CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Singapura Dilanggar Todak

14-11-2013 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23759| Komen: 14



Mengikut cerita orang Melayu Singapura. Pada suatu hari terdapat seorang pedagang dan Ulama dari negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib telah datang ke Singapura untuk membuka lembaran kehidupan baru disamping berdagang. Ketika di Singapura beliau sangat disegani oleh rakyat Singapura kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di samping melakukan kerja-kerja amal dan membantu penduduk-penduduk tempatan.

Pada suatu hari Tun Jana Khatib telah berlalu disebelah Istana Raja Singapura. Permaisuri baginda sedang melihat Tun Jana Khatib yang sedang berdiri di sebatang Pokok Pinang. Lantas Permaisuri Raja melihat keadaan Tun Jana Khatib yang sedang merenung mata kearah pokok pinang, lalu dilihatnya Tun Jana Khatib menghampiri dan menyentuh batang pokok pinang tersebut.



Tiba-tiba, pokok pinang terbelah dua lalu tersungkur ke tanah. Permaisuri raja berasa amat terkejut melihat keajaiban yang berlaku pada pokok pinang itu. Kemudian Tun Jana Khatib pun beredar. Tidak lama kemudian, Raja Singapura telah terkejut melihat keadaan batang pokok pinang yang terbelah dua, lalu baginda bertanya kepada permaisurinya bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Setelah mendapat khabar bahawa kejadian itu adalah perbuatan seorang dari Pasai. Maka baginda sangat murka dan memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dihukum bunuh di Hujung Pasar (sekarang Kampung Gelam).

Apabila pihak istana dapat menangkap Tun Jana Khatib maka beliau telah bersumpah: "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!" Sepantas kilat petanda terus menikam sebilah keris ke arah Tun Jana Khatib, akhirnya beliau tersungkur lalu rebah ke bumi.


Petikan dari filem klasik.

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Mengikut lagenda, jenazah beliau tiba-tiba ghaib tetapi darahnya masih ada, ramai orang bingung dan hairan akan kejadian tersebut.

Beberapa minit kemudian ribut petir telah menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat. Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula. Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi pula mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai. Penduduk disana telah mendakwa jenazah itu adalah Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.




Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.



Pada suatu pagi di Singapura, nelayan mula pergi ke pantai untuk menangkap ikan tetapi orang di situ mula bergegas lari ke tengah daratan. Beberapa ekor ikan todak telah mula menyerang Singapura. Ramai orang di situ mula melarikan diri. Tetapi ada juga orang yang tersungkur kerana ditikam ikan todak. Seorang demi seorang tersungkur dan ikan todak yang banyaknya terus menyerang sana sini. Peristiwa itu turut memeranjatkan Raja Singapura kerana ramai bilangan rakyat di situ telah terkorban. Lantas, Raja Singapura segera mengarahkan pengawalnya menyediakan seekor gajah tunggangan raja dan terus ke tempat kejadian.

Di kawasan pantai yang penuh dengan mayat bergelimpangan terdampar, baginda telah mula berasa amat tertekan. Maka Raja Singapura mengarahkan orang yang ada disitu untuk terus ke tepi pantai berbaris, lalu dijadikan betis masing-masing sebagai pedinding dari serangan ikan todak. Namun usahanya gagal. Seorang demi-seorang daripada mereka mati ditikam oleh ikan todak. Semua orang berada dalam ketakutan dan mereka menyangka tiada harapan lagi untuk bertahan. Keadaan ini membuatkan Raja Singapura bertambah murka dan seraya mendakwa sesiapa yang lari akan dikira sebagai penderhaka kepada raja yang akan ditimpa tulah.



Maka ada seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun yang bijaksana bernama Hang Nadim. Beliau terus pergi untuk menghadap raja yang berdiri di situ. Raja Singapura terus mengemukakan cadangan lain kepada Hang Nadim. Maka ada cadangan yang baik dari Hang Nadim bahawa elok jika dibariskan batang pisang untuk dijadikan kubu pertahanan. Akhirnya baginda bersetuju dengan cadangan Hang Nadim itu, lalu mengarahkan orang yang ada di situ untuk terus meninggalkan pantai untuk mencari batang pisang bagi dijadikan kubu. Orang yang ada di situ terus gembira apabila titah baginda disambut dengan penuh sorakan dan mula meninggalkan pantai. Mereka terus ke kebun pisang untuk mencari batang pisang lalu dibawa ke pantai. Beberapa jam kemudian batang-batang pisang yang ada di situ terus dijadikan kubu. Kubu akhirnya siap dalam masa yang terdekat.



Tidak lama kemudian kebanyakan ikan todak telah menyerang semula dan akhirnya ikan todak telah tersangkut pada batang pisang. Rakyat Singapura yang melihat kejadian itu disambut dengan penuh kegembiraan dan sorakan penuh. Apabila ikan todak berhenti menyerang orang ramai yang ada di situ mula ke pantai lalu membersihkan ikan todak itu. Singapura akhirnya bebas dari serangan ikan todak. Baginda telah memuji kejayaan Hang Nadim menumpaskan ikan todak lalu baginda menjemput Hang Nadim ke istana untuk menerima anugerah daripadanya.
Sementara itu di istana, kebanyakkan pembesar berasa iri hati dan mula berasa benci dengan kebijaksanaan dan populariti Hang Nadim kerana pada pengamatan mereka, apabila Hang Nadim sudah dewasa nanti, beliau mungkin akan diangkat tinggi dan kebarangkalian Hang Nadim akan merampas kuasa baginda raja dan memerintah Singapura pada suatu hari nanti.

Para pembesar yang iri hati telah berjaya menghasut Raja Singapura dengan berita fitnah tersebut. Raja Singapura yang mudah percaya akan dakwaan tersebut telah mengarahkan pembesar supaya membatalkan istiadat penganugerahan dan diganti dengan perlaksanaan hukuman bunuh. Dengan mengucap salam ke atas ibunya, Hang Nadim mula pergi ke istana untuk menghadiri istiadat penganugerahan, tetapi sejurus sampainya ke istana, beliau mula merasakan ada yang tidak kena apabila pengawal istana terus menangkap Hang Nadim. Keadaan menjadi tegang apabila beliau bukannya ke balai penghadapan tetapi diseret ke tengah halaman. Tanpa berlengah masa lagi baginda mengarahkan petanda supaya melaksanakan hukuman bunuh ke atas budak itu. Hang Nadim mula menjerit kesakitan apabila ditikam oleh sebilah keris lalu mati. Namun terdapat dakwaan bahawa Hang nadim tidak dibunuh secara tikaman, tetapi dicampakkan ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.



6

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yustan 1-11-2013 11:21 AM
hang nadim umur 7 taun ka 10 taun??? ?????
Quote siape_aku 1-11-2013 04:33 PM
raja yang paling bodoh dalam sejarah....aku menangis tgk cerita ni....dan aku tak sanggup nak tgk lagi.... teringat dialog abg kus "parang2 di Singapura, tajam2 matanye..." mase die bengang awek yg die suke kena ngorat dgn org Pasai...
Quote jkkkj 1-11-2013 10:24 PM
Dalam filem SINGAPURA DILANGGAR TODAK tu,yang jadi Raja Singapura tu adalah Shariff Dol...hehehe.
Quote bluezink 2-11-2013 03:32 PM


NeddleFishy tales  : citer todak tu adala  simbolik disebalik cerita...citer2 dulukan byk yg tak berlandaskan pd logik akal tp lbh kpd nak memberi pengajaran  ,raja temasik ialah ialah gabenor siam. kerana temasik dibawah pemerintahan siam pada ketika itu. Pada ketika itu, Parameswara pun belum datang lagi...
kerajaan temasik tu telah dikhianati oleh seorang menterinya berna Sang rajuna Tapa kerana anak perempuannya bernama Dang Anum telah mati dibunuh oleh Raja temasik kerana difitnah oleh gundik-gundik lain. Dimaklumkan Dang Anum telah dijadikan Gundik secara paksarela oleh Raja Temasik. Dahlah anak orang itu diminta menjadi gundik, dibunuh pula tanpa diadili pula. Diceritakan Sang rajuna Tapa telah berkomplot dgn tentera jawa yang menyusup masuk ke temasik tersebut dgn membuka pintu kota. dgn ini alahlah temasik kepada jawa. tapi raja temasik tu sempat melarikan diri dan kononnya telah menyumpah rajuna tapa dan isteri beliau menjadi batu... diberitakan batu tu masih ada di singapura
Singapura dilanggar todak
Singapura= tanah melayu, todak= tentera siam sbb topi askar siam muncung tajam. Betis sebagai benteng= berperang menggunakan kudrat askar melayu, batang pisang sebagi benteng= gunakan anak gadis sebagai habuan.
Begini la ceritanya, zaman dahulu tanah melayu diserang oleh tentera siam, kemudian raja memerintahkan askar melayu berperang melawan askar siam. Akibatnya ramai askar melayu yg mati dan cedera, setelah itu ada seorang pembesar ni mencadangkan raja menggunakan anak gadis sebagai balasan kepada siam utk elakkan serangan sebagai pemuas nafsu. Maka, disebabkan idea tersebut, maka pembesar tersebut di hukum bunuh dikhuatiri sanggup gadai maruah bangsa untuk mencapai tujuan dan terlalu licik.


btw...cerita ikan todak suda ada dlm bod LMS,kalu gunakan button search dgn betol..temikasih
Quote mitnick 2-11-2013 06:15 PM
dlu2 terpikir gak, ikan todak nie boleh ke hidup kat darat? gigih nak tanam batang pisang buat benteng
Quote pelukis.plan 4-11-2013 09:10 AM
todak tu besar mana?
lagi satu apa bangang sangat dah tau todak nak terbang keluar buat la jaring
dapat makan todak free

༼ つ ◕_◕ ༽つ GIVE DIRETIDE !
Quote siti_kus 4-11-2013 11:59 AM
pelukis.plan posted on 4-11-2013 09:10 AM
todak tu besar mana?
lagi satu apa bangang sangat dah tau todak nak terbang keluar buat la jaring
...

lol.. goreng pon sodap.
Quote jkkkj 4-11-2013 04:19 PM
siti_kus posted on 4-11-2013 11:59 AM
lol.. goreng pon sodap.

Buat kari pun ok kot...hehehe.

Quote sahamboi 4-11-2013 09:40 PM
Orang melayu dari dulu memang terkenal dengan kebodohan dan sikap suka memfitnah orang. Sehingga kini masih belum dapat dikikis dari sikap orang melayu
Quote edee_91 5-11-2013 12:50 PM
apa todak ni boleh melayang jauh ke? kalau time serangan tu semua beredar dari lembah pantai je takkan tak boleh kot?
Quote salimrock 6-11-2013 11:29 PM
bluezink posted on 2-11-2013 03:32 PM
NeddleFishy tales  : citer todak tu adala  simbolik disebalik cerita...citer2 dulukan byk yg tak ...

yg ni wa rasa lebih logik...

wa rasa cerita singapura dilanggar todak tu mcm tak logik je..mcm bodoh bangant raja masa tu
Quote starbee 3-12-2013 10:33 AM
terfikir gak pasal ape todak nak attack orang kat pantai... mati kang... rase simbolik je citer tu... ala dlm cite semua raja bijak pandai kan...
Quote KimoraHakim 10-12-2013 11:55 PM
i ols rasa versi cerita bluezink tu ada logiknya...maklumlah orang melayu ni bahasanya berkias kias dan bukan lah jenis straight fwd...mungkin disebabkan itu lah wujudnya cerita singapura di langgar todak..padahal, cerita betulnya di serang siam...mungkin kah? wallauhalam...
Quote puteribaya 14-5-2019 04:49 PM
sedih tambahan yg jadi hang Nadim tu si Belalang bat latif..muka dia muka kesian..teringat dialog dia bila sultan tanya dalam filem Nujum P Belalang.."jin lapar tuanku"

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.054727 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top