Seorang konstabel polis lelaki yang ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai di sini semalam dipercayai tertembak oleh rakannya yang juga seorang anggota polis yang menyewa rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi lewat malam tadi berkata anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran, 25, dijumpai dengan kesan tembakan di kepala selepas laporan mengenai kejadian itu diterima sekitar 7 malam. "Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemukan mati dengan kesan tembakan pada bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa di dalam rumah," katanya tanpa memberitahu butiran lanjut kejadian. Menurutnya, si mati yang baru sebulan setengah berpindah tugas ke sini setelah menamatkan latihan asasnya sebagai anggota polis dikatakan datang ke rumah sewa berkenaan yang didiami dua rakan polisnya untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka puasa.
Mangsa yang tinggal di rumah transit di IPD Sibu mempunyai seorang isteri dan seorang anak berusia setahun. Stanley yang sebelum itu turut meninjau tempat kejadian selepas menerima laporan insiden itu berkata mangsa bertugas di Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu. Menurutnya, laporan awal kejadian tersebut telah dihantar kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Sarawak SAC Lukas Aket. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sumber: BERNAMA |
allshares replied at 7-5-2021 12:22 AM
Seram. Tertembak diri sendiri atau org tertbak?
haruslah replied at 7-5-2021 12:29 AM
Mula2 baca tertembak sendri
Edisi baru: kwn polis dia tertembak
Teori netizen: kena siasat sbb k ...
allshares replied at 7-5-2021 12:22 AM
Seram. Tertembak diri sendiri atau org tertbak?
FanTasyCreaTioN replied at 7-5-2021 02:40 AM
kawan serumah ... tertembak kata nya ...
*MAKLUMAN AWAL ANGGOTA TERTEMBAK RAKAN SERUMAH*
noor2 replied at 7-5-2021 03:19 AM
X percaya lah gurau...x kan sebodoh tu nk bergurau dgn pistol yg ada peluru....mesti gaduh...
mamarock replied at 7-5-2021 05:37 AM
mama pun tak cayalah @noor2
ADVERTISEMENT