CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Dan Dicampak Dalam Perigi Kerana Tak Benar Suami Kahwin Lagi

30-4-2021 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2857| Komen: 17

Gara-gara tidak dibenarkan bernikah lagi, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya sendiri di Kampung Tanjung Ratu, Lampung Selatan. 

Lapor Tribunnews, suspek dikenali sebagai JK, 45 berasal dari Lampung Tengah bertengkar dengan isterinya, Tukini di dalam kereta. 


Ketua Unit Siasatan Jenayah, Balai Polis Lampung Tengah, Edy Qorinas berkata, suspek kesal kerana mangsa meminta dirinya tidak bernikah lagi, namun tidak dihiraukan sehingga lelaki itu keluar dari kereta dan mengambil sebatang kayu yang ada di belakang. 


KETUA Unit Siasatan Jenayah, Balai Polis Lampung Tengah, Edy Qorinas ketika mengadakan sidang akhbar mengenai kes pembunuhan itu Pejabat Polis Lampung Tengah. -TRIBUNNEWS 

“Suspek dikatakan memukul kayu tersebut ke arah wajah dan tubuh mangsa.  

“Kes tersebut terbongkar selepas penemuan mayat mangsa yang terapung dalam perigi di kawasan kebun,” katanya. 


Menurut Edy, suspek juga melakukan pembunuhan itu kerana ingin menguasai harta mangsa berdasarkan penemuan sejumlah barang bukti milik mangsa ketika ditangkap di Kampung Binjai Ngagung, Bekri. 

“Kita menemui barang bukti seperti sebuah kenderaan, perhiasan, geran tanah dan wang tunai 30 juta rupiah (RM8,488) yang dipercayai milik mangsa,” ujarnya. 

Menurut Edy, suspek cuba memperdayakan mangsa dengan meletakkan kad pengenalan orang lain di lokasi mayat mangsa ditemui.  


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 30-4-2021 12:45 PM
Kalàu kat sini takdenya nak tanya2 lg dah
Nikah je terus
Dah terbocor rahsia baru ngaku
Quote jalfa 30-4-2021 12:51 PM
Jahat sungguh jantan ni..mesti muka huduh sbb kemaruk duit bini..nak kawen,kawen ajelah..yg ko bunuh bini ko kenapa...
Quote spankee_fili 30-4-2021 12:57 PM
sukacactus replied at 30-4-2021 12:45 PM
Kalàu kat sini takdenya nak tanya2 lg dah
Nikah je terus
Dah terbocor rahsia baru ngaku

Haah.. Konsep kat sini "jangan mintak permission tapi mintak maaf" kan?
Quote sukacactus 30-4-2021 01:25 PM
spankee_fili replied at 30-4-2021 12:57 PM
Haah.. Konsep kat sini "jangan mintak permission tapi mintak maaf" kan?

Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun tak... hampeh!
Quote pikah89 28-7-2021 11:46 AM
Kurg ajarnye lahai..dala ko mnggelitis nk kawen lain bunuh plak org last2 dua2 x dapatttt..{:laugh
Quote naina 28-7-2021 11:52 AM
sukacactus replied at 30-4-2021 01:25 PM
Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun ...

Uihhh sakitnya tu disini
Quote naina 28-7-2021 11:53 AM
Orang perempuan ni kalau cakap tak izin merayu jangan nikah lagi maknanya hati dia sangatlah sakit weiii. Hancur berkecai. Tapi orang laki tak faham..ego. dia p.bunuh plak lepastu curi harta bini. Banyakk cantikkkkkkk
Quote sukacactus 28-7-2021 12:09 PM
naina replied at 28-7-2021 11:52 AM
Uihhh sakitnya tu disini

Aku yg menengok ni pun sakit ati
Dah cerai dah pun SIL aku yg penyabar tu setelah si polan no 2 buat mcm2 utk singkirkan dia huhu
Quote kikyou 28-7-2021 02:02 PM
sukacactus replied at 30-4-2021 09:25 AM
Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun ...

Tergamaknya hati dia
Quote naina 28-7-2021 02:02 PM
sukacactus replied at 28-7-2021 12:09 PM
Aku yg menengok ni pun sakit ati
Dah cerai dah pun SIL aku yg penyabar tu setelah si polan no 2 b ...


Memang patut let it go pon..sapa cakap kena redha tu susah weii. Hati sakit jiwa sengsara..baik cerai je. Esok perempuan bini kedua tu dapat nasib yg sama
Quote sukacactus 28-7-2021 02:28 PM
naina replied at 28-7-2021 02:02 PM
Memang patut let it go pon..sapa cakap kena redha tu susah weii. Hati sakit jiwa sengsara..baik  ...

Tak payah esok, tahun lepas dah terbongkar si polan tu pun dah dimadukan sebenarnya dgn another slut
Kami ketawa girang
Quote honeybee1802 28-7-2021 02:31 PM
sukacactus replied at 30-4-2021 01:25 PM
Ha tu la
Tp mcm abg aku, dia just inform “I dah nikah dgn si polan” kat SIL aku
Minta maaf pun ...

Umpamanya...ini la kenyataan..terima je la....
Quote sukacactus 28-7-2021 02:38 PM
honeybee1802 replied at 28-7-2021 02:31 PM
Umpamanya...ini la kenyataan..terima je la....

Yes! Abg aku ego melangit
This is me, take it or leave it
Quote imanjannah 28-7-2021 02:39 PM
setannya ko
Quote Tinot7 28-7-2021 02:53 PM
sukacactus replied at 28-7-2021 12:09 PM
Aku yg menengok ni pun sakit ati
Dah cerai dah pun SIL aku yg penyabar tu setelah si polan no 2 b ...

Jahatnya si polan
Quote sukacactus 28-7-2021 02:57 PM
Tinot7 replied at 28-7-2021 02:53 PM
Jahatnya si polan

Sebab terkenangkan jahat dia la, aku xboleh nak tunduk cium tgn even dia pangkat SIL aku skrg
Salam gitu2 je dah
Jgn sampai dikatanya aku x diajar adab oleh parents, ha gitu
Quote Tinot7 28-7-2021 03:43 PM
sukacactus replied at 28-7-2021 02:57 PM
Sebab terkenangkan jahat dia la, aku xboleh nak tunduk cium tgn even dia pangkat SIL aku skrg
Sal ...

Iols pun takde la salam cium tangan SIL iols. Sbb kami lebih kurang sama baya jahh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.102323 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top