CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 74 Tahun, Tiada Istilah Bersara Buat Jeffrydin

16-4-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2236| Komen: 1

Description: "Saya tak pernah bersara," kata penyanyi legenda, Datuk Jeffrydin, 74, ketika ditanya mengenai kerjaya nyanyiannya sejak 1960-an hingga ke hari ini.
"Saya tak pernah bersara," kata penyanyi legenda, Datuk Jeffrydin, 74, ketika ditanya mengenai kerjaya nyanyiannya sejak 1960-an hingga ke hari ini.

Jeffrydin atau nama sebenarnya Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman berkata, dia juga merancang untuk menghasilkan single baru tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan Covid-19.

Walaupun sudah berusia 74 tahun, kesihatan penyanyi pop yeh yeh ini masih dalam keadaan baik menerusi beberapa amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan.


Foto: Harian Metro

"Kalau dulu, balik lewat macam mana sekali pun saya akan bangun awal pagi. Selepas Subuh, saya akan bersenam dan banyakkan minum air putih.

"Selain air putih, saya minum juga kopi dan teh herba serta makanan yang isteri sediakan. Saya tak ambil minuman sejuk dan berais. Selain itu, saya juga kurangkan pengambilan makanan seperti mi kuning dan daging merah," katanya.

Jeffrydin antara penyanyi pop yeh yeh paling dikenali di Malaysia dan Singapura dengan lagu popular seperti Kenanganku dan Mas Mona. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.041426 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top