CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penat tengok kes Covid-19 meningkat, kita tak sepatutnya senyap! - Naim Daniel

11-5-2021 03:44 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6736| Komen: 35

Kredit foto : Instagram Naim Daniel


Menjelang Mei 2021, kes COVID-19 dilihat semakin meningkat setiap hari dengan kewujudan pelbagai kluster baru sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diseluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. 

Perkara tersebut telah menarik perhatian penyanyi dan pelakon, Naim Daniel atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, menyuarakan pendapatnya mengenai situasi negara ketika ini.

Penyanyi lagu Purnama itu dengan jujur mengakui turut terkesan dengan sikap dan cara pihak berkuasa dalam mengekang penularan wabak Covid-19.


"Saya bukan nak tunjuk hero, tapi seperti yang kita tengok semua orang dah rasa penat. Bukan negara kita tak pernah dapat zero case.

"Tapi sekarang usaha semua pihak berkorban masa dan tenaga jadi sia-sia.

"Bukan saya nak salahkan orang atasan tapi kalau ia diuruskan dengan baik, benda ni (PKP) tak jadi lagi," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Naim lagi, dia memahami keluh kesah orang ramai yang terkesan daripada segi ekonomi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Saya sedih sebab ramai orang terkesan, saya faham kerana tahu macam mana susahnya nak cari duit.

"Kita tak tahu untung nasib kita macam mana di masa akan datang. Apabila melihat ada ketidakadilan berlaku, kita tak sepatutnya senyap.

Lagipun apa yang saya tulis itu dalam cari berilmiah serta diplomasi, saya percaya negara kita ini negara demokrasi, takkan kita tak boleh nak sya a word," ujarnya lagi.

Terdahulu, Naim melalui menerusi ciapannya di Twitter juga dengan lantang mengaitkan kegagalan politik dengan situasi penularan pandemik dan menyindir ahli politik yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan diri.





Fuh! lantang juga Naim bersuara mengenai isu semasa yang melanda negara kita. Apa pun, kita semua percaya rakyat sentiasa mempunyai hak dan bebas untuk memberi pendapat. Namun dalam masa sama, sama-samalah kita tetap patuhi saranan kerajaan iaitu sentiasa menjaga SOP bagi memutuskan rantaian pandemik ini. 

Doakan juga semoga Covid-19 segera berlalu pergi, semoga doa kita semua di bulan Ramadan yang penuh barakah dan hanya berbaki berapa hari sahaja lagi ini dimakbulkan olehNya!




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwarasa 11-5-2021 03:59 AM
Ntahla naim.iols pun penat.ntah sampai nak main buka tutup sempadan.sampai bila nak pakai mask sedangkan tengok kat china nun elok je dorang buat event marathon beribu join.dah zero kes ke sana.pening2
Quote laradelara 11-5-2021 04:15 AM
Bagus naim ni.. Drp post bnda yg merepek, baik lah ckp psl ni. Biar lah kalo ada pihak yg terasa pun.. Dah mmg btol
Quote imrb 11-5-2021 05:09 AM
ko duduk plak dlm kasut frotliners budak muka banyak jerawat!
Quote CiliPadiSedap 11-5-2021 05:13 AM
Duduk dalam  karpet nilai
Quote TerataiMelur02 11-5-2021 06:21 AM
Baguslah.. Harapnya seminggu lepas pkp jangan meoyan lak mintak d benarkan shooting sampai sanggup menapak ke yistana.. Jangan dik eh
Quote mat_arof 11-5-2021 06:32 AM
memang betul...saya pun dah penat.

nak panggil artis dtg ujibakat..kejap boleh kejap tak boleh ...tukar tukar SOP...

stress larr

artis semua dah penat..

rakyat semua lagi lar penat.


yag jadi menteri tu ..letak je lar jawatan semua...bagi je lar anak anak muda uruskan negara...
skrg zaman 2021..zaman anak muda.


yag tua tua tu x yah lagi larr
Quote Normabaru 11-5-2021 06:44 AM
Patutnya politicians ni had umur level pencen je.. Max pon 70.pastu pas kt org lain.. Org gila kuasa Ni la antara punca kegagalan memerintah kat msia.. Sbb otak dorg dh bodoh xblh bt keje n perangai mcm bdk2..
Quote Trumpettt 11-5-2021 07:10 AM
Cuba retis buat lagu covid ke or sketsa pesanan masyarakat utk bg sokongan pkp...berkhidmat utk negara..job pun xde kan..
Quote BoongaKertas 11-5-2021 07:26 AM
Normabaru replied at 10-5-2021 10:44 PM
Patutnya politicians ni had umur level pencen je.. Max pon 70.pastu pas kt org lain.. Org gila kuasa ...

tapi kaka norm, iols rasa 65 tu pun usia yg max patutnya. sbb age2 mcm ni, iols rasa dah mcm takde motivasi sgt nak keje. so nanti ngulor jer.
Quote Boomibulat 11-5-2021 08:43 AM
Normabaru replied at 11-5-2021 06:44 AM
Patutnya politicians ni had umur level pencen je.. Max pon 70.pastu pas kt org lain.. Org gila kuasa ...

70 mcm tua sgt tu..patutnya umur 60 thn wajib pencen..mcm penjawat awam
Quote Normabaru 11-5-2021 08:57 AM
BoongaKertas replied at 11-5-2021 07:26 AM
tapi kaka norm, iols rasa 65 tu pun usia yg max patutnya. sbb age2 mcm ni, iols rasa dah mcm takde ...

Betulla tu.. Even kita sendirik klu blh nk retire young around 40s khuens..


Masalah dorg ni xde JD and KPI.. Tu yang dok mkn gaji buta perabih beras.. Suh contribute malas.. Suh resign most of them xmo plak.. So kita bg age 70 max laa kot.. Tu pon for those yg btol2 blh bg pekdah la kt rakyat.. Takat sembang asik kaji kaji kaji pastu semak semak semak tu kita suh dia dok rumah jela.. Jaga cucu
Quote Normabaru 11-5-2021 08:59 AM
Boomibulat replied at 11-5-2021 08:43 AM
70 mcm tua sgt tu..patutnya umur 60 thn wajib pencen..mcm penjawat awam

Muka dorg ni sume jenis gila kuasa.. 96 pon still nk post weh.. So max age bg 70 to those yg betul2 blh contribute.. KPI xachieve out u go, gittuh? Blh ka.. Hahaa
Quote slyfynx 11-5-2021 09:43 AM
Satgi kome2 jgk yang gi majlis x pakai mask sbb x masuk aesthetic. So pakai face shield je.
Ko pikir penat ko je.
Yg frontliners x kire penat die.
Yup, aku paham mmg sakit hati kene PKP tibe2. But in a way, yang degil pun kite jgk.
Bape kerat je yang betul2 patuh SOP.
Bape kerat je yang stay at home betul2.
Ape2 keputusan yang dibuat pun, mesti akan ade pihak yang x puas hati
Quote Qwertyuiop2019 11-5-2021 09:53 AM
slyfynx replied at 11-5-2021 09:43 AM
Satgi kome2 jgk yang gi majlis x pakai mask sbb x masuk aesthetic. So pakai face shield je.
Ko piki ...

Pusing2 ke situ jua sis.
Dorg nih jugak yg komplen knp bazar tak bukak, shooting tak blh, etc.
Dah dibagi peluang dgn sop nya, disia siakn begitu shja.
Quote slyfynx 11-5-2021 10:11 AM
Qwertyuiop2019 replied at 11-5-2021 09:53 AM
Pusing2 ke situ jua sis.
Dorg nih jugak yg komplen knp bazar tak bukak, shooting tak blh, etc.
D ...

Tu blm masuk skolah lagi.
Cikgu2 nk pakai mask full-time pun payah, sbb bile bercakap, mask akan melorot ke bawah.
And skolah2 yang xde air conditioning panas, so mask basah.
And budak2 mmg sungguh dah la x ikut SOP.
Parents yang jemput budak ape ntah lagi.
Mmg x berkesudahan kalau berharap pada disiplin orang ramai.
And yep, I'm one of yang sgt2 cuba tp masih x berjaya ikut SOP 100%
Not to say that this is their best decision, far from it,
Tp memandangkan org2 kite degil.
Ttp la nk menyelinap blk kg, jalan2, aku paham nape keputusan ni di buat.
Quote helicornia 11-5-2021 10:28 AM
cuba bagi cadangan dik, camne nak tangani covid ni
Quote biozipstar 11-5-2021 12:07 PM
stupidity is when you repeat the same thing but expecting different outcomes. Gilos!
Quote Kak.Nah.Bosan 11-5-2021 02:26 PM
kak nah tengok video dekat israel sana  beratus orang berjoget sambil nyanyi sambut sempena 100 tahun penubuhan negara haram tu. dalam masa sama 300 lebih ummat palestine mati dibom.elok je semua tak pakai mask tak jarak2..apa jadi sebenarnya. sana tak ada covid ke??

nak kata semua dah vaksin yang dekat US pun ramai yg vaksin pun mati dekat 74 orang? pening kaka
[ig]https://www.instagram.com/p/COttdTtJ1La/[/ig]
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:20 PM
Mmg penat dah berjuang dan diperbodohkan. Sbb tu dia ckp jgn diam.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.125426 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top