CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sibuk Jaga Dua Anak, Nad Zainal Syukur Suami Rajin Tolong

17-5-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3645| Komen: 7

Menjaga dua orang anak bukanlah satu tugas yang mudah namun pelakon Nad Zainal melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang suami dan keluarga yang banyak membantu.

Selepas sebulan melahirkan cahaya mata kedua bernama Budi Kalsom, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memberitahu anak perempuannya itu mudah untuk dijaga kerana tidak banyak ragam.

Kehadiran anak kedua itu juga membuatkan putera sulungnya iaitu Fahad Ibrahim berasa teruja malah hampir setiap hari bertanyakan bila adiknya mahu membesar.

Kredit foto: IG


"Bila dah dua orang anak, sudah tentu saya bertambah sibuk la tapi Alhamdulillah, saya ada keluarga dan suami yang banyak membantu. Jadi, semuanya dipermudahkan.


"Alhamdulillah... baby girl sangat baik, senang nak jaga dan tak banyak ragamnya. Yem (anak pertama) pun tak ada tunjuk tanda protes sejak ada adik. Cuma kalau kita puji adik, kena puji dia sekali.

"Tapi dia memang sangat gembira dengan kehadiran adik. Tapi kadang-kadang dia tak faham dan tanya bila adik nak besar. Boleh katakan setiap hari dia akan ukur ketinggian adik dia sebab tak sabar nak bermain bersama," katanya kepada mStar.



Untuk rekod, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu melahirkan anak keduanya itu pada 31 Mac lalu.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang lagi anak bernama Fahad Ibrahim yang berusia lima tahun.


Dalam pada itu, aktres berusia 31 tahun ini memberitahu dia sepatutnya mula memasuki set penggambaran pada hujung Mei namun mengakui masih dalam dilema untuk menerima tawaran berlakon buat masa sekarang.



"Sebenarnya ikutkan saya bekerja semula pada hujung bulan Mei tapi saya masih tak tahu lagi nak ambil tawaran itu atau tidak. Buat masa sekarang, masih atas pagar lagi.

"Tak tahu nak ambil ke tidak... sebab kalau boleh saya nak Kalsom usia empat bulan ke atas baru saya mula kerja semula. Saya tengok juga tawaran karekter yang diberikan.




"Macam baru-baru ini, saya ditawarkan dengan satu karekter yang menarik juga tapi saya masih fikirkan lagi sebab nak ikut Kalsom besar sikit. Mungkin saya perlu bertahan lagi empat bulan.

"Ikutkan hati, memang nak sangat mula kerja. Cuma, sekarang pun kita dengan keadaan Covid nampak gaya macam susah penggambaran nak dijalankan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 17-5-2021 02:28 PM
laki dia keje apa
Quote umbut 17-5-2021 02:54 PM
Laki dia ni xda kening kabur sangat.. Mcm mia goth
Quote md_nana 17-5-2021 02:56 PM
suka laaa tgk muka nad ni. cantik feature dia cuma aku rasa dia jongang sikit. mmg jongang ke pki veneer ya? sbb uqasha pun nampak jongang.
Quote ImpianSeroja 17-5-2021 08:30 PM
Alhamdulillah dpt suami yg rajin nk tolong jaga ank...nad  lak makin cantik
Quote eely_shana 17-5-2021 09:09 PM
Gambar raya family nad klasik
Quote Suchi 17-5-2021 09:16 PM
Baby merah baru menetas lagi,elok tangguh dulu.
Skrg kes covid tinggi betterla tunggu anak besar skit kalau nk berlakon balik pun.

Melainkan kalau laki tak keje ke apa yg tu tak leh nak kata apa la..
Quote Cik_jantung 17-5-2021 09:59 PM
Untunhla laki tak perlu susah kerja..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044140 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top