CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis kesan taktik guna pas pekerjaan untuk balik kampung

11-5-2021 01:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6744| Komen: 38

Pengarah Jabatan KDNKA Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar melihat surat perjalanan pemandu dan penumpang kenderaan ketika turut serta dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Tanjung Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA



KUANTAN: Polis berjaya mengesan taktik penyalahgunaan pas pekerjaan oleh segelintir individu untuk merentas negeri bagi tujuan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, taktik tersebut dikesan selepas pemeriksaan secara terperinci dilakukan ke atas dokumen yang dikemukakan ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.

Pemeriksa yang diperketatkan dilakukan bagi mengelak cubaan melepasi SJR tanpa kebenaran sah dan setakat ini sebanyak 1,333 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik atas pelbagai alasan tidak munasabah.


"Banyak kenderaan kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Bentong ni diperiksa satu persatu secara teliti dan apa yang saya nak beritahu memang banyak cubaan-cubaan yang sedang dibuat untuk melepasi sekatan jalan raya menggunakan berbagai-bagai taktik.

"Misalnya, di Bentong banyak yang menggunakan pas-pas pekerjaan untuk melepasi sekatan jalan raya sedangkan tujuan utamanya untuk balik beraya di kampung," katanya selepas membuat pemeriksaan SJR di Tanjung Lumpur pada Isnin.

Abd Rahim menjelaskan, SJR ini dilakukan bagi memastikan tiada individu menyalah guna atau mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Katanya lagi, masyarakat seperti terlupa tujuan SJR dilaksanakan iaitu bukan untuk menyusahkan mereka, sebaliknya mahu menyekat penularan jangkitan COVID-19.

Sebanyak 361 SJR di seluruh negara telah dibuka bagi memantau pergerakan kenderaan merentas negeri dengan membabitkan 6,579 anggota.

Sementara itu, mengulas tindakan segelintir penduduk bertindak membakar penghadang dan kawat duri di satu laluan tikus di di Kampung Gong Lapang, Besut, Terengganu pada Ahad, Abd Rahim meminta orang ramai supaya bersabar dan memahami bahawa tugas polis adalah menjalankan arahan.

"Perbuatan-perbuatan berkenaan adalah satu salah satu daripada kesalahan dalam undang-undang.

"Negara kita ada undang-undang, saya minta supaya orang ramai bersabar kerana kita pun diberi arahan... kalau kita tak bersabar maka esok jangan kita kesal negara kita menjadi macam negara India dan sebagainya di mana keadaan COVID-19 di sana tidak lagi terkawal," tegas beliau.


Sumber : Astro Awani
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 11-5-2021 01:58 AM
Apa apa mesti pantai timur jenis gini. Sempadan ke daerah lain rilex rilex je ek. Malu kome gini. Harap bukan org pahang la. Mesti ganu klate sskjp haha
Quote zehra2 11-5-2021 02:04 AM
ni anak jiranku. tiap mggu balik rumah mak dia. kerja kat majlis subang jaya.. ada pass kerja apa?
asal cuti je berkerumun balik rumah parents. penuh park dpn pagar kita
elok gak kalo pg raya polis dtg siasat.
Quote orkid_amani 11-5-2021 04:03 AM
DG dok juai ketakutan kat rakyat. Konon covid tgh mengganas kat Msia ni. Mmg memalukan betul cara DG Handel covid. Hello..tahun ke2 dah kot..SOP berubah2 macam kartun. Dgn Abahkaw dok jaga kepentingam politik geng2 dia..yg pasti semua ni punca dari PRN SABAH.
Quote Babai 11-5-2021 04:25 AM
Baru perasan ke? Sepatutnya ini dah awal2 lagi termasuk dalam senarai cara2 yang mungkin digunakan oleh orang degil untuk menipu.
Quote CiliPadiSedap 11-5-2021 04:57 AM
Nasib baik kaka golongan kayangan , xperlu susah beli karpet kt nilai
Quote noor2 11-5-2021 05:26 AM
Walau pun dua ahli family akak duk perak tapi lain daerah dgn mak abah..sorang ipoh , sorang Gerik dan kuala kangsar (mak ayah).tetap x boleh balik dan patuh arahan kerajaan..

mak abah kata..bukan depa berdua anak2 x dpt balik, seluruh satu Malaysia menerima nasib yg sama...redha jela

Lain la mak ayah duk sebelah rumah atau satu daerah atau duk sekali serumah..yg satu daerah tu untungla...
Quote kam3n 11-5-2021 05:38 AM
noor2 replied at 11-5-2021 05:26 AM
Walau pun dua ahli family akak duk perak tapi lain daerah dgn mak abah..sorang ipoh , sorang Gerik d ...

1 daerah pun tak boleh menziarah ya sis. Makanya sama aje nasib semua kecuali yang duduk serumah
Quote noor2 11-5-2021 05:40 AM
kam3n replied at 11-5-2021 05:38 AM
1 daerah pun tak boleh menziarah ya sis. Makanya sama aje nasib semua kecuali yang duduk serumah : ...

Oh yela...jiran akak smlm siap ajak akak dtg beraya rumahnya nanti...jawab insya Allah jela...
Quote kam3n 11-5-2021 05:44 AM
noor2 replied at 11-5-2021 05:40 AM
Oh yela...jiran akak smlm siap ajak akak dtg beraya rumahnya nanti...jawab insya Allah jela...

Jenis tak membaca atau tak peduli sop, mungkin. Harap jiran tu tak melayang duit maupun nyawa.
Quote kaogi 11-5-2021 05:44 AM
Degilnya diorg ni... bg saman jelah sekali.
Quote LadyCarefree 11-5-2021 05:46 AM
Yg menipu ni semua jangan suruh patah balik tapi saman at least 1k
Quote noor2 11-5-2021 05:47 AM
kam3n replied at 11-5-2021 05:44 AM
Jenis tak membaca atau tak peduli sop, mungkin. Harap jiran tu tak melayang duit maupun nyawa.

Yg muhyidin bagi pengumuman paling terbaru tu ya...akak dpt baca tulisan pengumuman tu kecik sgt dlm thread yg tu...
Quote jebatmaspunyer 11-5-2021 10:50 AM
orkid_amani replied at 11-5-2021 04:03 AM
DG dok juai ketakutan kat rakyat. Konon covid tgh mengganas kat Msia ni. Mmg memalukan betul cara DG ...

Jual ketakutan? apa y DG bgtau adalah fakta! mmg variant virus skrg sgt ganas.. org muda2 fit pun mudah masuk ICU.. kalau survive pun, long term effect + kena bergantung pada ubat sepanjang hayat. Tak tgk ke keadaan kat India? Even kluster kat Sarawak pun dah menggerunkan. Sebab seorang tak patuh SOP, beribu positif covid, berpuluh kematian.
Nak frontliner kita collapsed dulu ke baru nak patuh arahan kerajaan?!




Quote prettyuglybabe 11-5-2021 12:57 PM
zehra2 replied at 11-5-2021 02:04 AM
ni anak jiranku. tiap mggu balik rumah mak dia. kerja kat majlis subang jaya.. ada pass kerja apa?
...

kenalan i pun mbsj lepas balik kampung..kena report ke mbsj ni?

Quote Boomibulat 11-5-2021 01:00 PM
noor2 replied at 11-5-2021 05:40 AM
Oh yela...jiran akak smlm siap ajak akak dtg beraya rumahnya nanti...jawab insya Allah jela...

Sy pun xdpt pgi rumah adik beradik kat Shah Alam..mandi sungai je la tengahari raya nti..
Quote nellyberry 11-5-2021 02:02 PM
sbb tu kena full lockdown.
selagi ada sektor ekonomi yg dibuka, mmg mcm2 alasan yg direka utk membolehkan urusan merentas negeri.
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:27 PM
Ada penulis novel sampai ke Langkawi dan pindah sana. Siap post igs lagi santai2 kat pantai, katanya mmg ada projek kerja, buat resort kat sana. Alang2 makan angin. Adik dia siap pergi sana skali atas urusan kerja tapi post story yg mengundang. For me, even dia ada permit kerja pun, tapi be sensitive la. Org lain stuck kat bandar, tempat yg stress, tak boleh rentas negeri nak balik jumpa parent. Tapi dia bleh flex mewah, santai2, parent pun kat sana skali..like, tak perlu la kot nak tunjuk semua tu. Tak semua benda boleh share time2 covid ni ramai yang terkesan.
Quote Firenzza 11-5-2021 06:32 PM
prettyuglybabe replied at 11-5-2021 12:57 PM
kenalan i pun mbsj lepas balik kampung..kena report ke mbsj ni?

Utk staff gomen mcm pbt diorg ikut special lane
Quote Cece1234 11-5-2021 06:35 PM
Degil sungguh..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038780 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top