CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

McDonald's Malaysia nafi salur bantuan kepada Israel

17-5-2021 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11768| Komen: 161




KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalur bantuan kepada Israel serta menyifatkan perkara itu sebagai pembohongan dan fitnah.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, menjelaskan McDonald's Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) diambil alih sepenuhnya Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak 2017, dengan ekuiti syarikat itu dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

Tegasnya, sebagai sebuah syarikat tempatan, McDonald's Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara.

"McDonald's Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami. Pihak McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azmir berkata, pendirian mengenai isu itu sudah dijelaskan pihaknya pada 2017 dan telah dikongsi secara meluas orang ramai menerusi mesej WhatsApp mereka, selain diterbitkan media arus perdana, dalam talian dan blog.

Beliau berkata, pada tahun sama, pihaknya juga mendapatkan pandangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang antaranya menyatakan seruan 'wajib boikot' hanyalah sah jika ia diperintah oleh umara' atau pemerintah negara selain boikot tanpa fakta sah boleh dianggap sebagai fitnah dalam hukum Islam.

Menurutnya, McDonald's Malaysia sudah membuat laporan polis terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial dan saluran lain untuk memboikot restoran-restoran McDonald's di Malaysia.

Azmir berkata, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak-hak dan kepentingan syarikat serta lebih 15,000 warga tempatan yang bekerja dengan McDonald's Malaysia.

"McDonald's Malaysia tidak pernah t erbabitdalam sebarang agenda yang menyokong Israel. Malahan, penjelasan kami berhubung isu ini telahpun diterima baik oleh badan-badan bukan kerajaan utama seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), MYCARE, Aqsa Syarif, Palestine Centre of Excellence dan Viva Palestina Malaysia," katanya.

McDonald's Malaysia turut mendoakan supaya penindasan dan keganasan yang berlaku ke atas Palestin akan segera berakhir, katanya.


Sumber : BERNAMA/Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 17-5-2021 08:40 PM
Silalah boikott wahai rakyat Malaysia sekalian, supaya iolls x payah beratur pnjg dekat drive thruu tu ni sama jee penuhnya walaupon duk boikot...... Nasib baik latte milo iolls ada lagi
Quote Tinot7 17-5-2021 08:42 PM
Alhamdulillah... voley la beli happy meal selalu..
Quote ImpianSeroja 17-5-2021 08:44 PM
Ok McDonald's Malaysia
Quote wirazam 17-5-2021 08:45 PM
Malaysian kalau boikot jgn main main no..the power of Malaysian consumer
Quote dudaberhias 17-5-2021 08:45 PM
memang mcdonalds malaysia takde sumbang apa2 kepada israel pun...
pembelian2 di malaysia ni sikit sangat berbanding 1 billion lebih konsumer yang makan mcdonald setiap hari di negara2 lain...

dan kalau kita boikot mcdonald lagi orang2 pelaburan saham suka sebabnya masa ni la dorang standby cash nak beli stock mcdonald bila harga turun... dah la mcdonald bagi dividen 4 kali setahun...

yang standby nak beli tu sape lagi orang kita jugak yang kerja agen pelaburan...

baik kita boikot produk2 yang betul2 dari israel macam di jual di jaya grocer.
Quote songhara1226 17-5-2021 08:48 PM
Yg nak baca hujah kenapa mcd malaysia memang x menyokong yahudi boleh refer kat sini

http://oskortos.blogspot.com/2014/08/boikot-mcdonalds-malaysia.html?m=1

Selamat beramal
Quote mzzenma 17-5-2021 08:51 PM
Meolls raya kedua dah belasah samurai burger. Ni tengok ada sumo burger.. nak pujuk laki buka puasa esok makan mekdi..
Quote she 17-5-2021 08:54 PM
Boikot taknak beli udoh ler

Ni mengkomer siap jahanamkan kedai McD tu

Koser lahhh macik
Ayam guring podeh sodap aiii aiii
Quote vicheatjoe 17-5-2021 09:10 PM
mmm nak makan samurai burger, tempting jugak iklan dia,
anyway just nak faham sikit, walaupun tak banyak mesti ada bayaran yang perlu dikenakan untuk gunakan nama penjenamaan dan didalam kes ini-  gerbang alaf tak perlu bayar ke penggunaan jenama mcdonald tu ?? gunakan jenama mcdonald dengan percuma??
Quote mclaren 17-5-2021 09:14 PM
vicheatjoe replied at 17-5-2021 09:10 PM
mmm nak makan samurai burger, tempting jugak iklan dia,
anyway just nak faham sikit, walaupun tak  ...

McDonalds franchise kan? Takde franchise fees ke yang tersalur balik ke group McD USA?

Quote ang_bess 17-5-2021 09:16 PM
Alamark...baru nak berjihad di mcd
Quote CikYaYaYa 17-5-2021 09:19 PM
kebiasaan nyaa boikot rakyat Malaysia nie hangat2 tahi ayam jerr.. Xtau laa kott kali niee mmg sgguh2. Tapi yang pasti mcd kat area iols totap laaa rmai org berbariss  nk mbeli nya
Quote syahilwa 17-5-2021 09:24 PM
Aku paling x ske....acah boikot..pastu gigih tangkap gambo org beratur beli mekdi..viralkan...phuiiii sgt
Quote fly_in_d_sky 17-5-2021 09:24 PM
McDonald and Starbucks memang tak sokong Israel
kena siasat dulu sebelum protes
Quote mclaren 17-5-2021 09:28 PM
syahilwa replied at 17-5-2021 09:24 PM
Aku paling x ske....acah boikot..pastu gigih tangkap gambo org beratur beli mekdi..viralkan...phuiii ...

Konon perasan diri tu mulia dan confirmed jannah dengan mengaibkan orang lain.
Quote cik_chili 17-5-2021 09:29 PM
Dah tgk barisan drive thru mekdi?

Berjujuk beratur...xpnah surut...itu dikatakan nak boikot???

Quote Suchi 17-5-2021 09:31 PM
Tiap kali ada isu tu tiap kali tu la nama mekdi naik.

Mesti naik muak dah depa tp jgn risau org malaysia boikot bermusim dan terikut2 ngn orang.
Quote delia3003 17-5-2021 09:33 PM
cik_chili replied at 17-5-2021 09:29 PM
Dah tgk barisan drive thru mekdi?

Berjujuk beratur...xpnah surut...itu dikatakan nak boikot???

Raya hari tu lagi luar biasa panjang. Iols terkejut tgk bila lalu McD area rumah
Quote Mulotkoyak 17-5-2021 09:33 PM
Im loving it

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059592 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top