CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rezeki Anak Scha Dan Awal-Lampin Pakai Buang, Sabun, Mainan, Katil, Semua Tak Keluar Duit

5-5-2021 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9078| Komen: 39

Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersyukur anak kedua mereka, Lyla Amina yang kini berusia dua bulan dilimpahi dengan pelbagai rezeki.

Awal, 40, berkata, jika anak pertama mereka Lara Alana banyak terbabit sebagai duta produk, berbeza dengan Lyla apabila dia mendapat hadiah sehingga mereka tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli barangan keperluan bayi.


Foto: IG

"Kalau Lara banyak menjadi duta, untuk Lyla, rezeki dia lain pula. Ia datang dari segi bukan menjadi duta, tapi menerima pelbagai jenis barangan.

"Setakat ini duit tak keluar lagilah beli lampin pakai buang, sabun mandi, mainan, katil, semuanya tak keluar duit," katanya kepada Harian Metro.


Sementara itu, Scha berkata, rasa sayang pelbagai pihak kepada Lyla ditunjukkan menerusi pemberian pelbagai hadiah yang disifatkan sebagai rezeki buat anak kedua mereka itu.



"Sayang mereka pada Lyla sampai hantar macam-macam. Mereka fikir, kalau tak dapat sebagai duta mereka berikan dengan cara lain iaitu memberikan produk. Sekarang tak lantik menjadi duta mungkin sebab faktor ekonomi. Tak menjadi duta, tapi dapat rezeki dengan cara lain," katanya.

Awal yang juga pengacara program Melodi berkata, mereka sekeluarga kini dikenali dengan gabungan nama Schawalaramina.



Sempat diusik mengenai sambutan Aidilfitri di rumah baharu, Awal secara berseloroh berkata 'istana' mereka belum siap.

"Kami bukan buat rumah, tapi buat 'istana'. Rumah kami tak siap lagi. Bayangkan buat rumah tahun 2018, bukan tanah lapang, tapi sudah ada rumah dan ini sudah tahun 2021 tak siap lagi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 5-5-2021 02:37 PM
Sebijik awal lyla ni.

Harap cheta baca ayat awal pasal rumah tak siap lagi tu. At least ni ada jgk update pasal rumah.
Quote manehnya 5-5-2021 03:37 PM
Omei betui anak dia

Baik sgh awal ni ptt la scha kawen ngan dia
Quote tikusmontok 5-5-2021 04:10 PM
huntong laaa
Quote irvene 5-5-2021 04:32 PM
bertuah scha dilayan dengan baik oleh suami. btw rumah baru dia tu. rumah baru ke atau rumah second hand?
Quote shiraloveyou 5-5-2021 04:49 PM
Untungnya dorg..murah rezeki..lara dgn lyla dua2 comel sgt....zaman2 bbnu dlu, iols la salah sorg yg nk tgk dorg bercinta lps beli majalah remaja frontcover dorg dua dulu2.
Quote adelea 5-5-2021 05:32 PM
irvene replied at 5-5-2021 04:32 PM
bertuah scha dilayan dengan baik oleh suami. btw rumah baru dia tu. rumah baru ke atau rumah second  ...

Rumah second hand ...
Masa sblm renovate ada awal tunjuk .. barang dlm rumah yg dia dismantle and jual ... And dia beli baru yg fit to his new renovation
Quote adelea 5-5-2021 05:33 PM
Beli 2018
Reno 2019
Case reno 2020
Otw to siapkan 2021 .. ..

Berapa byk la savings dah lebur demi sebuah rumah idaman ..
Quote dua_chzy 5-5-2021 05:39 PM
Korang ingat tak cemana korang bermatian tuduh Lara syndrome down satu ketika dulu?
Quote Tudungpink 5-5-2021 05:44 PM
Semoga kes rumah diorg cepat selesai..
Quote Nham22 5-5-2021 06:03 PM
irvene replied at 5-5-2021 04:32 PM
bertuah scha dilayan dengan baik oleh suami. btw rumah baru dia tu. rumah baru ke atau rumah second  ...

Beli atas org...
Quote Lylyna 5-5-2021 06:17 PM
Rezeki lyla. Dlu lara pon sama kan
Quote mesmerize 5-5-2021 08:09 PM
dua_chzy replied at 5-5-2021 05:39 PM
Korang ingat tak cemana korang bermatian tuduh Lara syndrome down satu ketika dulu?

ai tak.. ai suka lara ..kecik2 dulu comel.. dah besar ni kurang comel dah tapi bijak, sopan santun n peribadi sesuai usia..
tu la siap ada yang mengaku diorang staff kat set lokasi tempat schawalara shooting.. n bgtau kat porem betapa "kanak2 istimewa"nya lara.. jahat sungguh la ..siap ada yang diagnose lara autism sebab tengok kat ig posts aje.. tuduh lara punya muka ada ciri2 down syndrom padahal lara sepet sbb ikut parents dia ada yang dua2 ada keturunan chinese..
padahal lara membesar sehat walafiat n normal je tengok..
Quote sunshinelady 5-5-2021 08:42 PM
Alhamdulillah dapat hadiah mcm2 sampai tak perlu keluar duit dah. Hopefully some of these barangan baby can be donated to those yg tak mampu, esp zaman ekonomi gawat & covid19 ni.
Aku harap-harap diorang tak cerita pasal donation sebab memang diorang dah sedekah awal-awal.
Quote Lailerthee 5-5-2021 08:54 PM
Dlm kalangan kwn2 i dulu i sorg je y stand for lara tao. Ckp mana ad dia sindrom apa sume. Sbb i mmg suka dia. Pc opis, wallpaper hp, wallpaper wasup sume gmbr lara. Hahaha. Comeyy
Quote aechae 5-5-2021 09:05 PM
Lailerthee replied at 5-5-2021 08:54 PM
Dlm kalangan kwn2 i dulu i sorg je y stand for lara tao. Ckp mana ad dia sindrom apa sume. Sbb i mmg ...

I pn ada sorg kwn, indian girl plak tu...suka betul dia dgn lara smpai iols terjebak..
Quote slyfynx 5-5-2021 09:15 PM
Tu le sbb ramai nk sgt jd retis skrg.
Semua leh dpt free
Quote tukul 5-5-2021 10:53 PM
dua_chzy replied at 5-5-2021 05:39 PM
Korang ingat tak cemana korang bermatian tuduh Lara syndrome down satu ketika dulu?

Skrg dah comel bijak budak tu kan....suka lara walaupun x brp gemor apaknya
Quote addved 6-5-2021 02:04 AM
Untung la, dah sedia kaya raya mampu serba serbi pon amik juga sponsor ya. Rezeki jangan ditolak gitu
Quote Masukkeluar 6-5-2021 02:09 AM
sbb diorg ni bijak gunakan peluang yg ada, dan tak sombong. ada sesetengah artis tu org nk mtk review pn tak nk..ada jgk yg tak suka brg free/sponsor sbb nk jaga taraf ekslusif..sanggup lg keluar duit utk beli.

baik jd mcm si awal scha ni..belimpah ruah rezeki..rumah penuh dgn hadiah je aku tgk. haha.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062307 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top