CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kurang Ajar! Ashraf Muslim Bengang Isu Iklan Judi

17-4-2021 10:56 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 2505| Komen: 3|Original author: Oleh: rikuren

Kredit Foto - Facebook Ashraff Muslim


Kurang ajar siapa yang terlibat dalam pembikinan video judi ini. Mana iman dan akidah?

Dalam hantarannya di Facebook, pelakon dan pengacara Ashraf Muslim, 40, meluahkan rasa kesal dan marahnya terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melancarkan video iklan lagu raya yang mempromosikan judi pada bulan mulia.

Justeru, dia memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap seluruh kru produksi yang terlibat dalam proses pembikinan video berkenaan yang tular sejak semalam.


Dia juga menyifatkan video tersebut melampau kerana mengajak umat Islam melakukan perkara haram pada bulan Ramadan. 

Malah, dia turut mempersoalkan mengapa beberapa individu yang terlibat tergamak berlakon dalam iklan tersebut.


Kredit Foto - Facebook Ashraff Muslim

"Aku tak tahulah yang berlakon dalam video ini sedar atau tidak apa yang dinyanyikan.

Memang tak fikir panjang bila buat semua ini,  berani pula nak promosi perkara begini. Kalaulah kamu semua orang Islam, menjawablah dengan Allah SWT," ujarnya memetik laporan K! ONLINE.

Terdahulu, tular video iklan mengisahkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang kemudiannya bertukar menjadi promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang segera agar perayaan dapat disambut dengan lebih meriah.

Vido itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 17-4-2021 01:08 PM
Tepuk dahi bc komen kata judi tak menyusahkan.
Quote unguaurora 17-4-2021 02:49 PM
Lelaki2 melayu x heran pasal iklan judi ni. Sbb ramai je yg suka berjudi kan? On9 judi atau beli nmbr ekor. Kat tmpt iols ni je brp byk kedai yg bertopengkan kedai runcit yg jual nmbr atau jual topup judi on9. Yg beli org Melayu la. Sbb tu tauke judi berani buat iklan utk org2 Melayu islam.
Quote sfrnna 17-4-2021 03:00 PM
Sendunya benang ni. Apa la serap ni. Marah2 sangat tp tetapla share video itew

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.039055 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top