CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Acik Presiden Tu Kata Aku Berlakon Drama Syok Sendiri" - Azhan Rani Souns Zed Zaidi

2-5-2021 05:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11744| Komen: 55

Kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi yang mendakwa drama siri tempatan gagal berada dalam stesen TV Indonesia disebabkan tahap kualiti yang dianggap 'syok sendiri' turut mengundang kemarahan pelakon Azhan Rani.


Malah Azhan menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin waktu tayangan terbaharu drama siri lakonanya Nur yang sebelum ini siarannya ditarik semula selepas episod pertama.


Kredit foto: Azhan

"Memang ada orang berlakon sebab nak glamour. Tapi bukan semua pelakon macam tu. Nawaitu kita berbeza. Kekdahnya (kaedahnya) tak ada siapa buat drama #Nur ni untuk tayangan indonesia.

"Tak ada siapa suruh jual ke sana... yang paling penting kalau gah sangat drama tu kat sana pun, tuan president tu nak berjuang ke hak aku yang kena bayar keahlian Seniman yang setakat menang tepuk saja ni," katanya.


Kredit foto:



Sebelum itu, Shahrulezad membidas kenyataan Zed Zaidi dengan mengatakan karya yang dihasilkan bukan semata-mata untuk kepuasan diri sebaliknya atas permintaan peminat drama Melayu.

Tegas Shahrulezad, dia tidak pernah memaksa mana-mana stesen TV untuk membeli drama Nur, malah keputusan untuk menarik semula tayangan di Indonesia itu pun bukan atas permintaannya.

Sementara itu, Shahrulezad turut mengatakan semua stesen TV tempatan termasuklah kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sepatutnya bekerja keras untuk mengeksport drama Malaysia ke luar negara bukan membawa masuk karya dari luar.




Shahrulezad juga menganggap kenyataan yang dikeluarkan Zed Zaidi itu tidak berasas dan hanya menjawab soalan daripada wartawan tanpa pengetahuan info sebenar.

Dalam pada itu, Azhan mengakui perasaan bangga melihat lakonan Zed Zaidi menerusi filem Sembilu hilang disebabkan kenyataan yang dikeluarkan aktor tersebut.

"Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu. Bila dia yang jadi sembilu terus aku tak bangga dah lagi. Apooo!" ujar Azhan.

Selepas dihentikan tayangan pada episod pertama, drama Nur lakonan Syaq Kyle dan Amyra Rosli kembali bersiaran di stesen televisyen Indonesia bermula Sabtu.

Malah lebih membanggakan, menurut pengarahnya, drama itu akan disiarkan oleh dua stesen televisyen negara seberang itu iaitu MNCTV dan Muslim TV.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 2-5-2021 05:45 AM
Semua nak sentap
Quote exclusive_vvip 2-5-2021 05:57 AM
Ada hikmah kot drama Nur tu tak meletop kat negera seberang..sbb budak Ijat tu kekadang cam poyo sikit..kang bertambah poyo
Quote Kurex 2-5-2021 05:58 AM
Panjangnya caption... Orang guna ig tu utk tunjuk bakat fotografi. Artis sangkak, pengarah sentap guna ig utk meroyan
Quote user.name 2-5-2021 06:04 AM
yang acik presiden tu pon sama jah syok sendiri jadi presiden? bukan nak jaga kebajikan ahli pon? dok jaga kebajikan ciknek sendiri jah?
Quote depresio 2-5-2021 06:33 AM
So trylah buat drama yg tak syok sendri dah jadi presiden tu?
Quote cmf_premierleag 2-5-2021 06:40 AM
Kurex replied at 2-5-2021 05:58 AM
Panjangnya caption... Orang guna ig tu utk tunjuk bakat fotografi. Artis sangkak, pengarah sentap gu ...

awal2 dulu ms IG baru wujud,mmg ia digunakan utk showcase hasil photography..ummah2 yg minat camera etc ni sblm ni prefer fotopages, canva etc
tp lama2 dh jd mcm pprt esp bila ummah pi gunakan ig buat caption panjang2 bagai.
Quote cmf_premierleag 2-5-2021 06:42 AM
exclusive_vvip replied at 2-5-2021 05:57 AM
Ada hikmah kot drama Nur tu tak meletop kat negera seberang..sbb budak Ijat tu kekadang cam poyo sik ...

aku pun rs hikmah yg sama
padan muka la kan
dah la hero pun senduuuu..kalah dgn hero2 yg ada kat indon sana tu
yg ZZ lak pun sama bingai gak...duk seniman ke hulu hilir tp lgsg takde effort nk naikkan karya/content lokal..ujung2 hauk juga
Quote Nana_Man 2-5-2021 06:59 AM
cmf_premierleag replied at 2-5-2021 06:42 AM
aku pun rs hikmah yg sama
padan muka la kan
dah la hero pun senduuuu..kalah dgn hero2 yg ada kat ...

Hero mcm capik ni memang kalah bertiang jauh dari hero2 indon tu.. indon tu pun ada bnyk sinetron yg beratus episode. Buatpe nk tgk drama msia.
Quote Wisma 2-5-2021 07:01 AM
Nana_Man replied at 2-5-2021 06:59 AM
Hero mcm capik ni memang kalah bertiang jauh dari hero2 indon tu.. indon tu pun ada bnyk sinetron  ...

Diorang dah tayang balik lah.dua tv lagi tayang.ada je peminat drama Nur dekat sana nak tengok
Quote Wisma 2-5-2021 07:02 AM
cmf_premierleag replied at 2-5-2021 06:42 AM
aku pun rs hikmah yg sama
padan muka la kan
dah la hero pun senduuuu..kalah dgn hero2 yg ada kat ...

Padan muka kau balik.drama tu dah tayang balik 2 tv lagi tayang.
Quote MissyMolly 2-5-2021 07:03 AM
Aik kan dpt slot baru sbb twins si friska n trisna nk tgk lantas marah bila mana drama ittew di pulled out mengikut caption si abam {:run
Quote Wisma 2-5-2021 07:04 AM
exclusive_vvip replied at 2-5-2021 05:57 AM
Ada hikmah kot drama Nur tu tak meletop kat negera seberang..sbb budak Ijat tu kekadang cam poyo sik ...

Kau kot poyo. dah tayang kul 4 pagi.time tu kan org tidur. Lagi pon tv Indonesia dah tayang balik dekat Indonesia,2tv lagi tayang.
Quote Nana_Man 2-5-2021 07:04 AM
Nana_Man replied at 2-5-2021 06:59 AM
Hero mcm capik ni memang kalah bertiang jauh dari hero2 indon tu.. indon tu pun ada bnyk sinetron  ...

Ntah brape ramai jer yg bising nk tgk. Btw citer ni ada alihbahasa ke indon ke tak?
Sedangkn upin ipin pun di-indonkan.
Quote exclusive_vvip 2-5-2021 07:05 AM
cmf_premierleag replied at 2-5-2021 06:42 AM
aku pun rs hikmah yg sama
padan muka la kan
dah la hero pun senduuuu..kalah dgn hero2 yg ada kat ...

ZZ sibuk dgn tauhu bergedil lagi kot...hihi..hmm,tapi sblm buat tauhu pun dia mmg president sendu kan..
Quote exclusive_vvip 2-5-2021 07:06 AM
Wisma replied at 2-5-2021 07:01 AM
Diorang dah tayang balik lah.dua tv lagi tayang.ada je peminat drama Nur dekat sana nak tengok

ke produser Nur try push pulak kat 2 stesen lain tu? kita wait n see je la dulu..
Quote Ciktiekus 2-5-2021 07:41 AM
Boleh kira dgn jari brp kerat je drama melayu yg aku tgk..baik layan drama kat channel 116..walaupun heroin boleh tepis peluru pakai jari..kahh
Quote makneng 2-5-2021 07:51 AM
Dari tgk Nur ni, baik mak layan Warintil Official kat utiup sana.. Lagi best.
Quote Tpahtertipu 2-5-2021 08:17 AM
Arwah asyraf sinclair dulu fames berlakon sinetron indon walaupun srndu d msia.. Semua dok ingat dia downgrade d indo sbb ikut binik.. Now baru tahu brp susah nk tembus market yindon.. So dia kira retis mesia yg sukses jugaklh kn
Quote MinyakAngin 2-5-2021 08:19 AM
Apela perangai masing2. Sorang cakap macam expert sangat. Padahal dulu acting pun kayu. Sorang acah gud2 justify. Sorang melatah macam maknyah. Gasakla nak buat apa pun.

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048416 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top