CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Mentaliti Orang Melayu, Niaga Burger Tak Layak Ada Banglo Atau Kereta Mewah'

30-4-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6833| Komen: 42

Kisah abang burger yang kena viral akibat dikompaun pihak berkuasa sehingga RM50,000 masih belum sepi berlegar dalam media sosial.

Masing-masing bagaikan tidak mahu melepaskan peluang untuk mengurangkan pahala menerusi acara membawang dalam bulan Ramadan.


Bermula dengan kisah Mohd Faisal Wan Kadir, 37, dikatakan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan, ia jadi semakin teruk.

Netizen yang tidak bekerja dan punyai masa yang sangat banyak setiap hari ini mula menyelongkar gambar lama milik Mohd Faisal.


Kredit foto:


Habis gambar rumah banglo dan keretanya dijadikan modal netizen untuk dibicarakan tanpa sebarang pertanyaan lebih mendalam.

Mentaliti orang Melayu adalah orang berniaga burger selama 16 tahun sekali pun tak layak simpan duit dan ada rumah banglo atau kereta mewah.

Orang Melayu harus merempat di kaki lima seperti kebanyakan gelandangan di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar dalam Malaysia.


Orang Melayu tak perlu nampak dasar ekonomi baharu mengenai amalan pecah dan perintah memberi implikasi besar kepada orang Melayu sendiri.

Sudahlah masih ramai orang Melayu takut nak berniaga.. semuanya nak bagi kepada orang Cina. Apabila orang Cina kaya-raya, pandai pula dikatakan takdir.

Apabila wujud Melayu yang berjaya, habis ditindas dan dimomokkan dengan pelbagai cerita sehingga jatuh fitnah bertepatan dengan akhir zaman.

Apa-apa pun, kita sebagai pembaca atau netizen tetap orang luar. Apatah lagi bukannya jiran mereka. Maka tidak perlu gelabah dengan isu sensasi dunia tipu-tipu ini.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 30-4-2021 12:30 PM
Dia b40 ka, m40 ka, dia jenis bising jiran tak suka ka... andaikata dia kena kompaun tu tak ikut cara yang betui.. atau tak dak pertimbangan waras atau penjelasan tuntas dari polis, tak patut cerca dia.

Hal dia bising tu, awat la jiran tu tak tegur atau buat repot polis pasal bising pada masa tu. Ni dah kawan tu kena kompaun, dan2 kata doa kami dimakbulkan. apa punya tur..
Quote annehuda 30-4-2021 12:34 PM
najib888 replied at 30-4-2021 12:30 PM
Dia b40 ka, m40 ka, dia jenis bising jiran tak suka ka... andaikata dia kena kompaun tu tak ikut car ...

ko duduk dalam gua ke dik tak pernah berjiran?
Quote annehuda 30-4-2021 12:36 PM
ni la mentaliti orang melayu bodo sombong dah kene warning taknak ikut. kene saman maksima meroyan.  









kalau orang kampung die pun taknak back up die dah tu yg netizen setakat kenal sebab viral nak back up dah kenapa tu yg aku tak paham tu
Quote haruslah 30-4-2021 12:40 PM
Edisi lepas ni....buat salah sbb bisnes kecik xpe.
Kalau bisnes anak papa baru saman kaw2....
Pdhal dia2 langgar peraturan.
Quote insulin 30-4-2021 12:43 PM
Berbisnes dan beli kereta dan rumah mewah itu tidak salah. Yang salahnya bila menipu tidak mampu bayar denda dan menyusahkan jiran tetangga.
Quote bottombikini 30-4-2021 12:58 PM
Edited by bottombikini at 30-4-2021 12:59 PM

suara merdeka ni org mana buat artikel macam tak faham situasi
takde salahnya nak kumpul harta sampai jadi qarun sekalipun

soalnya disini si polan telah meraih simpati sampai sibuk sangat selebritas segala ni nak membantu buat gofund bagai.

tapi betul la cakap bini dia tu
depa pun takde minta tolong bayar punnn
netizen yg miskin2 ni pun sibuk gakkk nak tolong padahal member tu sedap makan wagyu

eh merge jelah dgn benang yg ada nun

Quote tipah89 30-4-2021 01:04 PM
bottombikini replied at 30-4-2021 12:58 PM
suara merdeka ni org mana buat artikel macam tak faham situasi
takde salahnya nak kumpul harta samp ...

ntahnya xdak sapa dengki pun dia jutawan sekali pun, tapi jgnla ko up bila kena kompaun mcm ko mkn pun xcukup, mcm ko ikut sgt SOP padahal salah ko sendiri, time haplod status mengundang tu pon tunjuk gambar mcm xcukup zat xcukup makan mmg netizen kesianla kan last2 satu melaysia kena tipu.

Quote fairiza 30-4-2021 01:06 PM
Psl mampu ke tak tu blkg cite, sampai 50K tu jadahnya? tak masuk akai plak. Kalau 10k tu logik ja.
Tapi pengajaran paling besaq.. tak yah la menjobo je kejenya bak kata Hattan.
Quote iman_kasih 30-4-2021 01:31 PM
haruslah replied at 30-4-2021 12:40 PM
Edisi lepas ni....buat salah sbb bisnes kecik xpe.
Kalau bisnes anak papa baru saman kaw2....
Pdh ...

Salah tetap salah la kan.  Kesalahan berulang pulak tu. Memang patut kene tinggi sikit cuma patut ke x sampai 50k.  
Quote exclusive_vvip 30-4-2021 01:42 PM
wartawan yg tulis artikel ni otak dia kat mana?? lari jauh pendapat dia dgn konteks semasa isu ni..
Quote noor2 30-4-2021 01:43 PM
Tetap x patut dia kena rm50k...bayangkan kita pula yg kena...
Quote AbukRokok 30-4-2021 02:05 PM
bodoh la kau sial
org bukan pertikai pasal dia jual burger mampu makan tomahawk

kau tau tak apa isu sebelumnya?
Quote msdummy.2018 30-4-2021 02:05 PM
Ok netizen..ada lagi 2 org kena sama , yg tokey kedai dgn jual colek..sila csi plak lagi 2 org tuh
Quote renko 30-4-2021 02:09 PM
sendiri perangai degil mcm beruk
xpikir lak
Quote bakingsoda 30-4-2021 02:28 PM
buat salah, pastu kena kompaun dan SALAHKAN pihak lain mentaliti melayu gak kerrr? dia ni bukan setakat buat salah, kesalahan dah la berulang boleh pulak berlakon naik motor dan masak beger dpn rumah buruk mertua pastu karang ayat berniaga sekadar nak bayar bil, mcm tak buat salah tiberr ditindas dgn kejam. bunyi cam ala kesiannya dia nak buat bayar bil utiliti je bukan kaya ponn. haa skali terbongkar riak tunjuk resit mkn wagyu 1k, ada rumah banglo dah bukan duk rumah buruk tu, kete honda civic bukan moto cabuk tu je kenderaan, siap kumpul cash nk angkat vellfire pulak. dan kantoi lagi rupanya mmg buka kedai sampai 4 pagi setiap hari. sengaja ulang ulang ulang ingkar sop tunjuk gedebe
Quote MeghanK 30-4-2021 02:31 PM
oo play victim ke ni..nasib la meols tak bekap dia walaupun ada rasa kesian
Quote BoongaKertas 30-4-2021 02:33 PM
dia ni buat punca betul lahhhhh. iols caya kot penduduk kampung dia lg dr statement dia ni.
Quote darkness 30-4-2021 02:34 PM
Org salah, biasanya dah buat salah tunding jari..hehe mentaliti melayu..
Quote Lentera 30-4-2021 03:01 PM
bakingsoda replied at 30-4-2021 02:28 PM
buat salah, pastu kena kompaun dan SALAHKAN pihak lain mentaliti melayu gak kerrr? dia ni bukan seta ...

Aku padankan je muke dia kena kompaun 50k. Zaman sekarang ni bukan leh percaya, ramai yg suka play victim. Pastu ramai yg tukang kesian. Elok la, si play victim & tukang kesian dua2 bengong

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.202933 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top