CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Panjat Lagu Orang Je Dah Boleh Jadi Penyanyi, Awie Gesa Kawal Kewujudan Artis YouTube

30-4-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3638| Komen: 16

"Jangan mudah iktiraf kumpulan 'artis perompak' atau lebih tepatnya, 'artis YouTube' kerana mereka tidak melalui proses yang betul untuk menjadi penyanyi sebenar," kata penyanyi popular, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman.


Justeru, Awie memohon persatuan yang mengendalikan industri hiburan di negara ini bersikap lebih peka sebelum mengiktiraf kumpulan 'artis Youtube' yang diibaratkannya sebagai 'pengacau'  akan merosakkan industri seni tanah air jika tidak dikawal.


Kredit foto: Kosmo!

Menurutnya, dia sendiri pernah membicarakan mengenai apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi artis pada masa kini hanya dengan mengambil lagu orang lain dan kemudian nyanyikan di YouTube, mereka sudah boleh dianggap penyanyi?

"Kalaulah macam itu, habis kita yang susah tebas jalan, buat 10 lagu untuk satu album dan sanggup keluar berpuluh ribu ringgit, tiba-tiba mereka yang keluar satu single dan menyanyikan lagu penyanyi asal, contohnya lagu saya yang masih hidup lagi, apa yang kita rasa bila orang (pendengar) terus angkat dia?" ujarnya.


Tegas Awie, artis YouTube tidak melalui proses yang, jadi kewujudan mereka perlu dikawal daripada berleluasa.

"Dulu, kita sibuk sangat asyik nak perangi cetak rompak tapi sekarang, lepas mereka ini (artis YouTube) keluar, nampak 'follower' bagus, TV pun panggil dan akhirnya, mereka ini yang sebenarnya mencetak rompak hasil karya seni daripada kami (penyanyi asal).

"Jadi saya minta pada persatuan-persatuan hiburan tanah air yang aktif supaya ketatkan sedikit undang-undang macam mana cara mereka ini (artis YouTube) untuk duduk dalam industri, sekurang-kurangnya buatlah satu album dengan 10 lagu dahulu," katanya.


AWIE hadir pada sidang media di Melaka, baru-baru ini.
Kredit foto: Harian Metro

Tambah Awie, bila mereka sudah ada lagu sendiri, barulah boleh dipertimbangkan untuk mengiktiraf artis YouTube  sebagai artis atau penyanyi. 

"Janganlah 'panjat' (nyanyi) lagu orang itu, panjat lagu orang ini, lepas itu kau ubah sikit begitu dan begini.

"Saya tak nak benda macam ini yang akhirnya merosakkan industri kerana kita nak artis yang asli, yang betul-betul ada perjuangan, ada imej dan ada karakternya sendiri," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Brunes 30-4-2021 11:48 AM
Hmm backwardnya pemikiran dia ni, art creation is subjective. in this case, if you cant beat them then join them le.. atuk awie tidak akan dapat melawan arus cyber fame. kalau di lihat dengan kasar, lagi banyak pros dari cons nya kewujudan youtube yang cover2 ni.. tolong lah sebelum tok awie keluarkan statement begini selidik dulu ye? makasih.. ps : rezeki tu milik semua
Quote tagas 30-4-2021 03:50 PM
Org da guna laptop henfon bagai la tok sawi

mesin taip da bleh campak tepi
Quote slyfynx 30-4-2021 08:50 PM
Eh, retis kene diiktiraf eh?
Quote bedahmenjuyah 30-4-2021 09:25 PM
Kenapa tok bitter ni. Zaman berubah...
Quote user.name 30-4-2021 09:35 PM
dah tu yang nyanyi2 kat kelab segala tu pon memang karier dia penyanyi khens? memang keja nyanyi lagu orang jah sebab takde lagu sendiri? takde pon bising cetak rompak lah panjat2 lah bagai?
Quote user.name 30-4-2021 09:44 PM
kalo nak kena ada album sendiri lagu sendiri bagai nah si ina munger ni pon mampoo ado album sendiri lagu2 dia sendiri? tapi layak ke nak diiktiraf sebagai penyanyi pon?

[youtube]2SKiFlu2GdI[/youtube]
Quote Diamje 30-4-2021 11:02 PM
Begitulah putaran roda kehidupan tokwi.. zaman kita dulu2 sudah jauh ketinggalan..x kisahlah siapa yg tebang buat jalan ke hapa.. tokwi tgk tokti, tokti sentiasa mengupdate kan diri dgn peredaran dunia semasa walau kadang2 hasilnya agak hauk.. tokti byk bergaul dan belajar dan menimba pengalaman dgn retis BBNU..
Quote makadek 1-5-2021 04:54 PM
user.name replied at 30-4-2021 09:44 PM
kalo nak kena ada album sendiri lagu sendiri bagai nah si ina munger ni pon mampoo ado album sendiri ...

Desa bebenorrr.. Dulu dn kini media /company suka bik kesempatan ..teruk gila suara...
Quote belacan_gurl 1-5-2021 05:05 PM
Tapi sbb byk sgt penyanyi yg aku x kenal...maka dgn inni..aku bersetuju la dgn awie.... senang sgt jadi penyanyi la skrg...
Quote sleepandream 1-5-2021 05:21 PM
mana ada dah penyanyi buat album sekarang ni... ada pun boleh kira dengan jari... semua hanya mampu keluar single jah zaman streaming ni...

kalau dulu berperang dengan penyanyi segera realiti tv... sekarang berperang dengan penyanyi cover dekat youtube pulekk...
Quote kierakirana 1-5-2021 05:26 PM
eleh dengki letteww
Quote kucim 2-5-2021 01:18 AM
Zmn skrg banyak penyanyi mee segera mcm si lidah pelat tu...lagu setara tahik
Quote rainbowrainz 2-5-2021 05:31 AM
Quote doubleA 2-5-2021 06:17 AM
Internet tanpa sempadan memang mustahil nak kawal semua. In the end pendengar la yg kena pilih penyanyi mana deme nak dengar, dan siapa boleh menyanyi atau tak. Kalaupun suara sumbang mcm chipmunk kalau popular juga tu rezeki dia lah. Nak buat camana sawie dunia memang tak adil
Quote adeqbun 2-5-2021 12:17 PM
Zaman berubah..method pon berubah..
Quote ekod79 2-5-2021 12:23 PM
Dulu ada muzik mainstream dan indy disebabkan perbezaan cara mereka reach out the fans. Masuk era social media menjadikan ia game changer kepada industri. Open source and everyone can do self marketing.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.227994 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top