CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jenayah Syarak, Berdosa Cuba Rentas Negeri - Mufti Pulau Pinang

12-5-2021 06:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2807| Komen: 20

Umat Islam yang ingkar dengan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 seperti cuba merentas negeri telah melakukan satu jenayah syarak dan perbuatan itu adalah berdosa.


Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, ini kerana mengikut fatwa rasmi yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kefatwaan termasuk di Mesir dan Arab Saudi, umat Islam adalah wajib mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang bertujuan untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.


Kredit foto: KoolFM

“Perlu diingatkan agama Islam amat prihatin terhadap kesihatan awam dan menggalakkan diambil langkah-langkah pencegahan sebagai cara paling berkesan dalam menyekat merebaknya sesuatu penyakit atau membatasinya dalam kawasan tertentu sahaja,” katanya di sini hari ini.

PKP dilaksana di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitri berkuat kuasa Rabu ini termasuk tidak dibenarkan merentas negeri dan daerah.


Mengulas lanjut Wan Salim berkata, terdapat banyak nusus atau dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis yang melarang perhimpunan yang mencampurkan antara para pesakit dan mereka yang sihat.

“Malah, untuk menghalang jangkitan penyakit dan wabak, maka, solat Jumaat dan solat berjemaah boleh atau harus ditangguhkan buat sementara sehingga keadaan pulih dan kembali normal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, mengeratkan silaturahim ketika Hari Raya Aidilfitri tidak hanya terhad kepada amalan ziarah sahaja.

“Kemajuan peralatan komunikasi dan teknologi maklumat zaman kini memudahkan ahli-ahli keluarga dan kenalan berhubung antara satu sama lain,” katanya.

Tambah beliau, para ulama di negara-negara Asia Barat juga telah memfatwakan tanpa menziarahi ibu bapa dalam tempoh penularan wabak sekarang tidak dianggap menderhaka terhadap kedua-duanya.

“Malah, sebaliknya Islam tidak mengharuskan penganutnya mendedahkan diri sendiri, anak-anak dan anggota keluarga kepada bahaya termasuk jangkitan penyakit.

“Menziarah ibu bapa dan keluarga dalam suasana sebegini boleh menyebabkan penyakit berpindah kepada mereka,” katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 12-5-2021 06:56 AM
Faham bila ada wabak, tak boleh keluar dari tempat wabak dan masuk ke tempat wabak lain. Sebab tak nak lagi terukkan keadaan. Cuma tulah, ada juga golongan yang degil tak makan saman nak rentas negeri balik kampung. Sebab degil tu juga polis bagi je kompaun saman on the spot.

Mmg la sedih, tak dapat jumpa mak ayah/anak yang jauh. Tapi nak buat macam mana, dah covid ni lah norma baharu yang kita kena hadapi. Doa byk2 moga Allah angkat pulihkan wabak covid ni.
Quote mrsamz 12-5-2021 06:59 AM
Rentas negara tak haram ke mufti?
Quote nazzse 12-5-2021 07:06 AM
Haram haram haram t&c apply untuk marhaen sahaja.

Sampai gol kayangan dibolehkan plak.

Tak payah nak hipokrit sangatlah mufti ke, menteri agama ke, ustaz ke semua sama!

Yg dah sampai kampung tu tahniah la kumpul DOSA merentas negeri dikala org lain sibuk kumpul pahala last ramadhan
Quote jazaa100 12-5-2021 07:24 AM
mrsamz replied at 12-5-2021 06:59 AM
Rentas negara tak haram ke mufti?

konsep haram tu terus bertukar jd sunat muakkad dlm kes rentas negara....  
Quote Tinot7 12-5-2021 07:34 AM
Nasihat ni utk marhaen je kan?
Quote mrsamz 12-5-2021 07:50 AM
jazaa100 replied at 12-5-2021 07:24 AM
konsep haram tu terus bertukar jd sunat muakkad dlm kes rentas negara....

pasai hak yg rentas negara tu sop ketat buat swab test dan kuarantin..pasal tu tak jatuh haram noh...tapi tak ke pelik mana dtg varian2 afrika india uk tu kalau betui laa dah kuarantin sop ketat sgt..takkan la varian tu tiba2 ja mai sini ikut udara tak ikut sapa2...lol
Quote Normabaru 12-5-2021 08:46 AM
Tlg la bt fatwa lebih relevant.. Bukan isu ntah hape2.. Tau dah nk kiamat.. Tp xpyh la tunjuk sgt dum dum tu.. Benda haram mcm kartel daging xpula ko nk keluar fatwa bagai smpi 40thn sembelih tidak pon xtau
Quote stingercooper 12-5-2021 08:52 AM
WOW....double whammy....dunia kena lifeafter pun kena....


Kahkahkahkahkahkah

Quote NataliaLuiz 12-5-2021 11:04 AM
Normabaru replied at 12-5-2021 08:46 AM
Tlg la bt fatwa lebih relevant.. Bukan isu ntah hape2.. Tau dah nk kiamat.. Tp xpyh la tunjuk sgt du ...

Tu la. Isu remeh pasal rentas negeri ni dah berulang kali cakap haram. Tapi pasal isu berat, isu yang lagi penting, semua diam tak berkutik sbb nak jaga orang dalam, org atasan yang terlibat kartel tu.
Quote azurro 12-5-2021 11:39 AM
Masalah ketum di penang makin hari mkin paroh, habis dibuang pokok kayu lain utk ditanam ketum, kerajaan pula tak tegas, ustaz gagal mengeluarkan fatwa, atau menegur rakyat, gaji ustaz beribu sebulan dari cukai rakyat, ustaz bkn pncramah bebas, ttapi mufti yg dlantik, ada terikat dngn tggugjawab wajib berat disitu.
Quote Boomibulat 12-5-2021 12:05 PM
jazaa100 replied at 12-5-2021 07:24 AM
konsep haram tu terus bertukar jd sunat muakkad dlm kes rentas negara....

Kalau pgi Arab Saudi atau mana2 negara Arab hukumnya wajib rentas..
Quote Orix 12-5-2021 12:15 PM
haram...... haram jadah
Quote Normabaru 12-5-2021 12:16 PM
NataliaLuiz replied at 12-5-2021 11:04 AM
Tu la. Isu remeh pasal rentas negeri ni dah berulang kali cakap haram. Tapi pasal isu berat, isu y ...

Bukan pasal daging kartel je..pasal zina pedo milf sume tu.. Psl budak bt tiktok twitter dark side sume tu.. Siap psl gaza ni.. Xde sapa nk bkutik..
Quote Artemesiaa 12-5-2021 01:58 PM
Cukup2lah guna agama dalam hal macam ni.  
Quote silencekiller 12-5-2021 02:04 PM
Dari Tok Mufti dok keluaq hukum ni... baik keluaqkan hukum secara specific pada ummah kayangan... depa ni laa punca utama pelanggaran SOP + pembawa variant baru dari luaq...  Rakyat marhaen dah berbulan2 dok berkurung di dalam negara sundri... tiba2 mai variant dari luaq... sundri mahu pikiaq laa..

Terbaru .. azmin "Semburit" Sandakan di Bulan Ramadhan ... tidak ikot peraturan yakni 14 days
quarantine ka apa kaa... tu haram ke tak Tok Mufti...
Quote NataliaLuiz 12-5-2021 03:01 PM
Edited by NataliaLuiz at 12-5-2021 03:05 PM
Normabaru replied at 12-5-2021 12:16 PM
Bukan pasal daging kartel je..pasal zina pedo milf sume tu.. Psl budak bt tiktok twitter dark side ...


Oh lagi satu geng2 pencetus ummah ke dai yg sibuk pasal sajat tu, tu je la modal dorang. Duk sibuk pasal sajat je. Padahal banyak lagi isu berat, isu besar yang lagi penting. Yg skandal laki bini kat tempat kerja tu ustaz2 tak nak tegur ke? Nak harap ebit lew punya program rapatkan kasih suami isteri je ke? Yg anak2 rempit kat dataran KL tu tak nak approach ke? Yg kat lorong haji taib tu tak nak sampaikan dakwah ke?? Yg kat kampung org susah asnaf, daif, tak nak hulurkan bantuan mcm ebit lew buat ke??  sesetengah golongan agamawan munafik betul. Bila ada ustaz/pengetua liwat pelajar tahfiz sendiri, setakat bertopengkan kopiah, janggut, jubah, tapi tetap manusia berhati syaitan. Yg ahli politik PAS tu dah diam terus, telur dah hilang gamaknya dalam kabinet kayangan.
Quote Normabaru 12-5-2021 03:12 PM
NataliaLuiz replied at 12-5-2021 03:01 PM
Oh lagi satu geng2 pencetus ummah ke dai yg sibuk pasal sajat tu, tu je la modal dorang. Duk sib ...

Yes agreed w you dik nat.. Mmg pelik tgk ugamawan kt msia ni..cepat sgt goyang..psl gaza pon senyap je masing2 takat repost2.. Takde langsung nk buat collab dgn jakim ke ape utk G 2 G direct hantar bantuan.  Acaner nk g shahid kat gaza ni? Hihiii
Quote NataliaLuiz 12-5-2021 03:31 PM
Normabaru replied at 12-5-2021 03:12 PM
Yes agreed w you dik nat.. Mmg pelik tgk ugamawan kt msia ni..cepat sgt goyang..psl gaza pon senya ...

Diorang ni banyak lepas tangan. Diorang harapkan kat NGO persatuan cinta gaza malaysia la, persatuan amal palestine tu la..walhal diorang agamawan yg dalam kerajaan ni la yg patutnya bagi bantuan utama dulu. Bukan setakat hishamuddin je cakap "kami mengecam tindakan israel" tapi tak buat apa2 pun.  
Quote Normabaru 12-5-2021 08:40 PM
NataliaLuiz replied at 12-5-2021 03:31 PM
Diorang ni banyak lepas tangan. Diorang harapkan kat NGO persatuan cinta gaza malaysia la, persatu ...

Msia takat sembang jaaaa reti.. Baru xblk raya dah ramai lembikklu perempuan tu blh phm la.. Ni yang laki pon sama naik..

Tgk army turki ni.. Siap rilek pergi tempur xheran pon esok raya ke idokdah la ganteng2nasib jauh... Klu dkt mmg kaka lambai2 smbil jerit nama ok! Hihihi

[ig]https://www.instagram.com/p/COxcoc1gDqY/?igshid=13sajqiw4caq4[/ig]

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051695 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top