CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Sesekali Cuba Bela, Bagi Duit Kopi Kepada Penguat Kuasa'

7-5-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2713| Komen: 14

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, memberi amaran kepada semua peniaga supaya tidak 'membela' pegawai penguatkuasanya.

Pengarah KPDNHEP negeri, Ain Arjuna Aziz Azman berkata, mereka boleh dikenakan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dilaporkan kepada Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard.



Ain Arjuna (tengah) semasa membuat pemeriksaan barangan harga terkawal di Pasar Sementara Ampangan, pada Jumaat.

"Jangan sesekali cuba 'membela' atau memberi 'duit kopi' kepada penguat kuasa KPDNHEP bagi mengelak dikenakan kompaun kerana tindakan itu tidak berbaloi," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Sementara Ampangan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ain Arjuna mengakui semua badan beruniform terdedah dengan perkara tersebut namun beliau yakin pegawai penguat kuasa KPDNHEP di negeri itu amanah dengan tugas serta mempunyai integriti kerja yang tinggi.


Katanya, sehingga tempoh ini, tiada pegawai penguat kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan yang dikenakan tindakan atas kesalahan rasuah atau dibela oleh peniaga.

"Gaji dan elauan yang mereka terima setiap bulan sudah mencukupi, tidak perlu lagi duit kopi atau duit minyak," katanya.

Jelas Ain Arjuna, jika terdapat maklumat mengenai perbuatan tersebut, orang ramai boleh salurkan aduan mereka ke Pejabat KPDNHEP berdekatan, dengan disertakan bukti yang kukuh bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan lanjut.

Dalam pada itu, mengenai Skim Harga Kawalan Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 beliau berkata, KPDNHEP negeri memeriksa sebanyak 1,491 membabitkan pemborong, peruncit, pasar raya besar, pasar mini, kedai runcit, pasar awam dan pasar tani sejak pada 21 April lepas hingga semalam.

Katanya, daripada jumlah pemeriksaan itu satu tindakan telah diambil terhadap peniaga membabitkan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 7-5-2021 04:24 PM
hahaha

hahaha
Quote dess402 7-5-2021 04:31 PM
Depa bagi rasuah pun sebab depa salah la ..  tak lah pulak depa bagi suka2  ..  ada bawak benda salah ka ..  buat benda salah ka .
Quote Tinot7 7-5-2021 06:53 PM
Tepuk dada, tanya iman sendiri lorr..
Quote highcastle 7-5-2021 07:01 PM
Sebab tu rasuah ni macam kanser.. Memang payah nak dibendung kalau dah merebak........
Quote kakikuDibibirmu 7-5-2021 07:02 PM
Akak lagi suka kopi janda
Quote NataliaLuiz 7-5-2021 10:31 PM
Harapnya pegawai2 yg terdedah suapan ni jujur la ya. Mmg cakap tak ambil kat boss atasan tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Kerja elok2.
Quote angelofish 7-5-2021 10:47 PM
bela tu =ternak atau bela = beckup?
Quote Ferr_Remy 8-5-2021 05:02 AM
Memalukan negara Islam tapi sana sini rasuah. Bab tak tutup aurat pung pang pung pang org bising kt Socom.
Quote aienul 8-5-2021 06:03 AM
nak bukti kukuh yang macam mana. ambik gambar masa terima @ bagi wang suapan? {:nose
Quote kakikuDibibirmu 8-5-2021 06:15 AM
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima
Quote uori 8-5-2021 03:03 PM
Canteknya cili merah tuuu
Quote capiloton 8-5-2021 08:31 PM
Quote Supersirap 9-5-2021 01:54 AM
Yang penting kena menjaga nafsu, baru lah betul dan benar
Quote Zazama 9-5-2021 02:25 PM
Harap benarlah apa yg dikata.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.125959 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top