CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Tayang Wheliee Di TikTok, Dah Kena Tahan Polis

18-5-2021 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2329| Komen: 17

Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal secara berbahaya sebelum aksinya dirakam dan dimuat naik di laman sosial Instagram dan Tik Tok sehingga tular mengundang padah apabila ditahan polis semalam.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, perbuatan suspek berusia 21 tahun itu dimuat naik di laman sosial oleh pemilik akaun muhddanialsyafiq dengan tajuk 'The Real Raya in Kuala Lumpur', berdurasi 0.28 minit pada hari raya pertama.

Menurutnya, video itu memaparkan seorang lelaki memakai baju Melayu berwarna cerah, berseluar gelap, memakai kopiah dan berselipar sedang menunggang motosikal Yamaha RXZ secara merbahaya dan membuat aksi wheelie di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).

Foto: Harian Metro


"Bertindak ke atas laporan polis yang diterima, Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai Inspektor Mohammad Solihi Shafie mengesan dan menahannya sebelum menyita motosikal bersama pakaian digunakan dalam video itu, pada 7 malam.

"Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, semakan rekod lampau mendapati dia pernah ditahan sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama dan dihukum mengikut Seksyen 79(2 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2018 dan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu digantung selama dua tahun pada tahun lalu.

"Kita masih mengesan perakam video terbabit kerana bersubahat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas serta tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 18-5-2021 08:08 AM
Rakaman macam ni laju tindakan diambil.. {:good

Diharapkan rakaman raya peluk sakan pun segera diambil tindakan.. Ada kesalahan lampau juga tu!
Quote Vellfire 18-5-2021 08:24 AM
baru semalam tengok video dia ni
Quote djzara81 18-5-2021 08:28 AM
Good job polis! Aku anti bdk rempit. Padan muka!
Quote Tinot7 18-5-2021 08:35 AM
Tak serik2 ke dikk?

Zulkefly berkata, semakan rekod lampau mendapati dia pernah ditahan sebanyak dua kali atas kesalahan yang sama dan dihukum mengikut Seksyen 79(2 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2018 dan dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu digantung selama dua tahun pada tahun lalu.
Quote Boomibulat 18-5-2021 09:19 AM
Dengan baju raya sekali kena tahan polis..?
Quote Nnasda53 18-5-2021 09:59 AM
Bila berbangga dapat pulak  hadiah berbaloi sgt tu,Tahniah.
Quote xy_daen 18-5-2021 10:01 AM
Apa salah baju raya kena tahan juga.
Quote shiraloveyou 18-5-2021 10:05 AM
Memang elok pun sape2 yg gigih sgt show off langgar undang2, sop kt medsos tu kena saman..baik geng rempitan, rakyat marhaen n kayangan..skrg ni kan musim semua nk up kt tiktok fb konon dia la yg terpaling....
Quote AyaqMeloSuam 18-5-2021 10:16 AM
Padah uplod di scomed.. bhuhu haha la moto disita
Quote ReginaGeorge 18-5-2021 12:38 PM
Hukum sebat je budak toyol nih {:yameteh
Quote miu84 18-5-2021 12:40 PM
Syabas. Semoga bertambah pupus umat bebal terlampau (iaitu buat benda bodoh dan pi upload kt med soc)
Quote jfq 18-5-2021 12:47 PM
Edited by jfq at 18-5-2021 12:50 PM
Boomibulat replied at 18-5-2021 09:19 AM
Dengan baju raya sekali kena tahan polis..?


Sama la mcm mamat yg tendang pagar surau tak dpt sembahyang jumaat ty. Baju raya dia pun kena rampas haha

Tangkapan ke atas suspek berumur 35 tahun bersama rampasan kenderaan terlibat serta sepasang baju Melayu yang dipakainya semasa kejadian telah dilakukan
Quote Boomibulat 18-5-2021 12:58 PM
jfq replied at 18-5-2021 12:47 PM
Sama la mcm mamat yg tendang pagar surau tak dpt sembahyang jumaat ty. Baju raya dia pun kena ra ...

No plet kete/moto x cukup sbg bukti ye..nak baju jugak..harap2 baju x masuk lokap sekali
Quote orgsepang 18-5-2021 01:14 PM
Awal2 tengok nama Akleh ni akak ingatkan nama taukeh cina, gah sungguh siap ada papan tanda merata, rupanya nama lebuhraya tu.
Mendapatlah kau dek, gigih sangat menayang aktiviti melanggar undang2 kan.
Quote squeeze 18-5-2021 02:04 PM
hantar budak ni pegi israel naik moto.
Quote renko 18-5-2021 02:18 PM
puak2 monyet dia ni
kemain ramai menyokong
pale hotak
Quote Artemesiaa 18-5-2021 03:22 PM
Gigih tayang disocial media dah kenapa.  Dulu dikecam je sekarang pakej dengan dikenakan tindakan oleh pihak polis.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.234396 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top