CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Job Berkurangan, Amar Baharin Bukan Lagi Pilihan Penerbit Dan Pengarah

30-4-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8436| Komen: 31

Lebih sedekad bergelar pelakon, Amar Baharin, 36, akur tawaran drama kian berkurangan, malah tidak lagi menjadi pilihan utama penerbit mahupun pengarah.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 2014 itu sedar, persaingan semakin sengit dengan kehadiran ramai bintang baharu.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu tidak sesekali tergugat dengan kehadiran pelakon baharu kerana sentiasa percaya pada rezeki.

Foto: IG


"Bukan soal saham menjunam disebabkan sudah berumahtangga, tetapi kita tidak boleh menidakkan peredaran masa. Sekarang, ramai kehadiran bakat baharu yang lebih muda.

"Namun, saya tidak pernah rasa terancam, sebaliknya melihat sebagai persaingan sihat. Alhamdulillah, biarpun kini saya hanya menjadi pilihan ketiga atau keempat untuk memegang watak utama, tetapi setakat ini, rezeki tidak pernah putus.


"Saya hanya berhenti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menyambut kelahiran cahaya mata kedua, Ayra Aryssa, tahun lalu," katanya kepada BH Online.



Amar berkata, apa yang penting untuk terus bertahan dalam industri seni adalah sikap seseorang pelakon.

"Ia akan menentukan sama ada stesen televisyen (TV) mahupun penerbit akan memilih kita atau tidak," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama adapatasi telenovela popular, Mis Tres Hermanas berjudul Hati Yang Dikhianati yang ditayangkan di Astro Prima.

Memegang watak utama sebagai Santiago, Amar berkata, lokasi penggambaran terpaksa ditukar ke Perlis kerana perlu mengejar waktu tayangan yang bermula pada 12 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor sejak Januari lalu.


Katanya, dia terpaksa berkorban berjauhan daripada keluarga selama hampir dua minggu, tetapi bersyukur masih boleh bekerja.

Malah, kata Amar, isterinya turut sibuk, namun mereka beruntung kerana anak-anak berada di bawah jagaan keluarga mentua ketika keluar bekerja.

"Apabila sibuk bekerja, saya tidak pernah menghalang Amyra untuk meneruskan kerja juga. Sebenarnya, Amyra pun sibuk dengan kerjayanya. Bagi saya, selagi masih diperlukan, biarlah isteri terus berkerja.

"Selalunya, kami hanya sempat berjumpa pada waktu malam kerana bekerja. Kami jarang mempunyai masa bersama apabila bekerja kerana penggambaran selesai malam. Kami berjumpa ketika hendak tidur dan sewaktu bangun pagi.



"Alhamdulillah, kami mempunyai keluarga di sini, jadi ketika sibuk, ibu mentua akan tolong jaga anak-anak. Jadi, kami tidak bimbangkan keadaan mereka," katanya.

Amar berkata, dia dan isteri tidak boleh mengeluh dengan rezeki yang dikurniakan kerana itulah doa yang sering mereka panjatkan sepanjang PKP.



"Inilah doa yang tidak putus sepanjang PKP. Walaupun ada simpanan sekalipun, sedikit sebanyak terkesan juga sekiranya PKP berterusan. Kami seperti orang lain, kikis apa yang ada disebabkan penggambaran ditangguhkan.

"Apabila kerajaan memberikan lampu hijau, kami berdua rebut apa sahaja peluang yang ada. Kami tidak boleh mengeluh penat atau tidak sempat meluangkan masa bersama keluarga kerana apa yang lebih penting ada kerja daripada risau tiada 'job'," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikpah27 30-4-2021 04:04 PM
followers juta2, tapi likes sikitnya?? 30k pun tak sampai..
Quote ellejo 30-4-2021 05:40 PM
faizal hussein masih elok je jadi leading atau second lead.
kalo asik duduk dalam pool story cinta2 drama pukul 7 mmg la takde job.
Quote Masukkeluar 30-4-2021 06:33 PM
wife dia lagi banyak job dari dia. dia ni rasanya tak pernah jdi ambil jadi duta sbrg brand. kesian gk la sbb bgntung hnya pd lakonan je. bisnes pn dia xbuat..ssh la nk survive.
Quote tagas 30-4-2021 06:44 PM
Drama ape yg top mamat nih

muka skema2 nerd2 stok aku tukaw

channel jer nih kalo ternampak kat tv  
Quote Cece1234 30-4-2021 06:51 PM
Sbb dia xhensem..
Quote LadyCarefree 30-4-2021 07:22 PM
iols rasa hamster ni antara hero drama paling hauk yg pernah ada. Xfaham how dia boleh jd pelakon siap jd hero.
Quote LadyCarefree 30-4-2021 07:23 PM
tagas replied at 30-4-2021 05:44 PM
Drama ape yg top mamat nih

muka skema2 nerd2 stok aku tukaw

Dia top meroyan dan percubaan tonjol imej yislamik now ni
Quote Kepot 30-4-2021 07:37 PM
Drama baru dia jd hero tuu “ hati yg tersakiti “ mmg tak bleh blah. Sbb drama tu adaptasi telenovela fav iols “ mistress hermanas “ watak utama jauh beza dr amar ni. Sgt la tak sesuai
Quote timohnotecah 30-4-2021 07:49 PM
Edited by timohnotecah at 30-4-2021 08:07 PM

Ooo patut tetibah kearah islamik ....inikah puncanya? Tapi kalu betui ikhlas, baguihlah.... bolehlah join tabligh pulak pasni....pusing pusing tang tu..
Quote bedahmenjuyah 30-4-2021 07:50 PM
Tak pernah tgk dia berlakon sebenarnya. Takde daya penarik.
Quote LadyCarefree 30-4-2021 09:21 PM
Kepot: Drama baru dia jd hero tuu “ hati yg tersakiti “ mmg tak bleh blah. Sbb drama tu adaptasi telenovela fav iols “ mistress hermanas “ watak utama ja ...


Apo? Dia jadi hero? Bukan mistress la. Mis tres hermanas. Maksudnya my 3 sisters.
Quote MakcikLaksa 30-4-2021 09:57 PM
Acik cukup xminat kalau dia ni jd hero. Muka jambu semacam.. Tak hensem tak ada karisma hero, gaya cakap pun tak menarik. Ntahler
Quote duricinta 30-4-2021 10:03 PM
X bole ingt cter apa dia ni berlakon...yg dgn jering dlu pun x tgk jgak, x d side buss ke dia ni, nmpk mcm amyra lg byk job je
Quote Ferr_Remy 30-4-2021 10:30 PM
Bukan x ensem tp besher2. Bersepah muka camni kt shopping mall.
Quote belacan_gurl 1-5-2021 05:11 PM
Wife dia lawa sgt bagi aku... lagi lawa dari ayda jebat,melvin apantah bini si sam,migha pijah raut wajah dia lembut...baik sebelum bertudung sampai dah bertudung
Quote TerataiMelur02 1-5-2021 05:58 PM
belacan_gurl replied at 1-5-2021 05:11 PM
Wife dia lawa sgt bagi aku... lagi lawa dari ayda jebat,melvin apantah bini si sam,migha pijah  ...

Yes.. Amyra ni cantik sangat bertiang tinggalkan nama2 u nyatakan. Cuma bukan sejenis acah islamik gedik macam mira basic
Quote bakingsoda 1-5-2021 07:03 PM
kalau org tawar watak sampingan jd ahli keluarga hero/heroin sauk je la, muka nak kata hensem tak, charming pon tak.
Quote Cik_jantung 1-5-2021 08:21 PM
Maaf amar aku tak tengok drama...
Quote 3chanceno 1-5-2021 08:23 PM
belacan_gurl replied at 1-5-2021 05:11 PM
Wife dia lawa sgt bagi aku... lagi lawa dari ayda jebat,melvin apantah bini si sam,migha pijah  ...

Agree with your komen

Suka tengok muka Amyra nie

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.091011 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top