CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PKP 3.0, DSV Borong Di Bazar Aidilfitri Bantu Peniaga Kecil Sebelum Tutup Kedai

12-5-2021 07:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6212| Komen: 29

Keputusan kerajaan menamatkan operasi bazar Aidilfitri seluruh negara selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Isnin lalu sedikit sebanyak menjejaskan punca pendapatan peniaga.


Simpati dengan nasib yang menimpa peniaga itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida turun padang membeli barangan jualan mereka sebagai tanda sokongan.


Kredit foto: IG Vida

"Harini saya nak ronda bazar Aidilfitri sebelum PKP bermula... saya turun untuk sokong peniaga bazar raya yang terpaksa ditutup sebab PKP 3.0. Kasihan mereka!

"Kasihan para peniaga kecil terjejas, musim-musim raya inilah yang mereka harapkan untuk dapat untung serba sikit. Apakan daya arahan perlu ikut," katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video membeli beberapa barangan jualan di sebuah bazar Aidilfitri di Ipoh, Perak pada Selasa.


Vida dilihat memborong barangan dan kelengkapan raya antaranya kuih dan biskut raya, baju raya dan karpet.



Tindakan Vida berbelanja dan membantu peniaga kecil yang terjejas kerana pelaksanaan PKP itu menerima pujian daripada pengikutnya.

Dalam pada itu, Vida meminta para peniaga supaya bersabar dengan ujian ini dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 12-5-2021 07:07 AM
Wah bagusnya dato beli karpet kat bazaar jah...
Quote Tinot7 12-5-2021 07:23 AM
Murmurnya karpet kat sana?
Quote NataliaLuiz 12-5-2021 11:18 AM
Honestly, i respect attitude Dato vida. Segila-gila, segedik-gedik mana pun, dia tak kacau menyibuk hal orang lain. Dia fokus anak, family dan bisnes dia je. Sejak belajar agama & quran, dah byk dia tlg pusat2 tahfiz. Maybe ada ustazah tegur lebih baik sponsor anak yatim, tahfiz. Kalau i kaya mcm dia pun, i akan buat benda yg sama.
Quote genUmi 12-5-2021 12:40 PM
bagus dia niat nak membantu


tapi kalau x  menunjuk  lagi bagus
Quote pcr13 12-5-2021 12:45 PM
Bagus la jugak dia ni.. masa tang karpet tu ada gak dok perli-perli  hahahaha sape termakan cili dia terasa pedasnya gitu
Quote Boomibulat 12-5-2021 12:48 PM
Org kaya mmg x pyh pakai mask ke..?
Quote rrgal 12-5-2021 12:59 PM
Semoga ibadah beliau diterima
Quote Tudungpink 12-5-2021 01:12 PM
Tok bida cakap xpyh gi Nilai nak beli carpet... Carpet Nilai ada kat sana...
Quote Ciktiekus 12-5-2021 03:02 PM
Gitu je die bawak duit kepok2
Quote slyfynx 12-5-2021 05:13 PM
Bab niat tu antara die dengan Allah le.
X leh nk komen riak atau x.
Just, aku lg suke kalau penampilan mcm ni.
SImple, x mcm ayam peru
Quote sleepandream 12-5-2021 05:16 PM
badan sheols iols yg tengok ni pulak yg mengah
dahla sepanjang masa dagu sheols yg pakai mask....
Quote Sarasaleh 13-5-2021 04:34 AM
genUmi: bagus dia niat nak membantutapi kalau x  menunjuk  lagi bagus


Err to me baguslah orang kaya tunjuk sikit2, bagi inspirasi orang kaya yg lain biar diorang rasa tercabar dan nak derma juga, tak kisahla dalam hati mereka niat macam mana pun, akhirnya duit tu sampai dan penerima dapat benefit jugak kan, thats what matters in these desperate times, who cares apa niat diorang, its not time for that now

Syabas DV!
Quote dudaberhias 13-5-2021 06:44 AM
jangan lupa sheolss pernah tipu barang kemasss yachhh... dan lain2 penipuan pun ada...
takat beli sikit2 bantu orang ni tidaklah cukup untuk cuci2 penipuan2 sheols yang lalu...

tapi ye sheols memang tak kacau orang... kalau gedik pun sorang2 je...
Quote blackpaper 13-5-2021 07:26 AM
dudaberhias replied at 13-5-2021 06:44 AM
jangan lupa sheolss pernah tipu barang kemasss yachhh... dan lain2 penipuan pun ada...
takat beli s ...

tu la...kesan nya...sampai now i is kalau tengok dia tayang2 emas yg besar2 gabak tu ...kepala ni asyik la mengata tu emas celup ke ori...apoooo otak ni tak bole pikir baik...huhuhuhuuuu
Quote sambaldurian 13-5-2021 07:30 AM
mcm ni la ok, borong2 dgn peniaga kecil. barang tu ak rs dia sedekah balik la tu. dari beli tiara besar gedabak konon2 dari hong kong tu.
Quote dudaberhias 13-5-2021 07:31 AM
blackpaper replied at 13-5-2021 07:26 AM
tu la...kesan nya...sampai now i is kalau tengok dia tayang2 emas yg besar2 gabak tu ...kepala ni  ...

choiii tu la... tapi iols yakin emas2 sheols semua ori... yang palsu2 dah tak nampak dia pakai dah pun macam rantai permata2 dan crown2 bagai yang katanya ratus2 ribu... ingat lagi chef wan ada kata PERMATA barang hiasan sheols masa gegarvaganza tu macam permata low quality... rhoperrrnyaaa tipooooo punya... tapi iols pun boleh agak dah masatu sebabnya shining dia tak macam yang anak sultan brunei pakai masa kahwin...
Quote jfq 13-5-2021 07:40 AM
Apasal mask bawah dagu
Dia ni mmg memanjang tak pakai mask in public apasal tak kena saman. Masa yg celebrate bday anak dia kat butik CD pun sama.
Hari tu mamat yg buat video tiktok tak pakai mask yg ada polis 3 org tu kena saman. Tak consistent betulla
Quote dudaberhias 13-5-2021 07:46 AM
sambaldurian replied at 13-5-2021 07:30 AM
mcm ni la ok, borong2 dgn peniaga kecil. barang tu ak rs dia sedekah balik la tu. dari beli tiara be ...

kaka perasan tak dia dah tak pakai dah pun tiara2 hong kong dia tu sejak kantoi barang perhiasan tipu
sebab orang dah boleh cam yang tu tiara dan permata tipu tu yang takut nak pakai kot
Quote imanjannah 13-5-2021 07:59 AM
mmg kesian, moga Allah mudahkan untuk mereka, ygbaik tok vida bi kita puji, klu weng kita cerca

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.291584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top