CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rumah Jagaan Orang Tua Kongsi Kisah Duka, Ada Yang Dikurung Dalam Sangkar

10-5-2021 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5387| Komen: 25

Pengorbanan insan bergelar ibu dan bapa memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hal ini kerana, merekalah yang bersusah payah membesarkan kita dan memberikan kehidupan yang terbaik buat anak-anak. Oleh itu, sebagai anak, kita perlu menjaga dan jangan sesekali mengguriskan hati mereka berdua.


Terbaru, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas sempat berkongsi beberapa nasihat kepada orang ramai supaya menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman menjaga warga emas di rumah rawatan orang tua tersebut.


Kredit foto: FB Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas memaklumkan mereka mula beroperasi sejak 20 tahun lalu dan sehingga kini lebih daripada 1000 orang warga emas telah menetap di pusat rawatan tersebut. Jelasnya lagi, mereka juga bercadang mahu membangunkan satu lagi tempat baharu yang boleh menampung seramai 200 orang penghuni.


Bercerita dengan lebih lanjut, terlalu banyak kisah ‘hitam’ yang berlaku ketika si anak menghantar orang tua mereka di rumah jagaan ini termasuklah ada yang tergamak meninggalkan ibu mereka di sini hanya kerana anak-anak mendakwa wanita ini membawa ‘malang’ dalam perniagaan mereka.



Dalam kesempatan itu, rumah jagaan orang tua ini supaya berbaktilah kepada kedua orang tua selagi mereka masih bernyawa dan mohon keampunan daripada mereka. Tak dinafikan, hal ini secara tidak langsung membuka minda orang ramai bahawa betapa pentingnya menjaga dan menghargai pengorbanan ibu bapa.



Sementara itu, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas ini terpanggil untuk memberi pendapat berhubung isu viral yang membabitkan seorang warga emas yang didakwa diabaikan oleh 9 orang anak kandungnya serta menantu. Malah, menantu wanita ini ada memberi respon berhubung perkara tersebut.

Jelas wakil rumah jagaan orang tua ini, mereka berbesar hati untuk mengambil tanggungjawab menjaga wanita ini selain berharap agar segala urusan dipermudahkan.


Sumber: OhBulan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 10-5-2021 07:13 PM
No komen di sini...Bergantung juga, yang nak menjaganya juga bukan maksum, hanya manusia biasa...susah luka nak terpadam andai pengabaian dulu menyakitkan...susah mereka nak menjaga dengan redha, hadap muka tiap-tiap hari, takut perkara lain yang jadi, lebih haru...Tapi andai mereka boleh menjadi yang lebih baik, yang mampu melihat menjangkaui dendam, mungkin....
Quote monreyes 10-5-2021 08:16 PM
orangbiasaje replied at 10-5-2021 07:13 PM
No komen di sini...Bergantung juga, yang nak menjaganya juga bukan maksum, hanya manusia biasa...sus ...

cuba ada rete juta2..
mak bapak perangai hanat pun dihadap juga..
Quote stingerbeetle 10-5-2021 08:29 PM
monreyes replied at 10-5-2021 08:16 PM
cuba ada rete juta2..
mak bapak perangai hanat pun dihadap juga..

sanggup carut berbakul bakul pada krajaan tebok atap kerana kenakan PKP, tak dapat balik kampong masakkan org tua yg dah uzur......







sedangkan dirumah sendiri anak anak dan laki hari hari kena tapau dari mamak...dapur nak tengok seminggu sekali berasap pun payah...

kheunz?

ahakzzzzzzz

kahkahkahkahkah
Quote lavendernovella 10-5-2021 08:48 PM
Sampai bila2 kalau undang2 tak dikuatkuasakan maka
1. Anak2 mengabaikan mak bapak sampai kategori mendera mental dan fizikal.
2. Mak bapak mengabaikan keperluan mental dan fizikal anak-anak dibawah tanggungannya.

Gitu lah pusing2 tak abis2.
Quote sarahmirza 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang, diabaikan anak2 bla..3x ?
Bosan la...
I nak stay rumah orang tua dan nak happy2 dengan kawan2 umur sebaya tanpa di chop yang negatif boleh tak?


Quote kakikuDibibirmu 10-5-2021 10:49 PM
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang,  ...

Andartu ke ni? #tanyajerkot
Quote sarahmirza 10-5-2021 10:56 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-5-2021 10:49 PM
Andartu ke ni? #tanyajerkot

Tak la...
I ni ada org ngata makcik tua beranak kecik..
Jeles tu I masih beranak kecik di usia 40 thn..
Dia dah monopaus tu yg jeles..

See... contoh mentaliti org Msia...
Duk rumah org tua, dikatakan andartu..
Takde org sayang, takde org peduli..
Gituh ke?

Quote Jitu 10-5-2021 11:03 PM
sedih rasa
aku tak boleh klu benda2 mcm ni mesti rasa sebak nak menangis
tp kena cover lah malu orang tengok
Quote pearl.silver 10-5-2021 11:35 PM
Cerita nenek yg diabaikn anak2
Pastu menantu balas kata nenek tu abaikn kebajikan ank2 sendiri termasuk suami dia
Pastu cucu bidas balik komen mak tiri dia yg balas statement nenek tu

Kes tu ke..
Quote orangbiasaje 10-5-2021 11:38 PM
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang,  ...

Rasanya ada sis...yang jenis private, byk aktiviti usia tua.Cuma tu la, stigma dari media, cari yang teruk2 je. Media pun cari berita camtu, main2 sentimen, sbb camtu je dpy readers byk.
Quote allshares 10-5-2021 11:52 PM
Masing2 takyah la harap anak2 esok2 jaga kita, deorg pun ade life sendiri, panjang lagi hidupnya. Simpan jela duit dari skrg, dah tak larat sok2 mskkan je diri sendiri ke rumah jagaan berbayar.

So, duit kwsp tu kalau dah boleh withdraw esok2, takyah la nk joli, nk bahagi kt anak2, fikir utk survival sendiri je tua2 esok. Ckp kt anak jgn mengharap duit kita, kita pun tak berharap duit deorg. Win2.
Quote adeqbun 11-5-2021 12:05 AM
Tibe2 teringat cite rosamund pike blakon duk perah duit org2 tua smpi rumah pon kene lelong...
Quote setori_mori 11-5-2021 12:33 AM
Iolls kalau rumah org tua tu lawa cun byk facilities iolls nak gak. Kalau sendi dan sedih mmg siap anak aku kalau hantar situ
Quote Adrif 11-5-2021 12:57 AM
tak kira sapa salah.. hakikatnya, ni realiti broken family..

dapat doakan je. dan moga kita semua dijauhkan dari terjadi benda2 macam ni
Quote belacan_gurl 11-5-2021 01:17 AM
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang,  ...

Actually...aku pun sama...andai dah tua nanti...dapat pencen kalo ada rumah2 org tua..aku mmg nk masuk sbb bila kita dah tua... anak2 semua duduk jauh...kita akan rasa sunyi... atleast ada kwn baru ...boleh belajar ilmu akhirat sama2....nih aku tgk ayah aku dok tggu anak2 balik tapi semua xleh balik....duduk sunyi kat kmpg....jiran semua org muda...Mana mau nya dorg bersembang
Quote pyropura 11-5-2021 04:07 AM
sarahmirza replied at 10-5-2021 10:46 PM
Kenapa kat Msia ni fikirannya bila orang tua duduk rumah jagaan org2 tua dikatakan bernasib malang,  ...

Banyak choice retirement village sekarang, beli boleh sewa pun boleh. Ada yg.single.room, ada twin sharing, ada dorm style . All in semua facility ada. Hakak pun berhasrat duk sini nanti, more privacy
Quote sarahmirza 11-5-2021 06:50 AM
orangbiasaje replied at 10-5-2021 11:38 PM
Rasanya ada sis...yang jenis private, byk aktiviti usia tua.Cuma tu la, stigma dari media, cari ya ...

Mmg ada elderly care center yang bagus2 cuma betul la u tulis tu....sengaja tak diwar2kan sebab nnt jadi iklan free pulak kan....

Bagusnya ada center berbayar yang blh provide single room siap ada call bell mcm hospital tu, ada accesibility features, visiting hours, tempat bersosial sesama , green compound for recreational, tpt exercise...paling penting security..

Takpe, survey lagi sementara belum pencen kerja.. Hahaha
Quote sarahmirza 11-5-2021 06:57 AM
pyropura replied at 11-5-2021 04:07 AM
Banyak choice retirement village sekarang, beli boleh sewa pun boleh. Ada yg.single.room, ada twin ...

Betul...i tgh survey2 walaupun macam masih lama lagi nak masuk situ... Eheh




Quote Trumpettt 11-5-2021 07:01 AM
Kesian..but i caya je kata2 what goes around comes around..I harap i dpt uruskan parents dgn baik hingga akhir hayat dgn rezeki , masa dan kesihatan...dan tua sok harapnye i pun baik2 dpt jaga diri sendiri.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045349 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top