CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kuza Bengang Penerbit Tak Jujur, Rahsia Pelakon Kontak Rapat Pesakit Covid-19 Di Set Penggambaran

30-4-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3095| Komen: 3

Description: Pelakon Kuza bengang dengan tindakan sebuah produksi yang merahsiakan mengenai status jangkitan Covid-19 seorang pelakon dalam drama yang turut dibintangi olehnya, baru-baru ini.
Pelakon Kuza bengang dengan tindakan sebuah produksi yang merahsiakan mengenai status jangkitan Covid-19 seorang pelakon dalam drama yang turut dibintangi olehnya, baru-baru ini.


Lebih menambahkan kemarahan aktres berusia 48 tahun itu apabila mengetahui rakan pelakonnya dalam drama tersebut turut dijangkiti virus influenza.

Selepas mengetahui mengenai perkara itu, Kuza atau nama sebenar Tengku Sariza Tengku Muzani memberitahu dia dan semua pelakon terlibat segera melakukan ujian calitan bagi mengetahui status kesihatan mereka.

Kuza bagaimanapun bersyukur apabila kesemua mereka disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Foto: IG

"Apa pendapat korang bila dapat tahu salah seorang artis yang shooting telah disahkan positif Covid? Padahal artis tu dah beritahu pada pihak tertentu bahawanya dia sakit dah 10 hari dan ada contact rapat dengan pesakit Covid.


"Lepas tu tak beritahu pada kami artis semua. Bila kami artis ni dapat tahu saja salah sorang rakan artis, bukan (dijangkiti) Covid sahaja tapi influenza juga kau rasa? Boleh bayangkan tak perasaan kami masa tu

"Kami ada anak, ada keluarga! Apa lagi terus saja kami artis buat PCR test! Alhamdulillah, saya negatif," katanya.

Pelakon drama Rindu Yang Hilang ini menulis luahan hatinya menerusi laman Instagram pada Rabu.

Dalam pada itu, Kuza meminta pihak produksi bersikap jujur dan telus dalam menyampaikan maklumat jika ada antara mereka dijangkiti wabak berbahaya itu.



"Saya mangsa pada pihak yang tak bertanggungjawab. Tolong la pada-pada artis dan juga pihak penerbit kalau ada yang positif Covid tolong la beritahu.

"Jangan sorok benda-benda penyakit yang bahaya ni. Jangan selfish!" tegasnya.

Pada Ahad lalu, pelakon Aishah Azman turut meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penerbit sebuah drama yang mengambil ringan tentang jangkitan virus Covid-19.

Pelakon itu mendakwa penerbit tersebut telah memaksa seorang pelakon yang merupakan kontak rapat untuk hadir menjalani penggambaran drama berkenaan.


Sebelum ini, tiga pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina, Laila Nasir dan Farisha Irwayu disahkan positif Covid-19 ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri itu, baru-baru ini.

Selain pelakon, penolong pengarah drama berkenaan iaitu Nazlinda Yusof turut dijangkiti virus berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 30-4-2021 11:28 AM
Buat repot la biar production manager kena tindakan.
Quote anony-mous 30-4-2021 11:30 AM
Drama, sekolah, tmpt kerja, punya la byk kes. Yg disuruh tutup bazar, mjlis sosial
Quote tipah89 30-4-2021 12:45 PM
anony-mous replied at 30-4-2021 11:30 AM
Drama, sekolah, tmpt kerja, punya la byk kes. Yg disuruh tutup bazar, mjlis sosial

kannnnn... pastu menteri sendiri buat majlis xpatuh sop duduk pun dekat2. apooo

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049460 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top