CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Syahrini Berpuasa Di Jepun, Niat Khatam Al-Quran Dalam 2 Minggu

16-4-2021 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3857| Komen: 9

Penyanyi Syahrini memberitahu dia menjalani ibadah puasa tahun ini di kampung halaman suaminya di Tokyo, Jepun.

Menurut laporan Okezone, Syahrini berkata dia dan suami iaitu Reino Barack turut memasang niat untuk khatam bacaan Al-Quran dalam tempoh dua minggu Ramadan ini.


"Hari kedua di bulan puasa ini... cita-citanya mahu khatam Al-Quran dalam dua minggu ini.

"Hari Pertama memang bersemangat sekali baca Al-Quran bersama RB (singkatan nama suaminya).

"Semoga hari seterusnya lebih fokus dan kusyuk lagi membaca Al-Quran dan mengurangi aktiviti duniawi buat sementara waktu," katanya menerusi laman Instagram.


Foto: IG

Sementara itu, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui suaminya bersemangat menyahut cabaran itu.

Dalam masa sama, mereka berdua menyambut kedatangan Ramadan dengan hati terbuka meskipun berjauhan dengan keluarga tercinta di Indonesia.

Pasangan ini terbang ke Jepun pada Disember tahun lalu bagi menziarahi keluarga.

Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino Barack di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari 2019. -CARI

Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 16-4-2021 01:55 PM
Cantik juga Syahrini ni
Quote Beribear 16-4-2021 02:10 PM
Semoga di permudahkan puasa buat incess & family.. Iolss teringin nak tengok both of them timang cahaya mata
Quote nazzse 16-4-2021 02:55 PM
Dagu dia asli panjang mcm tu ke? Atau dah under procedure
Quote giyomi 16-4-2021 07:09 PM
OHHH yeker...who r yusss , btw
Quote helicornia 16-4-2021 08:29 PM
bole je khatam dlm 2 minggu.sehari baca 2 juzuk.aku setakat ari ni dh juzuk 7. harap2 tkde bendera merah dlm masa terdekat
Quote helicornia 16-4-2021 08:31 PM
Beribear: Semoga di permudahkan puasa buat incess & family.. Iolss teringin nak tengok both of them timang cahaya mata

yes. syahrini skrg di jepun sdg melawat keluarga husben dan katanya sedang jalani proses kehamilan.i tengok gambar dia dok honeymoon sana sini di jepun.harap ada khabar gembira utk mereka. iols suka syahrini ni wpun kaya gile tp ttp ingat solat sume.laki dia wpun kaya gile jugak tp sempoi je
Quote haifawehbe 16-4-2021 10:18 PM
suka syahrini ni lawa kaya untung dpt suami pun kaya.. x sombong & peramah dgn peminat..
Quote hassnah 16-4-2021 11:39 PM
teringin incess timang cahaya mata
Quote tuttt 16-4-2021 11:44 PM
Suka tgk tok laki dia ni hensem. Dia pun pandai bawak diri dgn family tok laki dia

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.031812 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top