CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kepala Tajul Terkehel Akibat Ditarik Isteri Ketika ‘Contraction’

10-5-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6448| Komen: 34|Original author: piao





Penyanyi Tajul Ariff Noor Md.Shari,23 atau lebih dikenali sebagai Tajul bakal meraikan Aidilfitri pada minggu hadapan dengan penuh keceriaan apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak kedua mereka, pada petang Khamis di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

Timang Anak Lelaki
Menerusi perkongsian yang dibuat pelantun Ku Sayang Kau Rindu ini dalam laman Instagram nya, isterinya telah bersalin secara normal anak kedua mereka yang merupakan seorang bayi lelaki seberat tiga kilogram.Malah dia turut bersyukur kerana urusan bersalin isterinya telah dipermudahkan.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin isteri Tajul dah selamat bersalin dengan normal.

“Berat anak 3 kg, baby boy.. sepasang dah dapat,” tulis Tajul

Kepala Terkehel
Di kesempatan itu, Tajul turut berkongsi pengalaman kepalanya terkehel akibat ditarik oleh Shamieza ketika mengalami ‘contraction’ sewaktu bersalin. Malah Tajul berkesempatan menunjukkan  kesan lebam tersebut  yang menimbulkan rasa lucu dikalangan pengikutnya.

“Walaupun kepala aku terkehel tadi, sebab bini aku tarik masa contraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat.. Nama baby nanti Tajul akan umumkan,” tulisnya lagi.



Sekadar info, Tajul telah berkahwin dengan Shamieza Eddie sekitar tahun 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

SumbeR:https://murai.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 7-5-2021 02:34 PM
siap bulu mata pelesu ke tu ngalahkan cik ta
Quote ahlam_nabiha 7-5-2021 02:48 PM
obvious kot bulu mata palsu tu..
Quote bulalof 7-5-2021 02:55 PM
duuuhhhhhh.......
Quote ezacbee 7-5-2021 02:56 PM
Melentik abissss
Quote kakakgarang 7-5-2021 02:57 PM
da kau kering sgt... ni akibat kau hahahahaahaha

siapa suruh mengandungkan isteri.. gasak la kau dikkk
Quote tipah89 7-5-2021 03:00 PM
benda ni pun nak jadikan gossip ke.
Quote shaiy 7-5-2021 03:05 PM
Besarkan la badan tajul sampi leher terkehel hahahaahha. Kepeng sgt badan tu.
Quote dewi_rina 7-5-2021 03:34 PM
Sorry OT:

Tengok tajul nie bermewah-mewah dengan bini dia, bersalin pun wad VIP katanya..
Sedangkan abangnya Khalish sakit terlantar, nasiblah ada zakat dan kerajaan negeri bagi bantuan
Apakata tajul tolong abang ko tu, dari ko sibuk habis duit kat kereta la, moto la, renovate muka bini ko lah
Kesian tengok abang ko sampai kena papah gitu
Quote dewi_rina 7-5-2021 03:36 PM
kelip2_07 replied at 7-5-2021 02:34 PM
siap bulu mata pelesu ke tu ngalahkan cik ta

Bini dia buat keje tu sis, pasang eyelash extension kat orang

Quote slyfynx 7-5-2021 07:50 PM
nampak nau drama.
Siap pakai bulu mate pelesu mengalahkan unta
Quote Madel 7-5-2021 08:01 PM
Depa2 yg nak beranak ni terutama artis,celebrity
Tak takut eh nak beranak siap bermakeup berkati2, pakai brg kemas, ni siap dgn bulu mata pelsu
Dibuatnya kiok masa bersalin, kan dah hazabbb
jenazah nya nnti..
Nauzubillah
Quote Skyline_84 7-5-2021 09:34 PM
Bini dia ni  Che ta 2.0 ke
Quote lilac85 7-5-2021 09:55 PM
dewi_rina replied at 7-5-2021 03:34 PM
Sorry OT:

Tengok tajul nie bermewah-mewah dengan bini dia, bersalin pun wad VIP katanya..

Abg nya sakit apa
Quote Perawankota 7-5-2021 10:55 PM
dewi_rina replied at 7-5-2021 03:34 PM
Sorry OT:

Tengok tajul nie bermewah-mewah dengan bini dia, bersalin pun wad VIP katanya..

Agaknya sebab harta bini kot...
Quote bluecrystal 7-5-2021 11:00 PM
shaiy replied at 7-5-2021 03:05 PM
Besarkan la badan tajul sampi leher terkehel hahahaahha. Kepeng sgt badan tu.

Tergelak baca..sebab tengok gambar ni tadi pun terlintas..halus no leher nya..huhuuu
Quote kucim 7-5-2021 11:16 PM
Muda2 dah ada 2 anak...untungglahh dpt sepasang...senyuman tajul ada iras arwah acik...
Quote ninnamina 7-5-2021 11:22 PM
Adoii sempat pakai bulu mata. Agaknye tengah soping2 nak terberanak terus check in and beranak.
Btw tajul ni jugak kan yg kata minta sponsor modified moto dulu?
Quote samshik 8-5-2021 10:41 AM
Kekayaan xmampu beli gaya.. Ko bsalin kat wad kayangan pun tetapla nampak darat.. Sekian.. Ko simpan duit dik.. Udoh2la dok main kete bagai.. Kang xcukup duit jenuhla seniman nak tanggung..
Quote MontanaHannah 8-5-2021 10:48 AM
xpelah ,ada juga perempuan nakkan ko

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052791 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top