CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perniagaan Mila Jirin Merudum, Suara Peniaga Tenggelam

11-5-2021 12:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26766| Komen: 156|Original author: piao




PETALING JAYA – Penyanyi dan juga usahawan katering Mila Jirin menyuarakan rasa bimbang dan sedih mengenangkan nasib para peniaga termasuk dirinya apabila sekali lagi akan terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali yang ketiga.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, penyanyi yang popular menerusi lagu Persis Mutiara itu menyifatkan keadaan dan situasi yang dihadapi kebanyakkan peniaga kini berada dalam keadaan tenat.

“Makin tenat! Suara orang-orang berniaga tenggelam tanpa bela! Selepas ini akan timbul pula penyakit semua dibuang kerja,” tulisnya.

Ujar juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu lagi, keadaan yang berlarutan itu juga boleh menjejaskan sumber ekonomi rakyat apabila ada dalam kalangan mereka bakal dibuang kerja.

“Majikan dah mula angkat bendera putih (terpaksa buang pekerja). Jangan paksa majikan buat pengekalan pekerja bila subsidi upah pun hanya tinggal cakap semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 34, juga menegur pelaksanaan PKP yang dijalankan kerajaan supaya menjadi lebih berkesan.

“Nak lockdown (perintah berkurung), betul-betul lockdown. Biar seorang pun tidak ada yang keluar rumah. Baru berkesan. Bukan Lockdown manja-manja, ada yang boleh, ada yang tidak boleh,” katanya.

Sekitar bulan Mei tahun lalu, Mila pernah menyuarakan kebimbangan tentang nasib 100 orang pekerjaanya selepas perniagaan perkahwinan dan katering yang diusahakan.

Lantas, dia telah mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan menjual kek dan pastry bagi meneruskan kelansungan syarikat dan pekerjanya. – K! ONLINE

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote debab_78 10-5-2021 07:32 AM
Aku follow ig dia... kdg mcm merempan juga baca dia meroyan.. sebab sbnrnya semua org terkesan. tapi betul juga apa dia kata... kalau nak lockdown, kena betul2 lockdown.. buat mcm pkp 1.0. baru kes turun
Quote KIM.K 10-5-2021 07:42 AM
debab_78 replied at 10-5-2021 07:32 AM
Aku follow ig dia... kdg mcm merempan juga baca dia meroyan.. sebab sbnrnya semua org terkesan. tapi ...

Bayangkan 10 kali ganda lebih susah compare dulu. Nak buat RM10 sekarang kena kerja 10 kali ganda lebih kuat banding dulu

Bukan 2-3 kali ganda..but 10 lipat
Quote pencintaABC 10-5-2021 08:07 AM
Memang kesuan dgn peniaga, kesian dgn pekerja..  ketajaan pulak semua pakat umum MCO setengah masak last minute
Quote anony-mous 10-5-2021 08:11 AM
debab_78 replied at 10-5-2021 07:32 AM
Aku follow ig dia... kdg mcm merempan juga baca dia meroyan.. sebab sbnrnya semua org terkesan. tapi ...

Kitaorg yg dlm bidang berkaitan, yg terkesan dri pkp 1.0 je paham. Sbb tu mntk lockdown, lockdown bebetul. Shorter times tp stonger rules. X fair sgt2 rasa. Kdg2 i terlintas hrap yg terjejas ni gi menyamun yg tokey kilang , tokey mall yg lgsg x terjejas tu
Quote makadek 10-5-2021 08:46 AM
Mmglah masing2 merudum
Nak2 bisnes catering ng kawin2
Time tgh buat untung kau tgk
Betapa mewah bridal,caterer tk pernah lg ku jmpe yg sengkek2 ....
Ko sabar jap..bisnes ni bkn bengkrap cuma hold
Ramai je nk guna service korang tp plandemic ny pasal terpaksa hold..ko igt org kita ni bole ke buat majlis tk grand...
Tk yah sedeyy sangatlaaaaa
Quote monreyes 10-5-2021 08:50 AM
harga mknn on9 macam neraka semua...
nak bayar delivery lagi...
kalau x nak tolak ansur..
mmg susah lah korang nak survive...
Quote lasagna 10-5-2021 08:57 AM
bertabah laa.. bkn kau sorg jer terkesan. dlu rezki kau merimpah ruah so skrg kau diuji. moga kau tabah ya mila, nak tak nak kena hadap. insyaAllah semua akn ok semula nti. jiwa kena kental jer utk bisness katering ni. dia bleh jer buat online business mkn dia tu lagi.
Quote fazila17 10-5-2021 08:59 AM
At least mila Ada sepuluh bijik rumah/aset

Orang lain nak makan pun susah
Quote SalenaGomez 10-5-2021 09:05 AM
Edited by SalenaGomez at 10-5-2021 09:06 AM
fazila17 replied at 10-5-2021 08:59 AM
At least mila Ada sepuluh bijik rumah/aset

Orang lain nak makan pun susah


Aset tu kalau dlm loan lagi jenuh laa nak membayar instalment...lori catering, kereta dia lagi...tu yg terkesan sgt kot

Tp kena cepat2 fikir jln keluar...xleh harap gomen je..maybe dia boleh fikir try buat pes masakan ke or apa2 la esp yg berkaitan bidang dia.at least boleh guna pekerja yg masih ada tu..sebab pandemic ni maybe x settle dlm 1-2 ni kot
Quote bottombikini 10-5-2021 09:06 AM
jangan mengadu susah susah susah..
sampai rumah pun takde makan telor

but at the same time kau menayang harta & aset2 & keta mewah segala (contohhhh)
bukan retis kat negara ni..retis negara lainnn
Quote bakingsoda 10-5-2021 09:12 AM
eleh masa rancak melahap bisnes kencang 2-3 minggu lepas ko senyap je, baru kena katup sehari dua dah meroyan. jauh lagi ramai lah yg terkesan sejak mac 2020 dan belum recover sampai skrg. pasal lockdown betul2 tu aku setuju! ni set2 catering event mgt je yg dapat operate pastu cetus kluster pulak tu! mmg hanat!!!
Quote SANKURIANG 10-5-2021 09:14 AM
Aku adalah buat frozen food online sama2 dgn anak aku. Adalah sorang mak datin ni order
karipap frozen 100, kuih koci dan sambal bilis ready to eat dari aku. Aku pun buat la dan tunggu dia
cakap nak datang collect aja kat rumah. Sekali tu dia wassap, kata tak leh nak drive ke tempat aku,
So aku pun cakapla, boleh guna Lalamove hantar. Dia tanya la harga produk yg dia dah order tu, total dalam RM120. Tapi Lalamove nak rm42 sampai rumah dia.
Tau apa dia cakap????????? Tak berbaloi la duit delivery mahal....so aku pun cakapla...ramai aja yg guna lalalmove beli produk aku....malah hingga ke Rawang pun ada.ok aja..mereka bayar aja duit delivery. So sampai sekarang dia senyap aja...kuih yg dia order tu ak7 jual kat orang lain yg sanggup byr delivery charges. Dalam hati ku berkata...makan lobster kat genting tu boleh aja..siap up dlm FB, minta pujian...tapi nak nolong bis ness kecik2 ni, nak bayar delivery pun tak mau. Kesal betul tengok perangai orang yg berada dan boleh bantu usahawan yg sedang tenat skrng  ni.
Quote kakakgarang 10-5-2021 09:17 AM
mila bukan da kaya ke nak merempat apa lagi.. marketing ke?
Quote drivethru 10-5-2021 09:19 AM
Makcik2 sgt muka.
Quote Normabaru 10-5-2021 09:20 AM
Pelik kilang and construction blh jln spt biasa walhal diorg la punca plg besar selain PRN sabah.. Manalah rakyat xmarah!
Quote hyunniesSS501 10-5-2021 09:21 AM
tak cukup lagi ke kisah2 penderitaan kehidupan org jadi teruk sebab pkp.
nak jugak request pkp 1.0 . tak paham betul aku.
nak jugak fikir pkp tu solusi yg bagus.
Quote bungarose 10-5-2021 09:21 AM
Dia terkesan sebab nak maintain aper yang dia ader agaknyer
Bukan rumah berbelas2 biji ker
Quote BicaraHatiku 10-5-2021 09:22 AM
fazila17 replied at 10-5-2021 08:59 AM
At least mila Ada sepuluh bijik rumah/aset

Orang lain nak makan pun susah

Kerana eset tu lah ramai yg stress. Nak maintain lifestyle theyols yg merak kayangan ingat senang ker? Member meols bukan restoren secoet je bawak Bimmer. Skrg perit la.. Salah satu punca org stress sbb ...commitment dan HUTANG!

Quote Eliadaisy83 10-5-2021 09:24 AM
Rakyat biasa lg terkesan oiii..
aku ni kje pon takde, bantuan satu apa pon tak dapat...harap jual cookies raya yg untung selepas tolak modal rm50 je tu.
Raya pon serupa tak raya, langsung takde persiapan.

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061720 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top