SOP lain yang telah dipraktikkan sebagai norma baru sejak lebih setahun yang lalu pula adalah penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan daftar MySejahtera. Walaupun telah diulang-ulang perkara sama setiap hari sejak Mac 2020 namun masih ada segelintir yang seakan tidak faham atau sengaja buat-buat tidak faham, sudah dinyatakan tidak boleh merentas daerah yang mana boleh menambahkan risiko jangkitan kes Covid-19 akibat aktiviti kunjung mengunjung, salam bersalaman, peluk cium di Aidilfitri, ada pula yang terlebih kreatif berjumpa di sempadan seperti yang terjadi di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.
Jika setakat berjumpa sambil bertukar-tukar hidangan mungkin boleh dipertimbangkan lagi, yang menjadi masalahnya adalah sambil bertukar barangan boleh pula sampai berpeluk cium, bersalaman, penjarakan 1 meter sudah tentulah tiada. Polis pun hilang entah ke mana. Negeri Selangor pula antara negeriyang konsiten dengan angka tertinggi kes Covid-1. Media cetak dan elektronik pun seperti terlepas pandang isu perlanggaran SOP individu-individu yang berjumpa di sempadan ini, yang di'highlight'kan adalah susah payah, kesedihan, kesayuan di Aidifitri di sebalik pagar kawat berduri dan penghadang batu. Golongan kayangan dengan kes perlanggaran SOP versi kayangan, golongan marhaen dengan versi marhaennya. |
ChildrenOfBodom replied at 16-5-2021 02:59 PM
Feeling dok Gaza kohkoh
pu3_rania: Aduhaiii larrrr BINGAIIII nyer lahaiiiiAttention seekerrr sungguhhhPDRM sila lah ambil tindakan ke atas depa2 ni sebelum bertambah lagi jumlah bingai2 ...
ChildrenOfBodom replied at 16-5-2021 02:59 PM
Feeling dok Gaza kohkoh
ADVERTISEMENT