CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibalut Tuala Pink, Bayi Maut Dibuang Tepi Pagar

18-5-2021 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2593| Komen: 10

Kuala Lumpur: Mayat bayi perempuan ditemukan di tepi pagar Jalan Sri Rejang 3, Taman Sri Rampai, di sini, oleh pekerja warga Pakistan ketika menyapu sampah di kawasan itu, hari ini.


Dalam kejadian 8 pagi itu, tukang sapu dari Syarikat Alam Flora itu mendakwa menyapu sampah dan terlihat satu beg berwarna putih di tepi pagar sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu setengah jam kemudian dan dibantu Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, saksi kejadian memberitahu, ketika mengangkat beg itu, dia terlihat bayi di dalam beg dibalut dengan kain tuala warna merah jambu.


"Bayi perempuan malang itu disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur yang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan dijumpai pada bayi itu yang mana pemeriksaan awal pada tubuh bayi tiada dijumpai sebarang kesan kecederaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, polis percaya mayat bayi itu ditinggalkan di lokasi itu dalam tempoh kurang 12 jam sebelum dijumpai.

"Mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnasda53 18-5-2021 09:55 AM
Sebak bila baca berita macam ni.
Astaghfirullahalazim.
Quote Kurex 18-5-2021 10:19 AM
Semoga cikpet pompuan tu disengat lipan bara & ciknek laki tu tumbuh kulat
Quote mama_neko 18-5-2021 11:06 AM
harap baby tu dah meninggal masa bersalin.. kalau x,tak terbayang baby tu dok menangis sornag2, sejuk and sakit kat situ
Quote squeeze 18-5-2021 11:50 AM
bodoh, time buat xingat..dh beranak perangai mengalahkan binatang.
Quote gede-bab 18-5-2021 11:55 AM
Ya Allah...adakah bayi itu telah meninggal kemudian dibuang ...atau mati lemas sebab terlalu lama dalam plastik tu..
Quote Ciktiekus 18-5-2021 12:02 PM
Kenapa kejam sangat
Quote 3chanceno 18-5-2021 12:05 PM
Kesian baby nie tak berdosa..kesian jugak pekerja pembersihan kerna tak tahu bila dapat kejutan begini dalam waktu bekerja
Quote missinpiece 18-5-2021 01:36 PM
Siannya baby {:cryrun
Quote dua_chzy 19-5-2021 06:18 PM
Malaysia, ayuhlah berjihad melawan kekejaman terhadap kanak2 tanahair yang dibunuh, dirogol, diliwat, didera, diabaikan tanpa peri kemanusiaan!
Quote anisanim 22-6-2021 02:04 PM
Astaghfirullahhal adzim.. Kesian nue.. Wei x berhati perot betul buang anak.. Ramai jer sanggup amek jadi anak angkat.. Aku pun nak klu ko nk buang gitu jer

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065936 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top