Calon berkeperluan khas dari Sekolah Kebangsaan Ketereh, Amir Zuhaidi Razali (depan, kanan) yang mengalami sakit saraf di kaki kanan didukung ayahnya, Razali Harun, 44, (belakang, kanan) ketika mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut di Kota Bharu hari ini. KOTA BHARU - Walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah pada setiap Rabu, namun ia tidak menghalang anak seorang tukang rumah daripada memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini. Amir Zuhaidi Razali tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya enam tahun lepas. Dia terpaksa menggunakan tongkat setiap kali ke Sekolah Kebangsaan Ketereh di sini dan menduduki UPSR sebagai calon berkeperluan khas. "Saya tidak menyangka mendapat 5A kerana sering tidak menghadiri sesi persekolahan ekoran rawatan saya," katanya ketika ditemui di sekolahnya.
Anak keempat dari lapan beradik dari Kampung Hutan Pasir ini menghadiahkan kejayaannya kepada ibu bapanya yang bersusah-payah menghantarnya ke sekolah setiap hari. Bapanya Razali Harun, 44, berkata akibat kemalangan itu anaknya patah kaki kiri dan tercabut bahu kanannya. "Akibat kemalangan itu, Amir Zuhaidi dimasukkan ke hospital selama 10 hari. Setelah sembuh, dia diserang penyakit saraf kaki. Dia terpaksa ponteng sekolah sehari dalam seminggu untuk menjalani rawatan fisioterapi dan terpaksa menggunakan tongkat untuk memudahkanya berjalan," katanya. Pada masa yang sama Razali berkata sehingga kini bil perubatan anaknya yang berjumlah RM1,500 masih belum mampu dijelaskannya walaupun anaknya mempunyai insurans berkelompok. "Mujur ada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM1,800 setahun untuk membiayai kos perubatan dan fisioterapi Amir Zuhaidi ketika ini," katanya.
|
MissNigga posted on 15-11-2013 06:57 AM
ni yang weols nak dengar...
walaupun bapak sekadar kuli batak jew.... anak lak cacat... tapi tak me ...
MissNigga posted on 15-11-2013 07:06 AM
uols selak selak jer CI ni..still kat first page ... ada 2 thread kuar pasai anak score 5A UPSR, b ...
MissNigga posted on 15-11-2013 07:12 AM
nyampah tau ngan mak pak yang pepeeling bangga ngan anak yang baru score 5A UPSR, teruih bagi hadi ...
ADVERTISEMENT