CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Trending #KerajaanGagal, Manifestasi Kekecewaan Rakyat?

17-4-2021 11:04 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 6379| Komen: 41|Original author: Oleh: rikuren


Sebaik mengambil alih pentadbiran daripada tangan Pakatan Harapan (PH), pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak lari daripada dilingkari kontroversi, 

Pengguna Twitter termasuk individu berpengaruh dalam politik sepakat mewujudkan tanda pagar #KerajaanGagal gara-gara kecewa akan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan tidak cekap mengendali isu seperti Covid-19 dan ekonomi negara.


Kredit foto - Melakahariini.my

Tanda pagar itu menjadi trending bermula awal pagi semalam dan sehingga kini sejumlah 150,000 ciapan telah menggunakan tanda pagar itu.


Kredit foto: Twitter

Menurut MalaysiaKini, ia muncul ketika kerajaan dilihat gagal menangani penularan Covid-19 dengan kes harian kekal empat digit sejak bermulanya gelombang ketiga September tahun lalu yang mana ia juga dikaitkan dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah sebelum ini.

Malah, tanda pagar #KerajaanGagal digunakan dalam ciapan pengguna Twitter sebagai sindiran kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas dia menyatakan bahawa kerajaan kini kekurangan wang kerana telah berbelanja lebih RM600 juta menerusi Belanjawan 2021.


Kredit foto: Twitter

Selain itu, penggunaan tanda pagar #KerajaanGagal turut merujuk pada isu peningkatan harga barang, gaji rendah, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikatakan bersifat dua darjat, selain proses vaksinasi yang didakwa agak perlahan.

Bukan sekadar jadual suntikan disusun secara agak kelam kabut, pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 juga disifatkan gagal memberi keutamaan kepada golongan yang lebih berisiko.


Kredit foto - Astro Awani

Malah peningkatan kes Covid-19 walaupun darurat telah dilaksanakan dilihat turut membangkitkan amarah rakyat kerana ia membawa halangan kepada masyarakat untuk pulang ke kampung, menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Bagai menuang minyak tanah dalam api, pelantikan timbalan menteri pelancongan dan seni budaya hari ini turut menambah kemarahan orang ramai.

Benarkah pentadbiran negara dikepalai #KerajaanGagal seperti didakwa atau rakyat yang sebenarnya terlalu beremosi dek berdepan situasi ekonomi membimbangkan tatkala krisis pandemik Covid-19? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 17-4-2021 11:31 AM
Paling mengecewakan lantikan menteri2 yg tak de function.. mengabiskan duit je.
Quote notM 17-4-2021 11:33 AM
GAGAL TOTAL!
Quote syaz_lina 17-4-2021 11:33 AM
Hmmm ada depa kesah korang trending retweet 100 juta kali pun, gaji jln ma
Quote tripleid 17-4-2021 11:58 AM
Edited by tripleid at 19-4-2021 06:39 PM

[fbp]https://m.facebook.com/photo.php?fbid=1891549181023590&id=199843990194126&set=a.199846193527239&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote annehuda 17-4-2021 12:00 PM
Kalau dak2 twidder ni sama taraf ngan dak tiktok je. Tapi dak twidder lg teruk la sbb acah acah woke gitu
Quote orion_pax 17-4-2021 12:18 PM
Kerajaan PN tak gagal..mengarut sapa yang cakap semua ini..lagipon kerajaan melayu islam tuu..kesadib dah setel,tabung haji dah setel, RUU 355 dah setel, ekonomi makin baik..masalah berkaitan bekalan air di kelantan dah selesai..paling penting, dapat jatuhkan kerajaan DAP. Itu fokus yang paling utama
Quote axl_bach 17-4-2021 12:34 PM
annehuda replied at 17-4-2021 12:00 PM
Kalau dak2 twidder ni sama taraf ngan dak tiktok je. Tapi dak twidder lg teruk la sbb acah acah woke ...

Ok lah tu, at least dorg xder pemahaman yg undi parti lain dlm election dikira jatuhkan kerajaan....

Dorg faham konsep terbubarnya parlimen bermakna tiada lagi istilah "kerajaan" jadi dah x wujud istilah "jatuhkan kerajaan"
Quote Adrif 17-4-2021 08:49 PM
bukan cerita baru.. tiap-tiap tahun tepuk dahi jugak tengok perangai menteri.
tukar la berpuluh kali pun, balik-balik set muka sama,

lepas tu kontroversi, lepas tu kantoi skandal, lepas tu kantoi rasuah, lepas tu buat benda bodo, cakap benda bodo, tapi elok ja tebal muka still jadi menteri.

rakyat tunggang-langgang. stail sekarang, selagi tak viral, selagi tu tak jalan.
yang kelakarnya, bila orang-orang ada Phd., Dr., Professor, pakar-pakar dalam bidang masing-masing complain, bagi nasihat, menteri tak nak dengar. "Eh, berhentila merungut. Bersyukur la banyak-banyak Malaysia ni ada itu ini."

ptuii
Quote tobobon 17-4-2021 10:38 PM
lain kali undilah org yg betul..bukan undi yg muka sama jer..alasan undi sebab depa bagi duit.... pasti bila yg menang dilantik jadi menteri...uols juga yg bising depa x buat kerja
Quote Nes3in1 17-4-2021 10:40 PM
Mmg fail dari segi ekonomi dan penguatkuasaan sop covid. Tapi dari segi bantuan isinar dan cik mora tu iols puji. Banding dgn PHaprak lagi busuk.
Quote orkid_amani 18-4-2021 07:04 AM
Totally failed bila dah inject vaksin covid bukan pa..hat 40 org frontliner yg kena covid tu KKM kata simptom jangkitan ringan{:laugh{:laugh
Dah tu kawan aii kat fb yg pto gov kata DG asik dok provoke maheran dgn kluster & jumlah +ve setiap hari. 1st year yes semua follow SOP..tapi lepas semua sektor economy lifted..rakyat dah bebas bergerak tiba2 umum balik pkp pkpb pkpp apooo..sini dah nampak SOP double standard & makin mengarut. Negara luar dah boleh horey2 enjoy Malaysia makin teruk les covid-19. Biaq ja la maheran bebas bergerak macam biasa..just simple as kalau tak kena saman.. kena covid.
Quote Ciktiekus 18-4-2021 09:35 AM
Kalau tgk citer 18 puasa kat astro 1st ade scene man rajalawak (pembantu setan kot watak die dlm tu) dlm neraka..die bg report kat bos die (namron) yg ahli politik ramai beratur kat pintu neraka haritu tu..
Quote bobo_beck 19-4-2021 09:42 AM
pada aku kerajaan n pembangkang sama2 GAGAL... dua kali 5... dr PRU sampai nak PRU balik xabis nk rebut kuasa.. MENIPU RAKYAT, MENIPU PENYOKONG.. xtau la nak undi siapa.. semua sama...
Quote spankee_fili 19-4-2021 09:54 AM
tobobon replied at 17-4-2021 10:38 PM
lain kali undilah org yg betul..bukan undi yg muka sama jer..alasan undi sebab depa bagi duit.... pa ...

Nak undi sapa lagi? Dah tukar kerajaan pun muka yg sama je naik, bodo tak bersempadan jua kelayakan mereka
Tup2 tukar lagi kerajaan, muka yg samaaaa jugak pegang
Dah memang pesen tu je yg ada dalam politik

Nak undi sapa lagi????
Quote lipans 19-4-2021 09:57 AM
Calon hilang deposit pun boleh dilantik jadi timbalan menteri. Bayangkan gagal tak gagal kerajaan ni. Macam takde MP yang layak.
Quote dess402 19-4-2021 10:02 AM
bobo_beck replied at 19-4-2021 09:42 AM
pada aku kerajaan n pembangkang sama2 GAGAL... dua kali 5... dr PRU sampai nak PRU balik xabis nk re ...

Kalau dsai macamana ??
Quote axl_bach 19-4-2021 10:11 AM
Ciktiekus replied at 18-4-2021 09:35 AM
Kalau tgk citer 18 puasa kat astro 1st ade scene man rajalawak (pembantu setan kot watak die dlm tu) ...

Wah, dh bleh lakonkan scene neraka eh dlm filem......
Quote axl_bach 19-4-2021 11:03 AM
dess402 replied at 19-4-2021 10:02 AM
Kalau dsai macamana ??

Nk bagi kat si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu? Baik bagi kat Abah Mahiaddin, kurang2 Abah Mahiaddin tu prihatin lg berpenjana....

dari si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata....dia tu harap haranjadah ja, haram x guna seduit
Quote dess402 19-4-2021 11:15 AM
axl_bach replied at 19-4-2021 11:03 AM
Nk bagi kat si haramjadah Bangnon haramjadah ka apa depa kata tu? Baik bagi kat Abah Mahiaddin, ku ...

hehehe ..  setakat mana abah cow ijau boleh nak memperjana. ??  Setakat hulur duit sampai bila boleh ??  Soal2 ekonomi , soal kekorupan polis dan segala masalah termasuk hal menteri takkan boleh tiup dengan baca doa aje. ??

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069139 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top