CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Temukan Izreen & Intan, 'Awat Tak Jemput Sheila Rusly Jumpa Janna?'

17-5-2021 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12140| Komen: 80

Bertemakan ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ sempena Syawal, netizen mempersoalkan pendekatan program Melodi Raya yang tidak menghubungkan silaturrahim antara pengacaranya, Janna Nick dengan penerbit popular, Sheila Rusly.



Kredit foto: IG Janna

Perihal tersebut mula menjadi perbualan netizen menerusi Twitter. Pada masa sama, netizen juga tidak berpuas hati dengan soalan-soalan yang diajukan Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, ketika sesi curahan hati antara Izreen Azminda dan Intan Liana Saleh.

“Tak tahulah apa depa (pasukan Melodi) cakap sampai Intan itu setuju nak datang. Dekat YouTube semua tanya ‘awat tak jemput Sheila Rusly jumpa si Janna Nick tu’,” ciap seorang netizen di Twitter.

Hasil tinjauan Kosmo! Online juga mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan soalan yang keluar dari bibir pelantun lagu Mungkin Saja itu.


Janna yang sebelum ini mengakui berdepan masalah mental, disifatkan tidak berhati perut dan tidak sensitif dengan situasi janggal Intan saat disatukan dengan wanita yang merampas suaminya tiga tahun lalu.



Antara soalan Janna yang mengundang amarah netizen, termasuklah ‘sudah jumpa pengganti atau belum?’

“Kami mahukan sis Sheila Rusly dan Janna Nick dalam #MelodiRaya,” getus seorang pengguna Twitter.

Terdahulu, Sheila dan Janna mempunyai hubungan yang sangat baik ibarat ibu dan anak. Sheila sering memanggil Janna berlakon di bawah produksi kendaliannya, Js Pictures.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, hubungan mereka retak sekitar awal 2019 disebabkan satu permasalahan yang masih tidak dapat dirungkaikan sehingga kini.

Kemelut hubungan kedua-dua selebriti itu bermula apabila Sheila didakwa memuat naik status seolah-olah menyindirnya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Isu tersebut terus hebat diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna malah ada mengatakan hubungan dingin itu untuk menaikkan ‘rating’ drama terbaharu terbitan syarikatnya, Leftenan Zana.

Sehubungan itu, Sheila menjelaskan apa yang berlaku antara dia dan Janna langsung tiada kaitan dengan drama yang menampilkan Janna menjayakan watak utama.

Alasan Sheila, perselisihan faham berkenaan terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana melibatkan hal keluarga. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinchaupink 17-5-2021 02:29 PM
nnt sakit depression pulak...
Quote lifeline 17-5-2021 02:42 PM
itula aku memula tgk masa janna cakap maafkan semua la baik balik la apa le
eleh kau ngn cyst pon duk bercekau lagi
lagi mau nasihat org cenggitu cenggini
fake betul
Quote uori 17-5-2021 02:59 PM
cakap tak serupa bikin. kang cakap lelebih, depress pulokkk. dia wat orang depress takpe
Quote AshkieLa 17-5-2021 03:01 PM
lifeline replied at 17-5-2021 02:42 PM
itula aku memula tgk masa janna cakap maafkan semua la baik balik la apa le
eleh kau ngn cyst pon d ...

kan...
janna panggil cyst..
awal panggil fahrin...

Quote dua_chzy 17-5-2021 03:08 PM
Betul jahat hapa Melodi ni buat. Kalau brani buat la kat pengacara tu sesi bermaafan.
Quote kiah78 17-5-2021 03:09 PM
Awal semalam nampak akward. Janna macam2 push... Nape nak kena paksa maafkan.. maafkan..
Quote lifeline 17-5-2021 03:15 PM
AshkieLa replied at 17-5-2021 03:01 PM
kan...
janna panggil cyst..
awal panggil fahrin...

kahkahkahkah

baru la melodi meletop rayaaaa

dah host pon byk gossip baik la bergosip pasal host tu je sndiri dlu
Quote lilac85 17-5-2021 03:15 PM
Boooo melodi
Quote pxlbb 17-5-2021 03:35 PM
Bodo nak naik rating sampai sanggup nak londeh perasaan orang mcm ni. Bangang abadi. Intan u look perfect!
Quote ais_kosong 17-5-2021 03:41 PM
AshkieLa replied at 17-5-2021 03:01 PM
kan...
janna panggil cyst..
awal panggil fahrin...

Setuju yang ini.

Sibuk la nak paksa orang maafkan org lain.

Quote bulalof 17-5-2021 03:45 PM
low class punya rancangan.
Quote Hypothetically 17-5-2021 03:54 PM
Hosts pun bukan certified utk handle emosi org lain. So unprofessional.  
Quote anony-mous 17-5-2021 04:15 PM
AshkieLa replied at 17-5-2021 03:01 PM
kan...
janna panggil cyst..
awal panggil fahrin...

Apa kes awal dgn fahrin? Sbb awal rampas scha?
Quote cikgojesss 17-5-2021 04:15 PM
cannot la dengan nyawa cyst ni... muka dia sejenis pompuan perengus bengis pemarah panas baran kuat menjerit n mengamuk tak tentu hala
Quote rayna_raynes 17-5-2021 04:21 PM
patutlah janna pilih dini banding yang di sebelah tu


Quote ImpianSeroja 17-5-2021 08:29 PM
Hmmmmmm..mmg da lama x tgk melodi,majalah 3,nona, Muzik2..sekian
Quote zeitabaei 17-5-2021 08:55 PM
Intan mcm x nak maafkan kenapa setuju dipanggil melodi. Sudah tentu production dah brief apa yg kena buat. So intan dah Tau. Tp still terima.tp play victim
Quote Lylyna 17-5-2021 10:03 PM
sedangkan nurtizen pun tak lupakan n maafkan apa si jering ni buat, lagi intan nak lupakaj gitu je? Hell no! Maafkan tu ye tapi nak lupakan tu tak.
Quote opie5662 17-5-2021 10:17 PM
Edited by opie5662 at 17-5-2021 10:18 PM
AshkieLa replied at 17-5-2021 03:01 PM
kan...
janna panggil cyst..
awal panggil fahrin...


Dah pernah tgk rancangan apa tah ade fahrin n awal.. Diorg ok je... Profesional... X kekok pon.. Mcm x penah gado

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083239 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top