CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bagilah Kebenaran Rentas Negeri, Balik Rumah Ibu Bapa Je" - Mila Jirin

30-4-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8808| Komen: 60

Mila Jirin atau nama sebenar Norsyarmilla Jirin, 33, mencadangkan kerajaan mempertimbangkan kebenaran rentas negeri kepada mereka yang benar-benar perlu pulang ke kampung halaman.


Kredit foto: IG Mila

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini mencadangkan mereka diwajibkan menjalani ujian calitan (swab test) terlebih dahulu sebelum menerima kebenaran tersebut.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi berusia 33 tahun ini berkongsi rakaman video yang tular di media sosial memperlihatkan seorang bapa menangis kerana menanti kepulangan anaknya.


Kredit foto: IG Mila

Dalam video tersebut, warga emas itu meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bertemu anaknya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang pergerakan rentas negeri.


Sementara itu, seorang lagi pelakon iaitu Sheila Mambo turut berkongsi pandangan yang sama berhubung perkara ini.

"Sabar ya pakcik, Covid-19 ni benda tak nampak, bukan macam biskut raya, ketupat rendang... nanti yang balik semua tak tahu mereka bawa ke tidak Covid-19 ini.



"Saranan saya sesiapa yang nak balik buat swab test seminggu sebelum balik dan tiga hari (kemudian) buat swab test kedua untuk keselamatan ahli keluarga lain," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 30-4-2021 12:17 PM
Buat test seminggu sebelum abis kalau dah in-between tu dia pegi merayap sana sini nak beli kuih raya lah, langsir raya lah pastu ada contact dengan yang positive tak ke naya?
Quote stania83 30-4-2021 12:20 PM
no. jgn selfish/ orang kampung tak ingin orang zon merah masuk zon hijau
Quote krustykrab 30-4-2021 12:29 PM
stania83 replied at 30-4-2021 12:20 PM
no. jgn selfish/ orang kampung tak ingin orang zon merah masuk zon hijau

Hahah...kannnn...tp diorg ni mana nk fikir org lain...
Quote tipah89 30-4-2021 12:38 PM
entahla xtahu nak ckp, kalau bagi rentas negeri pun kadang bukan balik jenguk org tua, g la bercuti sana sinun.. tp utk raya ni, bernas juga buat test, buatla syarat boleh sehari or dua je pun da ok jgnla bagi duduk berminggu2 pulak..
Quote rain2169 30-4-2021 12:38 PM
sabar je la dulu.....
nak wat lagu mana.... masalah covid ni masalah global..
ko bagi satu balik.... nun kat belakang tu ada sejuta lagi tunggu nak balik.
haishhhh........
Quote AbukRokok 30-4-2021 02:13 PM
buat lah
i have alternative option xperlu nak berswab mrnyumbang nombol sumpahan
Quote toynme 30-4-2021 02:22 PM
Nanti warga polis ckp dah bape tahun x raya..rileks la korang...
Quote applecomel 30-4-2021 10:28 PM
Kos swab test tu nanti akan jd isu.....
Quote September14 1-5-2021 03:49 PM
Jnis x faham bahasa ni susah selagi x kena... skg ni 3000 kes klu sempadan bukak mahu cecah puluhan ribu kes... jnuh nak control woiii... aku yg kna vaksin ni pun x setuju rentas negeri waktu raya..
Quote chantek90 1-5-2021 05:02 PM
kes tinggi ni..ntah bila la nk turun balik
Quote Kakak_cun 1-5-2021 05:10 PM
Rengsa tgk sape2 duk meratib nk rentas negeri raya ni..mcm tak faham dgn keadaan msia dan dunia..cakap je jumpa mak ayah tapi dsebalik tu ntah merata merayau agaknya..buat2 la bersabar..mak ayah pun kena faham dgn situasi skrg..
Quote sleepandream 1-5-2021 08:20 PM
yang mana nenek or atuk yg duduk sorang2 tu iols kesian jugak....
mesti sunyi dorang kat kampung sana...
yg duduk pedalaman sabah sarawak tu line internet pun takde haihhh kesian chuolssss
Quote Cik_jantung 1-5-2021 08:24 PM
tipah89 replied at 30-4-2021 12:38 PM
entahla xtahu nak ckp, kalau bagi rentas negeri pun kadang bukan balik jenguk org tua, g la bercuti  ...

Covid test tu valid 2 ari jer punnn..
Quote exclusive_vvip 1-5-2021 08:27 PM
September14 replied at 1-5-2021 03:49 PM
Jnis x faham bahasa ni susah selagi x kena... skg ni 3000 kes klu sempadan bukak mahu cecah puluhan  ...

yg dah kena pun selfish masalahnya sis...geram btol la dgn org2 camni..
Quote mdmy 1-5-2021 08:30 PM
Edited by mdmy at 1-5-2021 08:32 PM
tipah89 replied at 30-4-2021 12:38 PM
entahla xtahu nak ckp, kalau bagi rentas negeri pun kadang bukan balik jenguk org tua, g la bercuti  ...


Nanti meroyan pulak kata kerajaan double standard , hanya golongan kayangan jer boleh rentas negeri. Swab test bukan murah kalau buat di swasta. Seorang bolehlah lepas, kalau bini dengan anak ramai tak ribu riban ? Pastu selepas swab test kena kuarantin , habis nak gi kerja camne
Quote Lagubestbest 1-5-2021 08:31 PM
Edited by Lagubestbest at 1-5-2021 08:40 PM

Biasa kalau balik, takde makna nye nak dok terperap kat rumah parents.  Mesti round mall beli pakaian anak2 sebab luar KL murah sket. Pagi2 round pasar borong sebab kerepek, rempeyek, muruku, karipap gulung murah. Dah tau orang luar negeri balik, mana2 anak/ sedara yang dok sekitar akan balik jugak nak bagi meriah cucu-cucu. Skrg pulak emas murah, hah nenek ngan menantu perempuan bakal sama naik round kedai emas dalam mall cari gelang bagai. Dalam ramai2 tu, tak semua yang patuh SOP pun, cukup kalau kena sorang je pergi kutip covid hmm.. satu bloodline terhenti terhapus lenyap terus dari muka bumi. Bila dah tercungap dalam ICU tak cukup nafas, haa.. time tu mula la salahkan PM Modi. Tak ramai yang mati pun covid ni, 1% macam tu je, tapi ramai je yang akan menderita sakit dalaman macam2 di kemudian hari.
Quote Cik_jantung 1-5-2021 08:37 PM
Bersabarla sekalian rakyat malaysia. Anak2 dan mak ayah. Semua org tgh struggle skrg. Satu dunia. Kita tgh berusaha keras untuk hentikan pandemik ni.  

Swab test bukan penyelesaian.. disiplin la yg paling utama.. soalannya adakah rakyat kita berdisplin... Jangan jadikan zon hijau kat kampung sbgi zon merah
Quote mrsbale 1-5-2021 08:46 PM
Kakak_cun replied at 1-5-2021 05:10 PM
Rengsa tgk sape2 duk meratib nk rentas negeri raya ni..mcm tak faham dgn keadaan msia dan dunia..cak ...

Meols lg rengsa tgk segala politaikcians, retis2, instupidpemes, tokey2 timbang kati duk berjimba mcm xde covid, xendah sop siap mocking lg, puak2 ni slambe bmajlis bsosial bercium2 pipi tayang kat socmed. Hrm xpedulik SOP.
Ujung2 yg cuma nk blk tgk mak ayah kat kg stelah lama xjmp jugak kene sound tolong faham keadaan..
Sapa yg selfish sbnrnya.
Dah brp lama xleh rentas tp kes menggila jg. Cer tgk kat sngor kl ni, tgk kat ig, sape yg duk bsosial mcm xde covid. Yg kes tinggi hari2 ni sbb smua org sini duk rumah diam2 mcm org tua2 kat kg2 tu ke?
Kalau nk org yg nk blk kg tu patuh SOP, puak2 bowdow ni pun kena la patuh jg..
So for me, xblh mrh la org yg meratib nk blk kg tgk org tua tu. Kena smua org pun follow btul2, jgn certain golongan ja.
Ni erkk... smp ajm pun mereputlah kita smbil skrol IG tgk puak2 di atas tu bsuka ria hari2.

Ni i ckp psl yg genuine nk blk jmp mak ayah org tua kat kg la. Yg ada hidden intention tu nk ckp ape, menteri pakai alasan kerja pun blh je melencong g umrah. X abuse surat kebenaran gak ke tu.
Quote one_aiman 1-5-2021 08:56 PM
ramai orang KL nampaknya di sini

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.140723 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top