menyorot kisah perkenalan Fida dan suaminya, mereka sudah lama saling kenal serta bersahabat sekitar belasan tahun lalu dan pernah belajar di sebuah institusi pengajian yang sama di Pahang. Bahkan, suaminya juga pernah bertindak sebagai pengurus Fida.


Bagaimanapun, selepas kerjaya seni Fida mula suram sekitar 2015 akibat insiden di lokasi yang berlaku, mereka berdua terus bekerjasama dengan menceburi perniagaan sehingga Fida berjaya membangunkan empayar R Secrets Sdn Bhd.

Kini, Fida mampu berbangga dengan pencapaian suaminya yang juga bergelar ahli perniagaan dan memiliki empayar sendiri. Apapun, paling utama jodoh mereka kuat, bagi Fida ialah restu yang diberikan arwah ibunya termasuk semua ahli keluarga kedua-dua pihak.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 18-5-2021 08:16 AM
Tua nmpk muka dia
Quote wadiunong 18-5-2021 08:20 AM
Heloknya husband dia
Quote makneng 18-5-2021 08:53 AM
Herlok husband sheolls... Berbaloi tunggu lama
Quote pearl.silver 18-5-2021 09:00 AM
Lainnya muka fida.. Lawa sikit skang.. Masa ngn jebon dulu ala2 tokti wannabe
Quote WawaRaRa 18-5-2021 09:36 AM
wahhhh... x sangka dah kawen... tahniah....
Quote luvcomot87 18-5-2021 10:14 AM
Jodoh ada depan mata je fida.. penat duk brcinta gn org lain selama ni.. helok la ni sama cntik sama padan
Quote Lula2 18-5-2021 10:27 AM
Sedihnya mak ayah dah takde.
I ayah dah takde pun dah sedih gila2.
Semoga fida dan suami bahagia hingga ke syurga.
Quote asma87 18-5-2021 11:39 AM
Shuben dia xnampak cam 30 ann
Quote eely_shana 18-5-2021 03:48 PM
Semoga bahagia selamanya rafidah dan suami
Quote hyunniesSS501 18-5-2021 04:02 PM
better than mamat
Quote ImpianSeroja 18-5-2021 06:59 PM
Congrats..Semoga Bahagia hingga ke jannah
Quote makadek 18-5-2021 07:11 PM
Kawin jugak si molot cebek ni..laki emsem laktu
Quote dejure 18-5-2021 07:24 PM
Laki dia ni helokk rupa paras nya..tp awass jgn melebih2 tayang ramai betina2/pondan gatal kat luar sana tu.kena sambar baru hang tauuu
Quote TomyamPuteh 19-5-2021 09:23 AM
Dh kawin. Msti la ada hasben kt sblh. Klau x kawin, tentu la boipren. Fidah, Fidah.
Quote anisanim 22-6-2021 02:02 PM
Sama cantik sama padan.. Semoga berkekalan dan berbahagia selalu
Quote Nenasketum 22-6-2021 02:03 PM
Laki dia lagi lawa dari dia, maksudnya mata tertumpu pada dia. Apa kes Fida?
Quote slyfynx 22-6-2021 02:08 PM
Sekarang, kami pun makin membiasakan diri hidup bersama dan paling tak sangka, beberapa hari selepas bernikah suami buat kejutan meraikan hari jadi saya mengikut kalender Islam yang jatuh pada 26 Ramadan lalu.


Haih, nk start menunggang jgk ke ni?
Quote Joysparta 22-6-2021 07:42 PM
Helok sgt laki dia....
Quote ilhamazalea 22-6-2021 07:46 PM

ye x ye.. xkan xjaga langsung?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062675 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top