CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Makan Je Lah Depan Saya, Tak Biadab Pun" - Izara Aishah

26-4-2021 02:35 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9921| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Makin kerap pula disebut-sebut mengenai makan di khalayak ramai ketika Ramadan bagi yang bukan muslim dan wanita yang datang bulan.

Lain orang, lain pemahamannya dan berbeza pandangan dalam hal ini hingga boleh mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.



Kredit foto: IG

Bagi Izara Aishah pula, dia lebih bersikap terbuka dan tidak kisah sekiranya orang yang tidak berpuasa mahu makan dihadapannya. Ia bukan satu tindakan biadab, baginya.


Kredit foto: Twitter

Menerusi ciapannya di Twitter, Izara berkata bahawa Islam merupakan agama yang sangat mudah dan merangkumi segala hal.


Katanya, mereka yang menganggap perbuatan tersebut sebagai biadap hanya budaya diamalkan segelintir pihak.


Kredit foto: Twitter

Ciapannya itu mencetuskan peredebatan di kalangan pelayar Twitter. Bagaimana pula pandangan anda? - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 26-4-2021 02:49 PM
"tak vole makan sini"-bangla kedai mamak.
Quote helicornia 26-4-2021 02:53 PM
haih tak faham tapi nak komen gak si izara ni
mmg la islam mudah, tak halang pun kalau nak makan kalau mmg tak bole puasa
tapi ada adabnya
kalau ko rasa tu bukan biadap  bukan masalah kami
aku pun tak heran kalau orang makan depan aku, tapi makan di tempat tertutup la, cth kat dapur dalam rumah. bukan di restoran
Quote esbok 26-4-2021 02:58 PM
Kawan2 non muslim aku, diaorang segan makan depan aku. Walau aku kata takde masalah. Budaya hormat menghormati. Dari kecik lagi aku rasa dah mcm ni, menghormati 'budaya' dan agama.

Ibarat aku tak kan makan lauk daging lembu bila bersama kawan yang beragama hindu.

Budaya ini cantik. Jangan hilangkan. Takde kat negara lain.
Quote Skuau 26-4-2021 03:00 PM
helicornia replied at 26-4-2021 02:53 PM
haih tak faham tapi nak komen gak si izara ni
mmg la islam mudah, tak halang pun kalau nak makan ka ...


situasi kat kedai mamak...tuk non muslim makan depan muslim(tauke & pekerja)....camner pulok?
Quote helicornia 26-4-2021 03:01 PM
Skuau replied at 26-4-2021 03:00 PM
situasi kat kedai mamak...tuk non muslim makan depan muslim(tauke & pekerja)....camner pulok?{:1 ...

i sentuh yang tak bole puasa sis
maknanya yg muslim
yang memang tak puasa i tak sentuh
ikut dorang la
Quote ellejo 26-4-2021 03:29 PM
adab berpuasa itu jatuh pada org yg berpuasa. pada yg tidak berpuasa, jatuh dosa kalau niat makan itu untuk mempengaruh org yg sdg berpuasa utk turut makan bersamanya atau utk mengherdik org berpuasa. kalo ko mmg nak isi perut tak mengapa.

jgn amalkan sikap cemburu yg tak elok dalam beribadah. cemburuilah dan dengkilah pada org yg sama berpuasa tapi mampu pulun ibadah yg lain.

ni sibok dictate dan dengki pada mereka yg tak boleh/tak mampu berpuasa.

-mode setajah, janji tak raba pad anak orang tau-
Quote LadyCarefree 26-4-2021 03:53 PM
ellejo: adab berpuasa itu jatuh pada org yg berpuasa. pada yg tidak berpuasa, jatuh dosa kalau niat makan itu untuk mempengaruh org yg sdg berpuasa utk turut  ...


iols setuju. I paham apa ijarah maksudkan.
Quote umbut 26-4-2021 03:59 PM
Mengadanya.... Ko puasa apasal org lain x leh makan pulak... Dah besar tua bangka pun xkan tak leh tahan... Yg Ko puasa sunat tu camna.. Makan jelah... Makan depan2 sembunyi pun x kisah pd aku.. Stop lah ckp xhormat bagai.. Eewww..
Quote Redmyvi 26-4-2021 04:06 PM
Aku phm jer apa yg izara cuba nk smpaikan.. and dan tak salah pun..
Quote winky1 26-4-2021 04:23 PM
Yes I pun tak kisah non Muslims n yg uzur provided mrk tiada niat dan sikap menunjuk atau sajala nak layok org kate.. Sometimes I sat at the table during lunch with colleagues or during their break sebab nak catch up with work. Sebab kita puasa kerana Allah.... So not a big issue...
Quote ussopp 26-4-2021 04:34 PM
boleh saya tanya, tidak makan depan org ni suruhan  dalam islam atau sekadar ihsan adab ja...
Quote shiraloveyou 26-4-2021 04:43 PM
Teringat iols pnya boss dgn colleague nk gogok air pn nyorok2, gogok air tertunduk2 dibalik pc...kdg2 mntak izin..iols kata minum la mcm biasa..mcm la iols nk mntak sikit
Quote bakingsoda 26-4-2021 04:56 PM
non muslim takde masalah pon nak buat ape, yg muslim tu cover2 la sikit masa makan menunjukkan awak hormat org yg puasa bukan soal tergugat iman ke tak. ada je yg bangga tunjuk makan semata nak annoy orang lain.
Quote Gingerly 26-4-2021 05:05 PM
Umpama ujian di sekeliling 360. Salahkan ujian dan provokasi. sendiri yg kalah. And then petik lah istilah adab hukum agama untuk justifikasi ;menutup kekurangan dgn landasan alasan dan bukti supaya boleh berdelusi diri lebih suci dan benar.
Gini, biar seribu tahun puasa, takkan tertanggal tahi dosa yg melekap.

Ride or die
Quote aechae 26-4-2021 05:07 PM
Iols x puasa, iols mkn lunch kt pantry..nasib lh sape yg msuk bkn slh aku..dh mmg pntry tu tmpt mkn...kesah lh ktorg kt rumah dr zmn skolah ld mak iols mmg tggalkn mknan sahur tu bwh tudung saji utk org xpuasa bfast... dh xleh puasa nk ikat perut buat apa mkn jelah mcm normal gtuu
Quote depresio 26-4-2021 08:21 PM
Apelah masalah korg ni
Kalau yg bukan islam boleh hormati kita bagusla
Tapi kalau dia nak makan depan kita bukan salah jugak
Lainlah kalau sj mai ejek2 depan org islam tunjuk2 makan sambil ejek kita puasa

Apalahmasalah korg ni semua benda nak gaduh
Quote SpyLeman 26-4-2021 08:33 PM
Aku ramai kwn2 non muslim. Diorang segan nak mkn depan kita yg puasa. Siap ckp sorry. Dan bg yg muslim yg uzur kalau nak mkn pun kenala beradab jugak. Bkn x blh mkn cuma jgn sampai nak show off.
Bila Izara petik " islam itu mudah" tu aku x pelik. Sbb tu dia blh pakai baju bukak show off tets dia in public. Sbb apa? Sbb ISLAM ITU MUDAH
Quote lilcountess 26-4-2021 08:40 PM
copy dari jawapan mufti wilayah thn 2016. bhgn penutup

Akhir kalam, kami berpendapat bahawa hukum seseorang yang ada keuzuran untuk tidak berpuasa makan di siang hari bulan Ramadhan adalah HARUS. Adalah lebih afdhal ianya dilakukan di tempat yang sunyi dari penglihatan orang ramai bagi menjaga dan memelihara diri kita dari fitnah serta menyelamatkan orang ramai dari sangkaan buruk lalu mereka mendapat dosa. Semoga pencerahan ini dapat difahami dengan sebaiknya. Kami berdoa kepada Allah S.W.T agar menerima segala ibadah kita di bulan Ramadhan ini, seterusnya menjadikan kita tergolong dalam kalangan mereka yang bertakwa. Ameen.
Quote cmf_jeangrey 26-4-2021 08:56 PM
I paham je maksud dia ni...dan kalau kwn2 dia baca post ni pun diorg xkan ambik kesempatan sbb nak  jaga hubungan, being understanding etc...takkanla izara ckp camtu kwn2 dia terus tapau nasik mamak melantak depan muka dia kan...makan depan dia only is not considered public or org ramai ya so wont mengundang fitnah whatsoever...no problem with her statement...after all she knows her friends well

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.089916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top