Tak dinafikan lagi, ramai lelaki Melayu patah hati apabila gambar perkahwinan penyanyi dan pelakon seksi, Elizabeth Tan tersebar 2 bulan lepas. Ramai yang tidak percaya wanita idaman mereka itu sudah bergelar isteri orang dan mempersoalkan kesahihan gambar perkahwinannya dengan ahli perniagaan Siew Jim di laman sosial itu. Namun, segalanya terbongkar apabila ayah pelantun lagu SHH itu, David Tan Suan Chew berkongsi gambar perkahwinannya di laman Facebook. Beratus2 pengikut ‘unfollow’ setiap hari Memetik temubual bersama Berita Harian, Elizabeth mendedahkan sejak berkahwin dia telah kehilangan beratus-ratus pengikut dalam Instagram pada setiap hari. “Ia membuatkan saya sangat sedih. Bayangkan, beratus-ratus ‘unfollow’ setiap hari disebabkan saya berkahwin. “Saya tak sangka ugutan peminat untuk ‘unfollow’ saya dalam IG adalah serius. Biarpun bergelar isteri, tetapi tiada banyak yang mengubah hidup saya,” katanya. Tinggal berasingan dengan suami Mengulas lebih lanjut, pennyai berusia 27 tahun itu memberitahu bahawa pada saat ini dia dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Peminat tidak tahu percaturan hidup kami. Saya dan suami memilih untuk tinggal berasingan. Sejak kahwin, kami belum pernah tinggal sebumbung. “Suami pilih untuk tinggal bersama ibunya. Sebagai anak bongsu, saya pula tidak bersedia meninggalkan ibu saya,” luahnya lagi. Tambah wanita yang mesra disapa Lizzy itu, sejak awal perkahwinan mereka sudah membuat perjanjian untuk tinggal berasingan dan akan hanya berjumpa apabila perlu. Bagi Lizzy, dia seronok dengan kehidupan sebegitu kerana masing-masing mempunyai ruang sendiri. Terdahulu, Elizabeth Tan melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan Siew Jim pada 20 Mac 2021 lepas. Majis itu diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga terdekat. Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)
|
jijahjidinjudin replied at 10-5-2021 06:38 AM
Tinggal asing2 astu???
kuchibambam replied at 10-5-2021 07:27 AM
"Tambah wanita yang mesra disapa Lizzy itu, sejak awal perkahwinan mereka sudah membuat perjanjian u ...
airmineral replied at 9-5-2021 10:40 PM
jumpa bila perlu? xyah kawen pun xpe mcmni..
kuchibambam replied at 10-5-2021 07:27 AM
"Tambah wanita yang mesra disapa Lizzy itu, sejak awal perkahwinan mereka sudah membuat perjanjian u ...
ADVERTISEMENT