CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ghairah Nak Selfie, 9 Mati Perahu Dikemudi Budak 13 Tahun Terbalik

17-5-2021 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4156| Komen: 14

Gara-gara mengabaikan faktor keselamatan kerana terlalu sibuk ‘berselfie’, tujuh pelancong mati lemas apabila bot dinaiki mereka terbalik di sebuah kawasan takungan air di Daerah Boyolali, Indonesia.


Agensi berita NZ Herald melaporkan, tekong bot tersebut hanyalah seorang budak lelaki berusia 13 tahun.


Kredit foto: Bengawan News/ist

Laporan itu memetik polis tempatan sebagai berkata, kesemua 20 penumpang bergerak ke satu sisi bot berkenaan untuk berswafoto di tasik tersebut.

“Punca kemalangan adalah bot itu mempunyai muatan melebihi had ditetapkan. Apabila kesemua 20 penumpang bergerak ke satu sudut, bot itu hilang imbangan dan terbalik,” kata Ketua Polis Jawa Tengah, Ahmad Lutfi.

Ahmad Lutfi berkata, memandangkan pengemudi terbabit baru berusia 13 tahun polis juga akan menyiasat sama ada faktor kecuaian merupakan antara faktor kemalangan tersebut.


Sementara itu,  Kompas.com melaporkan kesemua jenazah mangsa akhirnya ditemui selepas tiga hari tragedi berkenaan berlaku sejak Sabtu lalu.

Difahamkan, 9 penumpang meninggal dunia manakala 11 lagi termasuk pengemudi sudah ditemui.

Difahamkan, dua mangsa terakhir ditemui malam tadi dan pagi ini.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 17-5-2021 04:37 PM
Swap photo terakhirla gamaknya..one more thing. Apasal budak 13 tahun yg escort pelancong ni?
Quote Tinot7 17-5-2021 04:42 PM
Takziah kpd keluarga
Quote batmana 17-5-2021 05:24 PM
sana ramai hidup melarat, budak umo 10 tahun pn dh ada yg keje
Quote imransulaiman 17-5-2021 05:39 PM
Taknak kesian...tapi taknak juga padankan muka... {:thief
Quote reddots 17-5-2021 05:53 PM
Nak padankan muka je lh. Sebab benda mcm ni bukan baru pun. Selfish n degil. Larangn berliburan sudah dibuat oleh pihak berwajib utk menggawal jangkitan covid..ni dh jelas..1 bot 20 org . Penjarakkan sosial xde le tu..


Quote Thunderclouds 17-5-2021 06:04 PM
Salam takziah. Dh byk kot kes mati sbb bselfie. Berigt la masing2.
Quote LoveSungmin 17-5-2021 06:17 PM
tak boleh ke tukang pegang kamera tu berdiri paling depan and kat tengah supaya semua orang boleh masuk dalam frame.. gigih pula semua nak berkumpul dekat one side of the boat.. memang menempah maut namanya
Quote Kurex 17-5-2021 06:20 PM
Tengok pun macam kecik je bot tu tak padan dgn ramai penumpang
Quote buapakperut 17-5-2021 09:45 PM
bukan nak kata apa dala tak pandai swim, tak pakai jaket keselamatan ,perahu lak overload
Quote imanjannah 17-5-2021 09:46 PM
kesian.. entahlah.. mmg kita d alkhir zaman
Quote slyfynx 17-5-2021 10:43 PM
Huish, BA pun x pakai.
Mmg selamat la
Quote allshares 17-5-2021 10:53 PM
Dipanggil tolol Kang marah, tapi dah arwah kan Maka moga tenang lah disana
Quote Cece1234 17-5-2021 11:33 PM
Kesian kecik2 kena keje..
Quote NataliaLuiz 18-5-2021 07:06 AM
Takziah..kesian pun ada.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.040291 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top