PULAU PINANG 14 Nov. - Kerajaan perlu bertindak lebih serius dengan mengehadkan waktu operasi premis makanan di negara ini bagi membendung masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang menjadi salah satu punca wabak diabetis. Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, kemudahan restoran 24 jam menggalakkan masyarakat makan pada lewat malam seterusnya mengundang masalah pertambahan berat badan. Lebih membimbangkan, jelasnya, kemunculan pelbagai restoran makanan segera menawarkan hidangan yang kaya dengan lemak dan garam serta minuman ringan bergula menarik perhatian kanak-kanak yang mana pengambilannya secara berterusan boleh menambah kecenderungan menghidap diabetis.
"Seelok-eloknya kerajaan had waktu operasi premis makanan hingga pukul 9 malam supaya tidak menggalakkan orang ramai makan pada lewat malam. "Waktu malam adalah untuk tidur, kenapa kita perlu berjaga semata-mata untuk makan," katanya dalam sidang akhbar sempena Hari Diabetis Sedunia di pejabatnya, di sini hari ini. S.M. Mohamed memberitahu, kajian mendapati paras obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di Asia. |
25
Bagus |
30
Marah |
18
Terkejut |
17
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
hasmania posted on 14-11-2013 05:27 PM
tak payah lah nak menyalahkan kedai mamak tu plakkk .........
diri sendiri suka makan tak berhenti- ...
Peterpan17 posted on 14-11-2013 06:00 PM
Aku minta maaf dulu sebelum posting. Aku notice pompuan Melayu ni badan debab debab tak kiralah bu ...
ADVERTISEMENT