CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekerja dengan bos wanita lebih bahagia

30-4-2021 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7342| Komen: 65





ADELAIDE, Australia – Satu kajian baharu menunjukkan bahawa majikan atau bos wanita lebih mahir dalam memastikan pekerja bawahan kekal bahagia, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Kajian itu dibuat berdasarkan hampir 12,000 saman yang mendedahkan bahawa firma diketuai wanita kurang berdepan tuntutan undang-undang oleh pekerja.

Penyelidikan baharu yang di-siarkan dalam penerbitan Journal of Banking & Finance itu mendapati, bos wanita lebih bijak dalam menjalinkan hubu-ngan dengan pekerja mereka.

Pasukan penyelidik itu menganalisis data berkaitan 11,970 tuntutan di bawah undang-undang buruh yang difailkan terhadap firma negara itu bermula pada tahun 2001 hingga 2014.

Hasil kajian mendapati, syarikat diterajui bos wanita mempunyai bilangan saman pekerja yang jauh lebih rendah berban-ding firma diketuai oleh ketua pegawai eksekutif (CEO) lelaki.

Majikan wanita juga dikaitkan dengan pelbagai inisiatif mesra pekerja yang dilaksanakan oleh syarikat di bawah kepimpinan mereka.

Hasil kajian itu menyokong penyelidikan terdahulu yang menunjukkan bahawa gaya ke-pimpinan korporat wanita adalah lebih berkesan dalam membina hubungan baik dengan pekerja bawahan.

Penulis utama kajian itu, Chelsea Liu dari Universiti Adelaide berkata, penyelidikan tersebut memberikan bukti baharu me-ngenai kaitan antara jantina bos dan hubungannya dengan pekerja.

“Terdapat perbezaan ketara dalam gaya pengurusan syarikat oleh bos wanita dan lelaki.

“CEO wanita lebih banyak mengamalkan konsep demokrasi dan tolak ansur kepada pekerja berbanding ketua lelaki yang le-bih cenderung memberikan arahan menggunakan kuasa veto,” kata Liu.

Pengurus wanita juga cen-derung untuk memupuk lingku-ngan kepercayaan dan kerjasama, sedangkan pemimpin lelaki cenderung menekankan perintah, kepatuhan, dan persaingan. – Agensi


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 30-4-2021 10:39 PM
Edited by Meiizu at 30-4-2021 11:15 PM

Sebaliknya di msia bos2 wanita 1st day lapor diri dah dikecam acik2 jawatan sokongan sebab belajar tak tinggi
Quote ifanonline 30-4-2021 10:44 PM
maksud kajian ni di bawah wanita andartu kot
Quote Belibis 1-5-2021 12:17 AM
Hehhh...bos pompuan la paling hauk..baru jadi bini boss pun dah macam donat trum..asyik buli nak suruh kita resign..
Quote Austronesian 1-5-2021 12:56 AM
Bos perempuan la paling mudah naik hantu. Bila marah tu semua benda keluar dari mulut.
Quote faraway1 1-5-2021 01:37 AM
My boss perempuan dan best.

Senang cuti bila part anak.

Ayat biasa dia, it's ok fara, saya ada anak 4, so saya faham...

Quote jas7512 1-5-2021 02:06 AM
I setuju dgn kajian ni sbb i mmg plg ngam keje dgn bos perempuan regardless lah andartu atau isteri org or janda....the key is to understand their psychology first ..bos lelaki pun ok cuma i suka yg pompuan sbb lebih details..systematik dan lihat micro mgt juga..walau penat tapi hasil akhir memuaskan
Quote jas7512 1-5-2021 02:08 AM
And klu bos pompuan jarang ada aduan psl sexual harassment..hehe
Quote annakay 1-5-2021 02:13 AM
Jate tino takde beza. Kalau dia tak suka ko, dia tetap tak suka ko hahahaha
Quote slyfynx 1-5-2021 02:30 AM
Nope.
Maybe ikut negara, sbb kalau ketua jabatan perempuan biasanya lebih emotional.
Byk keputusan dibuat berdasarkan hati dan perasaan sendiri instead of untuk kebaikan semua.

Tapi kalau lelaki pulak, ramai yang gatal. Hahahaha.
Nasib la dpt bos or ketua jabatan mcm mana. Atas individu, bukan atas faktor jantina
Quote HYSB 1-5-2021 01:35 PM
I punye head lelaki tapi cerewet macam perempuan bile buat kerje tapi dari segi bonus, markah performance staff dia, dia akan rasional.
Department lain i head dia perempuan
Bile ape ape jadi kat you dia takkan back up u dia akan fikir position dia, senang cerite depan boss dia tak boleh cover up or bertanggungjawab atas kesalahan orang bawah
Lain dengan head i semua dia telan lepas tu habis lah you kene bambu tapi jarang bonus or performance you effect sebab yelah siape tak pernah buat salah unless you buat salah besa lah kot baru effect semua tu

Pada i n dari pengalaman dari kawan kawan i head perempuan susah sebab semua ikut perasaan, selfish tak ade rase tanggungjawab.
Tapi ade juga i dengar lelaki pun tak boleh harap tapi jarang
Quote iman_kasih 1-5-2021 01:48 PM
HYSB replied at 1-5-2021 01:35 PM
I punye head lelaki tapi cerewet macam perempuan bile buat kerje tapi dari segi bonus, markah perfor ...

Penah bekerja dgn bos pompuan yg best.  Tegas dan garang tp baik hati.  Kalau buat salah memang teruk kene bambu x kira yg baik dgn dia ke tak. Tapi kalau keje ok dia memang ok.  Kira adil jugak dlm keje.  Xde pilih kasih. Komitmen masa keje memang dahsyat. Sapa2 kaki bodek memang x jalan dgn dia. Iols suka dpt boss mcm ni.  Senang nk bekerja. X bias.
Quote syamzana 1-5-2021 02:52 PM
sama je laki or pompuan dah namapun perangai kan. dapat sejenis hanat mmg neraka la jawabnye dok keje bawah depa. kite bolayan ckp kite tak aktif, kite melayan sgt kan main sume kerja dgn kerja ko skali bg kite buat. kalau bos tak suke buat la keje elok caner pun skt tetap sendu, baik bos laki or pompuan.
Quote BicaraHatiku 1-5-2021 02:56 PM
annakay replied at 1-5-2021 02:13 AM
Jate tino takde beza. Kalau dia tak suka ko, dia tetap tak suka ko hahahaha

Setuju....boss pompuan byk la cerewet. Pernah kena...serik.
Quote ninja boy 1-5-2021 03:49 PM
Tgk negara jugak la, company ai pun ada bos2 job scope dia hanya handle kebajikan pekerja spt halimah yacob tu,  yg lain2 dia x buat, so tgk bidang tugas jawatan. Malaysia ni kekurangan wanita spt rafidah Aziz zeti etc
Quote pittjie 1-5-2021 04:00 PM
Saya ada pengalaman 2 kali kena report kt boss perempuan and my say is

Oh no oh no
Oh no no no no
Oh no oh no
Oh no no no no
No no
No no
No no


Never again pls. Trauma is real
Quote mis_j_alexanda 1-5-2021 04:11 PM
iman_kasih replied at 1-5-2021 01:48 PM
Penah bekerja dgn bos pompuan yg best.  Tegas dan garang tp baik hati.  Kalau buat salah memang te ...

Bos aku sekarang mcm ni la. Yg penting kita ikut peraturan, kerja dibuat dengan betul, okla dia dgn kita...
Quote Somed 1-5-2021 04:34 PM
Bagi iols bos pompuan atau laki sama je..
Quote stingerxmas 1-5-2021 05:04 PM
faraway1 replied at 1-5-2021 01:37 AM
My boss perempuan dan best.

Senang cuti bila part anak.

Kau memang dasar bengap....bos kau sebenarnya nak sindir kau...yg dia 'paham' kerna dia punyai 4 org anak sedangkan kau seketul saja....So she is tryikg to tell you God is great kasi kau seketul aja dan bukan 4 macam dia....can you imagine kalau kau ada 4 orh anak? madang akan ambik no pay leave.....

kahkahkajkahkahkah
Quote becir 1-5-2021 06:53 PM
syamzana replied at 1-5-2021 02:52 PM
sama je laki or pompuan dah namapun perangai kan. dapat sejenis hanat mmg neraka la jawabnye dok kej ...

Betulla Tu..I dah merasa keje Boss pempuan tegas, cerewet, meticulous tapi Akan give praise when it's due. Dan penah merasa keje Boss pempuan Yang takde disiplin, tak buat keje and ngampu boss atas je kejenya...

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 2.511897 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top