CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Paksa Bangun 5.30 Pagi- Hantar Gambar Bogel Untuk Nilai Hasil Senaman Dan Bentuk Badan

12-4-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5090| Komen: 21

Diarah melakukan rutin harian pelik demi membuktikan cintanya pada kekasih.

Itu seksaan emosi dialami seorang gadis yang dipaksa bangun seawal jam 5.30 pagi setiap hari untuk melakukan senaman bagi menjaga bentuk tubuh.


Malah, mangsa turut dipaksa menghantar gambar bogelnya kepada kekasih dengan alasan mahu menilai hasil senaman dan bentuk badan diinginkan.

Foto: Harian Metro

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mei, 24, berkata, dia mula mengenai lelaki berusia 31 tahun itu pada Mei tahun lalu selepas masing-masing mempunyai minat dalam aktiviti sukan elektronik (e-sukan).

Menurutnya, kekasihnya itu bijak memanipulasi keadaan dan memujuknya dengan pelbagai helah bagi mendapatkan wang.


"Saya tidak sedar dia adalah kasanova 'pisau cukur.' Saya dipujuk supaya membuat pinjaman wang dari ceti haram atau along bermula Januari lalu.

"Saya diarah meminjam wang RM3,000 dari along sebelum semua wang itu diserahkan kepadanya. Saya kemudian diminta membayar hutang along itu," katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA.

Dia kemudian diarah meminjam lagi wang RM5,000 dari along kononnya bagi menyelesaikan hutang peribadi.

"Saya seperti orang bodoh apabila mengikut sahaja arahannya itu sebelum diminta pula membuat hutang baru berjumlah RM200,000 dari along," katanya.

Menurutnya, dia turut dipaksa melakukan rutin aneh iaitu bangun seawal jam 5.30 pagi setiap hari untuk melakukan pelbagai bentuk senaman dan regangan tubuh.

"Video rakaman saya melakukan senaman itu perlu dihantar kepadanya setiap hari sebagai bukti. Sekiranya saya bangun lambat atau gagal menghantar video, saya akan dimarahi dengan teruk.

"Malah, saya diarah menghantar video dalam keadaan bogel kononnya bagi membolehkan dia membuat penilaian keberkesanan senaman dilakukan," katanya

Dia bagaimanapun mula mengesyaki dipergunakan suspek yang hanya menggunakan namanya untuk meminjam wang serta memperoleh wang mudah.

"Malah, dia enggan membantu menjelaskan semua hutang itu selain menjadikan video bogel saya sebagai bahan ugutan," katanya yang bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Banting, Selangor, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong menasihati golongan muda supaya menyiasat latar bakal kekasih sebelum meneruskan hubungan lebih serius. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myoujin 12-4-2021 09:31 AM
Hah... Ape bende aku baca ni...
Quote KBW2 12-4-2021 09:34 AM
Dia letak pisau ke kat tengkuk kau? SO dia marah? Kau tak boleh marah balik? Kau tak boleh blaah jah?

Dia memang hantu, tapi kau? Bodo piang.

Done victim bashing. Huhuhu selayaknyalah macam bodoh sesangat, laki sampah tu takyah susah payah sangat pon, menonong jah kau akut kata-kata dia.
Quote Normabaru 12-4-2021 09:44 AM
cina pon tau malu pic bogel tersebar even kt bf pisau cukur.. Ni retis meleis dr muda smpi skrg pic bergentayang di serata alam tp muka rilek2 ja berkarya seni kononnyee
Quote buapakperut 12-4-2021 09:49 AM
dah sah2 la orang tu nak gambo bogel ko, alasan macam nkharom. yang awek bingai sgt ikut
Quote prettyuglybabe 12-4-2021 10:11 AM
kalau melayu mesti panjang meleret thread
Quote epuepy 12-4-2021 10:32 AM
Ni gai kuasa 10. Dia sape nk control hidup ko moi.
Quote copy_paste 12-4-2021 10:38 AM
piang sangat kalau cite dia ni betul....
apeke hai nye ikut je ckp...
Quote dodolgemok 12-4-2021 10:42 AM
Ni dh bodoh teruk ni. Kalau melayu boleh kata dipukau, ni cina nak kata apa? Dicukur? Takziah sis!
Quote Roan 12-4-2021 10:43 AM
50 Shades Of Grey
gone wrong ka dik halahalahala
Quote sukacactus 12-4-2021 10:45 AM
Kau bukan mcm org bodoh lg tp mmg bodoh
Elok la ujung2 ada jua sinar kebijakan di situ
Quote Scheherazade 12-4-2021 11:11 AM
Blm apa2 dah start suruh pinjam duit, then it's a sign for u to bail out
Quote Kurex 12-4-2021 11:12 AM
Leluhur ni takde la pandai mana pun sampai semua benda nak mencontohi dorang
Quote tipah89 12-4-2021 11:32 AM
lembam sgt ke sampai org mintak gambau bogel pun main bagi aje
Quote glump 12-4-2021 01:41 PM
Ada satu documentary pasal scammer jenis ni..modus operandi just nak dapatkan gambo bogel so boleh ugut. Scammer ini di ketuai seorg ibu tunggal di sebuah kg di filipina.hampir semua ahli keluarga penduduk kg terpencil tu ada kerja dgn wanita ini sbg scammer tapi mereka lebih suka menggaji gay sbb bg mereka gay lg pandai menjerat memgoda..  wanita ini siap buka western union utk mudahkan ambik duit yg diantar oleh scammer. Dia tidak akan ditangkap polis kerana org kg setongkol dan polis juga adalah bf n dibayar oleh wanita ni..kara wartawan.
Pemilihan mangsa..biasanya org Malaysia , singapore,hongkong,yg $..biasalah Kat fb kan declare semua dengan jujurnya
Quote kakikuDibibirmu 12-4-2021 02:44 PM
Kalu tengok gambar bogel kak ros, tak payah buat senaman lagi dah, muntah hilang selera makan terus kurus
Quote batmana 12-4-2021 02:56 PM
klu org melayu, alasannya kene pukau jwbnya..
Quote rantaikendoq 12-4-2021 03:11 PM
fizikal tak menarik scammer sapu duitcina pon kena juga...naseb
Quote swateng1 12-4-2021 03:21 PM
senangnya loan 200k kat along. ko keja apa?
Quote Vynnvynn 15-11-2022 12:31 AM
Hahahah tepuk dahi adoiii

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.056159 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top