CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhabis Lebih RM600,000 Bina Jejantas Untuk Anak Lintas Ke Sekolah

7-5-2021 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5430| Komen: 36

Seorang wanita dari wilayah Henan, China membelanjakan lebih ASD154,000 (RM634,018) untuk membina dua jejantas pejalan kaki di hadapan sekolah anak lelakinya.

Lapor Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Meng berbuat demikian bagi memastikan anaknya dan kanak-kanak lain dapat melintas jalan dengan selamat.




Meng memberitahu Stesen Televisyen Henan, keadaan jalan raya di luar sekolah anaknya kerap kali mengalami kesesakan ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka.

“Malah, tiada lampu isyarat dipasang di kawasan berhampiran sekolah itu. Jadi, amat bahaya untuk para pelajar dan guru melintas jalan,” katanya.

Jelas Meng, antara sebab lain dia menggunakan wang sendiri untuk membina jejantas itu kerana lopak air sentiasa terbentuk di luar jalan sekolah itu menyebabkan kaki anaknya basah kuyup hampir setiap hari ketika pulang ke rumah.          


“Lopak air yang terbentuk agak dalam dan menyukarkan para pelajar melintas jalan, termasuk anak saya,” katanya.

Dilaporkan, sebuah jejantas sudah hampir selesai dibina dan satu lagi dalam peringkat permulaan. 

Kedua-dua jejantas itu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan menarik perhatian ramai pihak dengan rata-ratanya memuji wanita tersebut.     


Sumber: Utusan
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-5-2021 04:36 PM
Dah dia mampu apa salahnya.  Bukan untuk kemudahan anaknya saja tapi kesemua pelajar yang bersekolah disitu dapat manafaat yang sama.
Quote darkness 7-5-2021 04:39 PM
Wahh tahniah kpd maknya
Quote nazzse 7-5-2021 05:18 PM
Good citizen
Quote Dean003 7-5-2021 06:31 PM
Edited by Dean003 at 8-5-2021 06:32 PM

Wow,  It's Great.

MyPrepaidCenter
Quote matchstick 7-5-2021 06:48 PM
Kerlass mak kau dek..musti bangga dpn rakan sekelas.
Quote matchstick 7-5-2021 06:52 PM
Agaknye mak bdk tu mmg owner kompeni construction kot..jimat sikit guna resources from kompeni sendiri. kos beli material dan mohon permit pbt je
Quote orangbiasaje 7-5-2021 06:56 PM
Bagusnya mak ni...
Quote Tinot7 7-5-2021 06:56 PM
Baru tau rega jambatan..
Quote becir 7-5-2021 07:03 PM
Pbt buat apa, nganga je?
Quote bellaamsar 7-5-2021 08:21 PM
Ni betul2 terbaik. Mesti org kaya ni
Quote gigahertz 7-5-2021 10:02 PM
Tinot7: Baru tau rega jambatan..

bende tu murah je. smpai kat kita mahal
Quote alieyrina 7-5-2021 10:37 PM
Depa ramai yg milionair apadehal..
Quote NataliaLuiz 7-5-2021 10:46 PM
Memang ibu yang sangat prihatin dan penuh rasa tanggungjawab atas keselamatan anak sendiri dan anak2 orang lain. Respect!
Quote sukacactus 7-5-2021 11:06 PM
Ni kaya dan xberkira
Ramai je yg kaya tp jenis xnak ambil tau or buat2 xnampak
Quote bedahmenjuyah 7-5-2021 11:48 PM
Syabas! Lemak la pbt dah ada yg bina jambatan. Kena la take care maintenance plak. Takkan nak harapkan org ramai plak.
Quote supernaturalee 7-5-2021 11:49 PM
Some people ada je nk selit Komen negatif
Just be happy and feel good about people's kindness would be nice


Quote Cece1234 7-5-2021 11:52 PM
Bagusnya lah..
Quote TOPwind 8-5-2021 01:38 AM
Tinot7 replied at 7-5-2021 06:56 PM
Baru tau rega jambatan..

tu kat sana
kat sini pasti juta2
Quote any42 8-5-2021 01:39 AM
mak smstinya nk yg trbaik utk ank2. lg2 yg tlebih mmpu ni klau bleh smua bnda nk dsediakn. bestnya

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.259277 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top